Tuesday, 9 May 2017 By: Naemah

BAHAGIA DI SINI





Esok dah 10 May 2017. Busy nya ummi. Tak sempat nak blogging. Entri ini adalah yang pertama untuk bulan ini :) 

Bismillah

Sudah pastinya sangat busy,melalui hari-hari bersama anak-anak yang masih kecil. Bila ada ruang, ummi hanya mahu berehat. Tiada idea untuk menulis. Banyak yang ummi tertinggal untuk mencatatnya. Especially bab anak-anak ummi. 

Hari-hari melalui rutin yang sama. Memasak, siapkan anak-anak, kemas rumah dan pakaian, hantar dan ambil Anas sekolah, dll. Hari-hari super busy day, terutamanya bila abi kerja. Semua urusan ummi kena setelkan sendiri. 

Tapi. Ummi bahagia, setiap hari dapat bersama anak-anak hampir setiap masa. Biar penat berkeringat, inilah dunia ummi yang paling membahagiakan. Syukur pada Allah yang mentakdirkan kehidupan yang indah dan baik ini.

Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad. Ummi cinta abi dunia akhirat. Kalian adalah kebahagiaan ummi.

0 comments:

Post a Comment