Saturday, 20 August 2022 By: Naemah

ILHAM MIQDAD: UJIAN KELAYAKAN SRAI





20/8/2022


Alhamdulillah selesai sudah Ujian Kelayakan Srai Miqdad yang bertempat di SRAI Pekan Beranang. 


Pada hari ujian Miqdad, abi tak ada bersama. Makanya ummi yang perlu uruskan segalanya untuk Miqdad hari ni. Bertolak meninggalkan rumah sekitar jam 7.30 pagi. Suri juga ikut sekali. Anas dan Mussaab pula tinggal di rumah.


Sebaik sampai, dah ramai calon yang dah mendaftar. Ummi bawa Miqdad masuk untuk pendaftaran, selepas itu Miqdad dan calon yang lain dibawa masuk ke bilik ujian masing-masing. Ummi hanya mampu memerhati langkah Miqdad, dan tak lupa mendoakan Miqdad agar dapat buat yang terbaik. Lepas tu ummi dan Suri balik dulu ke rumah sebab kalau nak tunggu pun agak lama (8.30-10.30 waktu ujian berjalan).


Dari segi persediaan, rasanya sekadarnya saja. Tak sempat nak fokus betul-betul, tapi tetap usaha yang terbaik pada kesempatan yang ada. Ummi print latihan dalam buku contoh (Miqdad berjaya lengkapkan semua). Then hampir masa exam, jawab sekali lagi dalam buku contoh yang dibeli. Berjaya juga buat semua, cuma agak mengambil masa untuk siapkan dan untuk ummi cek dan perbetulkan semua (ya, busy sangat dengan hal lain). 


Pada penilaian ummi, Miqdad tiada masalah untuk basic Bahasa Melayu, English, Sains dan Matematik. Cuma ummi kena fokus lebih pada bab jawi, pendidikan Islam, dan bahasa arab. Alhamdulillah Miqdad dapat juga ‘tangkap’ apa yang ummi sempat ajar. Boleh dah slow-slow baca jawi, tambah vocab arab, tambah pengetahuan agama islam, dan lain-lain. Alhamdulillah.


Selepas itu berserah pada Allah semata. Ummi yakin Miqdad dah buat yang terbaik. Miqdad keluar tepat waktu tamat ujian (ujian bertulis dan lisan). Ramai juga calon yang keluar awal. Ummi datang semula ke sekolah ambil Miqdad ditemani Anas, Mussaab dan Suri. Semua tak sabar menunggu Miqdad keluar.


Sebaik Miqdad keluar, terus bertubi soalan ditanya dari ummi dan abang-abang :D Kata Miqdad, ada soalan senang dan ada juga susah. Biasalah tu kan. Takpelah, kita tunggu saja keputusan nanti. Pasrah saja pada kehendak Allah. Pastinya yang terbaik saja dari Allah.


Imbas kembali; tahun 2018 ummi bawa Anas ambil ujian UKS. Alhamdulillah Anas berjaya mendapat tempat di SRAI Pekan Beranang. Kini dah berada di tahun 4. Tahun 2020, Mussaab pula ambil ujian UKS. Apa yang berbeza, Mussaab exam pada masa pandemik. Bergantung pada ujian bertulis semata (tiada ujian lisan). Dan Mussaab tak berjaya untuk masuk SRAI. Takpelah, tempat Mussaab bukan di sini. Mussaab masuk darjah 1 di SK Kampung Rinching dan bersekolah agama di SRI Permata Nusaybah. Bila tak dapat masuk SRAI, terpaksalah Mussaab masuk 2 sessi sekolah setiap hari. Pun tak mengapalah, sekolah Mussaab sekarang pun tak ada kurangnya. Semua guru berdedikasi dan tetap memberikan yang terbaik untuk pelajarnya. Yang tinggal hanya kita, mahu berusaha untuk berjaya atau sebaliknya. 


Tahun 2022, Miqdad pula jalani ujian UKS. Persaingan tetap banyak, sama macam time Anas dan Mussaab dulu juga. Daripada semua calon yang menduduki ujian, hanya separuh yang akan berjaya masuk. Jadi, tenang-tenang sajalah. Bergantung pada rezeki Allah. Miqdad pun dah cuba yang terbaik juga kan?


Tamat sudah cabaran pertama. Kini debaran menunggu keputusan ujian pula (keputusan ujian pada 12/9/2022). Tawakkal. Biar apapun keputusan nanti, kita terima saja. Insya Allah.




Pendaftaran 




Dibawa ke bilik ujian




Ujian berjalan (sumber:telegram sekolah)



Ujian selesai




Singgah makan nasi lemak sebelum balik



.

.

.

V


UJIAN KELAYAKAN SRAI ANAS ZAYDAN


UJIAN KELAYAKAN SRAI ABDULLAH MUSSAAB




0 comments:

Post a Comment