Wednesday, 21 February 2018 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 220218




Dah lama tak update aktiviti harian anak-anak ummi. This is the first, for this month. Bismillah.

Hari ini hari ke-2 abi di Bintulu. Abi sudah berada di laut dan menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Semoga dipermudahkan urusan abi.

Anas, Mussaab dan Miqdad bangun awal seperti biasa untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Ummi hanya masakkan tortilla cheese dan nugget untuk breakfast. Sambil makan Anas menonton video di YouTube.

Hampir jam 8, bersedia ke sekolah. Sebelum ke sekolah berkejaran dulu dengan kucing. Kemudian berjalan sama-sama ke sekolah. Miqdad balik bersama ummi. Miqdad teman ummi siram pokok dan kemudian masuk ke dalam rumah dan menyusu. Lepas tu belek buku sekejap, dan menonton video. Sempat ummi kemas dapur, basuh baju, dan ambil bungkusan sampah kat atas. Lepas tu Miqdad teman ummi exercise ikut video dalam YouTube :D 

Jam 9, ummi bagi Miqdad manik dan butang untuk masukkan dalam botol. Saja nak rangsang motor skill Miqdad dan nak lekakan Miqdad seketika. Rasa bersalah biarkan Miqdad melayan video saja ketika ummi buat kerja. Kalau tak buka video, nanti Miqdad ‘bekerja’ sekali dengan ummi :D 

Miqdad kemudian mula bermain dengan toys dan jalan sana sini dan sentuh mana yang berminat. Pukul 10, ummi susukan Miqdad dan Miqdad tertidur. Ummi jemur kain, buang sampah dan masak. Alhamdulillah hampir siap. Miqdad bangun dan menangis. Ummi ambil Miqdad dan tangguh dulu memasak. Miqdad dah lapar. Makan lebihan nugget pagi tadi. Kesiannya. 

Miqdad menonton video Badanamu, ummi sambung memasak hingga siap. Kemudian lepak dengan Miqdad sementara tunggu masa nak ambil Anas dan Mussaab di sekolah. Jam 12, ambil Anas dan Mussaab menaiki kereta kerana cuaca panas. Kesian pada Miqdad nak berjalan dalam kepanasan begitu.

Balik ke rumah, lunch sama-sama. Lepas makan menonton video bergiliran. Kemudian keluar angkat kain di luar dan bermain di luar. Jumpa sekotak rokok di halaman, entah siapa yang mencampak masuk. Hadir kerisauan di hati. Semoga Allah jauhkan dari kejahatan. Anas dan Mussaab bermain dan memanjat kereta. Miqdad pula masuk ke dalam kereta control yang dah rosak. Mussaab tolong tolakkan adik. 

1.30, masuk ke dalam rumah. Tinggal Miqdad yang masih tak puas bermain. Puas dipanggil masuk. Akhirnya masuk juga. Miqdad mula menangis dan tak senang duduk. Ummi bawa Miqdad naik ke atas, mandikan dan tukarkan pampers Miqdad. Mussaab juga masuk ke bilik bermain ‘snow’ pakai kapas bantal. Habis berterabur dengan ‘snow’nya. Ummi susukan Miqdad, Mussaab turun ke bawah sertai Anas yang sedang menonton. Ummi tidur bersama Miqdad.

Jam 4, ummi terjaga. Terima whatsapp dari abi yang tengah bertugas di laut. Abi bertanya khabar anak-anak. Miqdad bangun jam 4.30. Anas dan Mussaab masih setia menonton video di bawah. Ummi turun bersama Miqdad.

Anas belajar mental arithmetic tajuk baru (kumpulan 10 dengan formula), dan membuat latihan dalam worksheet. Miqdad dan Mussaab menonton video. Sesekali menagih perhatian dan mendekati ummi dan Anas yang sedang fokus. Mussaab mengadu lapar. Lepas ajar Anas, ummi panaskan lauk dan menyuap makan. Mussaab makan sendiri, tapi hanya makan sedikit saja. Anas juga makan sedikit dan sambung menonton tv. Mussaab minta tortillas cheese lagi. Ummi masakkan dan Mussaab makan bersama Anas dan Miqdad.

Selesai makan, ummi kemas apa yang patut, dan biarkan semuanya menonton video. Jam 6.15, keluar ke halaman. Anas, Mussaab dan Mussaab main bersama. Berbasikal dan menaiki kereta mainan. Saling menolak dan menarik dengan riangnya. Miqdad jatuh dan menangis bila ditarik kuat oleh abangnya. 

Hampir jam 7, masuk ke dalam rumah. Naik mandi dan berpakaian malam. Kemudian membaca al-Quran, Iqra dan hafazan. Dah selesai, Anas sambung siapkan latihan dalam mental Arithmetic dalam worksheet tadi. Dah selepas semuanya, masuk ke dalam bilik dan bersedia untuk tidur.

Miqdad yang pertama tidur, disusuli Anas dan Mussaab. Alhamdulillah jam 9.30 sudah lena semuanya anak-anak ummi. Masa untuk ummi buat kerja yang belum sudah, dan buat ‘assignment ‘ ummi yang dah lama tertangguh :)

Semoga lena semuanya kesayangan ummi. Moga menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Insya Allah.

Moga Allah menjaga abi yang jauh di lautan. Semoga sihat, dan selamat kembali ke pangkuan yang merindui.

Love u all. 

0 comments:

Post a Comment