Monday, 6 February 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 070217




Hari ini abi kembali ke tempat kerja di Labuan. Abi bertolak ke airport seawal jam 6.30 pagi, ketika anak3 masih tidur. Penerbangan abi jam 8.30 pagi. Semoga dipermudahkan segala urusan abi. 

Miqdad bangun paling awal, diikuti Mussaab dan Anas.   Breakfast hari ni hanya dengan roti butter. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan. Mussaab, di awal pagi dah menonton Dora the explorer dan movie cars. Kemudian Anas pula bangun, breakfast dan mendengar juzuk amma. Miqdad juga mandi dan baik menemani abang-abang. 

Kemudian Anas request nak menonton movie 'up' yang diulang tonton sejak semalam. Ummi penuhi permintaan Anas dengan syarat ikut baca surah yang sedia terpasang hingga habis. Anas akur. Ummi masak di dapur. Miqdad dah tak boleh ditinggal lama. Bergilir ummi memasak dan melayan Miqdad. Miqdad tidur seketika dan bangun menangis lagi. Abi dah sampai di Labuan jam 11 pagi. Ummi selesai memasak jam 12. Anas dan Mussaab masih asyik menonton movie. 

Makan tengahari sambil menonton cerita yang belum tamat. Ummi memangku Miqdad yang tak mahu duduk sendirian. Ummi makan kemudian. Lepas 'up' sambung pula movie 'ant bully'. 12.30, bersiap untuk ke sekolah. 

Sampai di sekolah Anas jam 1. Seperti biasa, ummi hantar Anas sampai ke kelas dan kemudian balik bersama Mussaab dan Miqdad. Miqdad menangis lagi, mahu ditukarkan pampers dan menyusu. Miqdad lena akhirnya. Mussaab yang tadi sedang menonton video, lena juga di sofa. Lepas solat zohor, ummi juga tidur bersama Miqdad.

Jam 3 petang, ummi turun ke bawah bersama Miqdad. Miqdad menyusu dan sambung tidur lagi. Mussaab juga masih tidur. Ummi menunggu masa untuk ambil Anas di sekolah sambil minum dan menonton tv. Mussaab bangun kemudiannya. Tengok movie planes pula, sementara tunggu nak ke sekolah along. Miqdad masih lena di depan tv.

4.30, ambil Anas di sekolah dan terus balik ke rumah. Anas dan Mussaab  menonton cerita planes sambil makan roti sosej+cheese. Lepas asar, naik ke atas main permainan kereta dan melayan Miqdad. Kemudian turun semula dan menonton lagi. Kali ni cerita 'up' dan 'ants bully' pula. Sambil dinner, mata masih asyik menonton cerita yang dah diulang tayang berkali-kali.

Maghrib, ummi tinggalkan Anas dan Mussaab di bawah. Miqdad yang asyik merengek disusukan dan tertidur akhirnya. Ummi solat dan baca al-Quran. Anas dan Mussaab kemudian naik ke atas dan mandi. Kemudian turun lagi sambung menonton video. 

Jam 9 malam, Anas mencapai work book sains dan menjawab soalan di buku. Mussaab melayan cerita 'up' lagi. Jam 10.30, Miqdad menangis minta susu. Ummi segera naik menyusukan Miqdad. Anas dan Mussaab ikut ke bilik. Ummi paksa semua tidur memandangkan sudah lewat malam. Anas menangis tak nak tidur lagi. Nak sambung buat work book. Ummi pujuk dan paksa juga tidur. Pukul 11 malam, baru terlena semuanya.

Semoga tidur disulami mimpi indah. Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad. Ummi sentiasa redha pada anak-anak ummi. Semoga redha Allah juga hadir bersama. Semoga Anas, Mussaab dan Miqdad sentiasa dikasihi Allah dan menjadi hambaNya yang hebat di sisiNya.

Aameen

0 comments:

Post a Comment