Monday, 15 August 2022 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR SURI LILYANA



(15/8/2019-15/8/2022)


Alhamdulillah genap usia Suri Lilyana 3 tahun. Syukur tak terhingga, pada Allah yang telah menghadirkan Suri dalam hidup ummi dan abi. Suri yang masih satu-satunya puteri dan yang paling kecil di dalam keluarga ini.


Alhamdulillah Suri membesar dengan sihat, sangat cerdik dan cepat belajar. Pada usia sekarang, sudah tentu Suri juga ada ‘perangai’ yang tersendiri. Selalunya baik saja, tapi ada ketikanya bikin pening ummi dan abi juga :) tapi tak mengapalah, Suri masih kecil. Masih dalam proses untuk belajar dan memahami apa yang di sekeliling Suri. 


Pada hari lahir Suri, kita jalani kehidupan yang sama macam kebiasaan juga. Suri bangun awal hari ni. Breakfast sama-sama, then duduk rumah saja tak kemana-mana. Buat aktiviti macam biasa juga, tengok video dan main basikal (hadiah birthday Suri). Hari ni Suri bertemankan angah (yang tak ke sekolah kerana kurang sihat), sementara along dan acik ke sekolah macam biasa. Pagi-pagi dah nyanyi lagu birthday untuk Suri walaupun Suri tak faham sangat lagi makna birthday tu :) dan sempat juga la ummi snap gambar Suri untuk kenang-kenangan di hari lahir Suri. 


Dan sehari pun berlalu. Mungkin tak ada yang special sangat, tapi ketahuilah ummi dan abi tak lupa akan tarikh istimewa ini. Tarikh keramat menyambut kelahiran Suri, satu-satunya puteri ummi dan abi. Seluruh kesyukuran ini hanya pada Allah, yang menganugerahkan Suri buat ummi dan abi. Suri menjadi amanah buat ummi dan abi untuk dijaga, dididik dan disayangi dengan sesungguhnya. Moga ummi dan abi mampu menjaga amanah Allah ini dengan sebaiknya.


Selamat hari lahir Suri. Doa ummi sentiasa untuk Suri. Semoga membesar menjadi mukminah solehah, yang menjaga maruahnya, yang terpelihara malunya, yang tinggi harga diri dan budi pekerti, yang sentiasa di dalam dakapan cinta Allah dan insan yang ikhlas menyayangi dan mencintai. 


Allah jaga Suri sentiasa.

Ummi dan abi sayang Suri selamanya.

Along, angah dan acik juga sayang Suri dan akan sama menjaga dan menemani Suri.

Moga hidup Suri akan dipenuhi dengan cintaNya dan cinta insan-insan sekelilingmu. Insya Allah.







Hadiah birthday Suri (awal seminggu sebelum tarikh birthday Suri). TQ abi.

0 comments:

Post a Comment