Monday, 14 September 2026 By: Naemah

SEPARUH SEPTEMBER TELAH BERLALU



September ini, rupanya sudah sampai ke pertengahannya.

September yang bermula di kampung, sebelum kembali semula meneruskan rutin dan persekolahan. Kini sudah masuk minggu kedua anak-anak bersekolah.

Dua minggu ini menjadi minggu yang agak sibuk buat ummi, menguruskan anak-anak yang bersekolah, di samping urusan-urusan lain yang perlu diselesaikan. Abi pula, sehingga 15 September ini, hanya sempat bersama keluarga selama tiga hari sahaja. Selebihnya di laut, mencari rezeki demi keluarga.

Apapun, Alhamdulillah. Setiap hari tetap berjalan baik dan lancar, bersama liku-liku kecil yang satu persatu masih mampu diharungi.

Syukur, anak-anak hadir ke sekolah setiap hari. Dihantar tepat pada waktunya, dan petangnya dijemput pulang dengan selamat.  Kembali berkumpul, dengan suara, gelak tawa dan riuh rendah mereka, meng’hidup’kan kembali rumah ini.

Syukur dikurniakan kesihatan yang baik, sehingga dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Syukur juga atas rezeki makan minum yang sentiasa cukup. Dan rezeki-rezeki lain yang datang dari kiri dan kanan, dalam bentuk yang kadang-kadang tidak sempat pun untuk kita sedari. Terlalu banyak untuk dihitung.

Begitulah hari-hari yang kita lalui.

Meneruskan rutin, meneruskan tanggungjawab, dan meneruskan hari-hari lagi tanpa Abi di sisi.

Namun, dalam setiap hari yang terasa panjang, tetap ada banyak perkara untuk disyukuri. 

ALHAMDULILLAH 



0 comments:

Post a Comment