Cuti sekolah akhirnya sampai ke penghujungnya. Cuti sekolah yang anak-anak hanya spend masa di kampung, dan balik semula ke rumah. Tak dapat ke mana-mana, kerana abi juga pada kebanyakan masanya berada di laut sepanjang cuti sekolah anak-anak.
Dan akhirnya, pada 9-10 Januari dapatlah ‘bercuti’ sekejap satu keluarga. Alhamdulillah, keperluan dan kelengkapan sekolah dah selesai. Yuran juga dah berbayar. Dapatlah ‘enjoy’ dulu tanpa rasa bersalah.
Tempat dituju tak jauh dari rumah. Tak sampai 1 jam perjalanan pun (dalam 45 minit saja). Lokasinya ialah Qowiy Village, Hulu Langat. Tempat percutian ala glamping, dikelilingi alam semulajadi. Ada sungai, ada kolam, ada pokok-pokok hutan dan kebun buah-buahan di sekeliling. Bukan pertama kali menikmati percutian seperti ini, tapi yang pertama kali di Qowiy Village ini, dan ada sedikit kelainan di sini.
Harga penginapan berbeza mengikut unit yang kita pilih (boleh rujuk website atau instagram Qowiy Village). Bulan 10 hari tu ada dibuat promosi (Rm 250) untuk unit Dome Hilltop (atas bukit). Ummi grab la cepat-cepat dengan harga mampu milik ni. Tempoh sah dia setahun, boleh la nak booking bila-bila. Kebetulan masih dalam tempoh cuti sekolah, abi ada kat rumah, dan ada kekosongan, teruslah ummi book tarikh 9-10 Januari 2026 (Jumaat-Sabtu).
Bertolak dari rumah lepas solat Jumaat, sekitar jam 2.30 petang. Sampai sana pukul 3.15 petang. Terus check in, masuk bilik (dome) dan rehat dulu sehingga masuk waktu Asar. Lepas solat asar terus turun untuk mandi kolam. Ada 2 kolam mandi, kolam biasa dan kolam buih. Seronok 5 beradik ni mandi. Mandi sepuasnya.
Pukul 6 lebih, hidupkan api untuk bbq kononnya. Banyak barang yang tak bawa. Ala kadar saja bbq kita. Tapi syukurlah, kenyang juga. Di samping masak, abi order nasi goreng, mi goreng, teh ais dan milo ais di cafe. Alhamdulillah kenyang untuk makan malam kita.
Malam dah tak ke mana-mana. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah, menonton tv, main game, dan keluar ambik suasana luar sambil hirup kopi dan habiskan makanan yang ada. Sampai waktunya, lena semua. Alhamdulillah.
Hari kedua, solat Subuh berjemaah, pukul 8 pagi ambil sarapan (nasi lemak) di bawah, makan sama-sama. Tak cukup rupanya, turun semula ke bawah dan beli 4 bungkus lagi nasi lemak. Dah kenyang, turun mandi kolam sekali lagi. Mandi puas-puas sebelum check out. Selesai di kolam sambung mandi di bathtub dalam bilik pula.
Sekitar jam 11 pagi, siap tukar pakaian, kemas segala barang dan beg, bergambar sikit, dan sedia untuk check out. Tamatlah percutian singkat kita sekeluarga. Alhamdulillah, yang penting anak-anak seronok.
Itulah saja cerita ‘percutian’ kali ini. Cerita penutup cuti sekolah. Hari ni-Ahad, hari terakhir cuti sekolah. Spend masa kat rumah je. Semoga esok kembali ke sekolah dengan penuh semangat dan penuh azam untuk menjadi pelajar yang cemerlang, insya Allah!
Dome Hilltop-ada 2 buah je. Boleh muat 5-6 orang
Seronok mandi kolam. Dari yang kecil hingga yang besar.
Masuk kolam sekali lagi sebelum balik
(Gambar kurang jelas -matahari sedang menyinar)
-Tamat-
0 comments:
Post a Comment