Monday, 15 May 2017 By: Naemah

MIQDAD: 7 MONTHS OLD


 

Alhamdulillah Miqdad sudah pun berusia 7 bulan. Sihat walafiat, makan minum baik, perkembangan juga baik. 

Bulan ni tak perlu ke klinik untuk check up. So ummi pun tak pasti dah berapa kg berat Miqdad. Mungkin bertambah lagi memandangkan Miqdad dah diberi makan solid food. 

Menu harian Miqdad; bubur nasi atau oat, dan ada juga ummi buat kentang lenyek sebagai hidangan utama. Puri buah juga ummi masih suapkan pada Miqdad di antara hidangan utama. Sekali atau dua kali sehari. Tengok keadaan dan kesempatan. Yang pasti, Miqdad masih bergantung dengan susu badan untuk nutrisi yang secukupnya.

Alhamdulillah, Miqdad jarang menolak apa yang ummi suapkan pada Miqdad, kecuali jika memang dah kenyang :) ummi suka tengok Miqdad ada selera makan. Ummi happy memasak untuk Miqdad setiap hari.

Hingga usia Miqdad 7 bulan, ummi masih cuba memasak untuk Miqdad setiap hari. Tak bergantung pada makanan yang dijual di pasaran. Alhamdulillah, belum beli nestum untuk Miqdad setakat ni :) ya, sebab ummi ada masa untuk masak untuk Miqdad.

Di usia 7 bulan, Miqdad masih pada posisi meniarap. Cuba-cuba mengangkat punggung setinggi boleh :) dan laju bergerak dan meneroka meski dalam posisi meniarap. Posisi duduk dan berdiri juga sudah gagah, namun tetap perlu dibantu dan diberikan sokongan. Insya Allah tak lama lagi boleh merangkak pula :)

Setakat hari ini, Miqdad dah demam 3 kali. Semalam yang terbaru. Tapi Alhamdulillah demam Miqdad selalunya tak lama. Tak lebih dari 24 jam. Hari ni Miqdad dah sihat sepenuhnya. 

Gigi Miqdad pula dah masuk 6 batang. Makin banyak, dan makin suka menggigit :)

Miqdad anak ummi yang baik dan comel. Insya Allah sentiasa mudah untuk diuruskan meski ummi juga sibuk dengan abang-abang yang masih perlukan perhatian. 

Semoga membesar dengan sihat dan baik ya sayang. Cepat besar, dan cepat boleh main dengan abang-abang. Everybody loves you very much!




 

0 comments:

Post a Comment