Abdullah Mussaab, anak keduaku kini berusia 2 tahun 3 bulan. Seperti abangnya, juga anak anak yang lain, dia sangat cerdik dan cerdas.
Di usianya kini, Mussaab ada cerita dan pencapaiannya tersendiri. Sedikit berbeza dengan Anas, namun keduanya terbaik buat ummi. Tiada siapa yang lebih, melainkan keduanya punya kelebihan tersendiri.
Mussaab mengenal alphabets, huruf hijaiyyah dan juga numbers. Mengenal rupa dan sebutan dengan baik. Namun ada juga yang masih tertukar dan main sebut je :D
Berbeza sedikit dengan Anas yang di usianya seperti ini sudah fasih dan lancar semuanya. Sehingga sudah ke level yang lebih tinggi seperti huruf yang berbaris.
Ya, dari segi asasnya, Mussaab sedikit terlambat. Bukan kerana Mussaab lebih slow, tapi kerana kurang pendedahan yang diberikan pada pelajaran berbentuk basic tersebut.
Kenapa??
Kerana Anas dan Mussaab belajar bersama sama. Apa yang Anas belajar, Mussaab belajar juga. Anas yang sudah besar, aras pelajarannya lebih tinggi. Ummi banyak fokuskan pada Anas, maka terkurang sedikit pada Mussaab.
Hasilnya, apa yang Anas belajar dapat juga pada Mussaab. Means, Mussaab dah belajar benda yang lebih advance pada umurnya sekarang. Mussaab belajar planets, seasons, weather, hafal nama nama vehicles, dll. Pemahaman Mussaab dan Anas pada subjek tersebut mungkin berbeza, namun kuncinya sudah ada pada Mussaab.
Mussaab juga sudah mengenal warna dan bentuk (in english) di usia setahun lebih.
Mussaab juga sudah mengenal warna dan bentuk (in english) di usia setahun lebih.
Di usianya sekarang, ada sesuatu yang lebih cepat Mussaab capai berbanding Anas di usianya dahulu. Contohnya, Mussaab lebih cepat dan lebih jelas pertuturan dan butir bicaranya. Juga sudah boleh menyusun ayat yang panjang.
Walau di mana lebihnya Anas berbanding Mussaab, atau Mussaab berbanding Anas, tetap ia tidak memberi maksud siapa lebih cerdik atau lebih pandai dari sesiapa. Hanya sebagai ibu, kita memerhati dan bahagia dapat mencatat setiap pencapaian mereka. Tidak untuk membandingkan antara mereka adik beradik, apalagi membandingkan mereka dengan anak orang lain.
Yang mana terkurang atau terlebih, itu perkara biasa. Yang pasti, mereka semua anak anak yang sangat istimewa. Allah anugerahkan mereka dengan kelebihan yang tersendiri.
Yang mana terkurang atau terlebih, itu perkara biasa. Yang pasti, mereka semua anak anak yang sangat istimewa. Allah anugerahkan mereka dengan kelebihan yang tersendiri.
0 comments:
Post a Comment