Thursday 16 February 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 170217




Hari ini masih tinggal ummi bersama anak-anak di rumah. Masuk hari ke-4 abi di Labuan. Belum selesai kerja abi di sana, kerana cuaca yang kurang baik.

Miqdad seperti biasa, yang pertama bangun menemani ummi solat subuh, kemudian bergolek sendirian di karpet menanti ummi yang sedang memasak. Miqdad dah boleh meniarap, sesekali meniarap dan pusingkan badan. Kemudian Mussaab bangun, breakfast bersama ummi dengan nasi goreng. 

Anas yang terakhir bangun, makan donat dan nasi goreng bersama Mussaab. Kemudian mencari kertas dan pensel dan melukis. Miqdad juga masih baik tak menangis sementara ummi buat kerja. Ummi bukakan video 'a ba ta' untuk Miqdad dan Mussaab. Kemudian FaceTime dengan abi yang sangat dirindui.

Jam 9 pagi, Miqdad tidur seketika. Anas dan Mussaab main bersama. 9.30, Miqdad dah bangun dan tak nak tidur lagi. Ummi bukakan video LBB. Masing-masing asyik melayan lagu. Ummi juga dah selesai memasak untuk makan tengahari.

Jam 11 pagi, Miqdad sambung tidur kembali. Sempat ummi masak sedikit lagi dan hidangkan makan untuk Anas dan Mussaab. Belum sempat makan, Miqdad dah bangun. Mujur juga Miqdad tak meragam. Dapat ummi makan bersama Anas dan Mussaab. Miqdad dibiarkan di karpet.

Lepas makan, Anas melukis. Mussaab bermain. Ummi melayan Miqdad pula. Jam 12.30, bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Miqdad dah mula meragam tak mahu  diletakkan. Ummi naik mandi dan tukar pakaian, Miqdad dah menangis kuat. Susukan Miqdad seketika. Anas dan Mussaab masih tak berbaju. Puas disuruh akhirnya siap juga. Ummi gorengkan donat untuk Anas bawa ke sekolah.

Jam 1, hantar Anas ke sekolah. Seperti biasa, hantar sampai ke kelas. Kemudian balik, solat dan tidur bersama Mussaab dan Miqdad. Jam 3, ummi dan Mussaab dah bangun. Mussaab minum kopi dan makan roti bersama ummi. Miqdad masih lena. 

Jam 3.45, ke sekolah untuk ambil Anas. Miqdad yang masih lena diangkat ke dalam car seat. Miqdad terjaga dari lenanya. Jam 4, kelas Anas tamat. Terus balik ke rumah. 

Sampai di rumah, tak terus masuk ke dalam rumah, sebaliknya bermain di halaman rumah dulu. Anas dengan berpakaian sekolah bermain air, sambil menyiram rumput dan anak pokok. Mussaab juga. Hingga basah kuyup keduanya. Miqdad di pangkuan ummi hanya memerhati lagak abang berdua. 

Jam 5 petang, masuk ke dalam rumah. Anas dan Mussaab mandi dan kemudian menonton cerita 'finding dory'. Jam 6 petang, dinner sama-sama. Miqdad yang tak mahu diletakkan, terpaksa dipangku sambil ummi makan dan menyuap Mussaab.

Lepas makan, sambung menonton cerita dory sehingga tamat. Kemudian, naik ke atas sama-sama. Ummi susukan Miqdad hingga tertidur. Anas dan Mussaab leka bersama buku dan stickers. Sebaik azan Maghrib kedengaran, Miqdad terjaga dan menangis. Ummi tenangkan Miqdad dan kemudian solat maghrib. Miqdad memerhati abang-abang bermain pernainan vehicles. 

Lepas maghrib, Anas membaca al-Quran bersama ummi. Mussaab masih bersama mainannya. Miqdad juga ok tak meragam. Lepas isyak, ummi tidurkan Miqdad. Anas juga lena sekali. Mussaab melayan aeroplane imaginasinya. Lepas Miqdad lena, ummi angkat Anas ke biliknya. Mussaab juga ikut sekali dan baring di katilnya. Mussaab juga tidur akhirnya. Jam 9.30, ketiganya sudah lena. Alhamdulillah:)

Hari ini sudah berlalu buat anak-anak ummi. Semoga lena dan damai hingga ke esok pagi. Hari ini, ummi masih ibu tak sempurna buat Anas, Mussaab dan Miqdad. Terlalu banyak khilaf ummi, malu nak ingat kembali. Maafkan ummi ya sayang. 

Semoga esok akan lebih baik buat Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga ummi juga akan menjadi ibu yang lebih baik buat kalian, insya Allah.

Semoga abi di sana juga baik-baik hendaknya. Semoga Allah menjaga kita semua.

0 comments:

Post a Comment