MUSSAAB DAN IPAD



Hari ini bermacam alat bantu mengajar yang wujud hasil dari kecanggihan teknologi. Ipad salah satunya. 

Pun begitu, teknologi punya kebaikan dan keburukannya juga. Guna ke arah yang baik, maka hasilnya baik. Jika disalahguna pula, buruklah akibatnya.

Abdullah Mussaab yang berusia 1tahun 7bulan kini sudah pandai menggunakan ipad. Sudah pandai touch and swap. Sudah tahu memilih aplikasi mana yang dia nak main. Jika ipad di tangannya, memang susah nak stopkan. Kalau diambil dari tangannya nangislah jawabnya :')

Sedikit sebanyak ia merisaukan aku. Bimbang jadi ketagih dan terus melekat dengan ipad. Risau kerana ada terbaca kesan buruk terhadap anak yang ketagih dengan gadjet. 

Tak dinafikan, di dalam ipad tersebut hanya ada aplikasi yang berbentuk pendidikan. Ada yang free, ada juga yang dibeli suamiku. Niatnya hanya untuk pendidikan anak anak.

Ipad dibeli hampir setahun yang lalu untuk Anas. Masa tu Anas berusia hampir 3 tahun. Dulu Anas juga asyik dengan ipad. Hari hari minta ipad. Tapi hari ni tak lagi. Ipad dah berpindah ke tangan Mussaab. 

Aku akui, Anas banyak belajar dari pengisian di dalam ipad tersebut. Belajar bahasa arab, bahasa inggeris, menambahkan vocab, belajar math, lagu lagu dan banyak lagi. Tiada games yang melekakan, kerana kami cuba jauhkan anak anak dari permainan yang tak membantu dalam pendidikan anak anak.


antara perisian yang ada di dalam ipad


Aku juga perhatikan Mussaab saat dia asyik dengan ipad tersebut. Dan aku tahu dia juga sedang belajar dan banyak yang sudah dia dapat dari perisian itu.

Kebimbangan itu ada, tapi aku cuba untuk mengawal agar ipad bukanlah segalanya untuk anak anakku. 

Antara langkah kawalan:

Tidak menawarkan ipad kecuali jika terpaksa.  Kalau dia sebut sebut ipad, cuba alihkan perhatian pada perkara lain, atau just say NO! biasanya bagi ipad pada dia ketika nak buat kerja dan bagi mengelakkan dia merengek dan nak melekat pada ummi. kalau travel jauh juga biasanya bagi ipad untuk lekakan dia, dan bagi dia duduk di carseatnya.

Jauhkan ipad dari pandangan matanya. Tidak meletakkan ipad di tempat yang dia boleh nampak dan senang capai. Kalau dia dah nampak, siaplahh.

Tidak cas ipad sehingga bateri 0%. Kalau tengah asyik main tiba tiba habis bateri, memang dia akan menangis. Tapi biar je, lama lama senyaplah. Dah takde bateri, ummi pun dah tak boleh buat apa kan. Kesian pun tak boleh nak on kan ipad juga :D

Kalau rasa dia dah lama dok mengadap ipad tu cuba tarik perhatian dengan perkara yang lain. mainan ke, video ke, buku ke...bila dia lepaskan ipad tu cepat cepat ambil, tutup dan sorok. layan dia dengan sesuatu yang baru itu, hingga dia betul lupakan ipad.

itulah saja tips yang dapat dikongsikan. seperti ibubapa yang lain, kami juga mengharapkan yang terbaik untuk anak anak kami. Ipad antara pelaburan kami dalam pendidikan anak anak. Dalam masa yang sama, kami perlu memantau sebaiknya agar ia tak disalahguna dan tak timbul masalah ketagih ipad, sehingga mendatangkan mudarat. 

Mussaab dan ipad... semoga dapat belajar sebagaimana Anas, dan semoga ummi dapat sentiasa memantau dan membantu. Insya Allah

0 comments:

Post a Comment