Tuesday, 14 February 2017 By: Naemah

GENIUS AULAD: SELEPAS SEBULAN SETENGAH




Kini sudah sebulan setengah Anas di Genius Aulad. Alhamdulillah, kehadiran masih penuh, tak tinggal walau sehari. 

Pemerhatian ummi: Anas suka ke sekolah. Tak pernah ada drama air mata untuk hantar dia ke sekolah setiap hari. Cuma biasalah, bila nak suruh bersiap memang mencabar kesabaran sikit :) tetapi tak pernah pula dia katakan 'tak nak' ke sekolah. Cuma, pastikan ummi hantar dia sampai ke kelas, dan tidak lewat mengambilnya di sekolah. Andai dua perkara itu tidak ummi penuhi, mulalah dia buat muka 'tak happy' ke sekolah :)

Anas bukan jenis yang suka bercerita sangat apa yang dia buat di sekolah, namun setiap hari mesti ada 'something' yang dia nak ceritakan pada ummi hal berkaitan dengan sekolahnya. Sikit pun kira oklah. Ummi suka mendengarnya :)

Bab membaca: Anas kini dah masuk reading book #4. Kerana setiap hari membaca bersama teacher di sekolah, bacaan Anas semakin lancar. Reading skill memang dah improve banyak. Malah semakin rajin pula membaca di rumah. Ummi tanya pun laju je nak jawab. 

Begitu juga bab menulis. Semakin cekap menulis, dan sangat berminat untuk buat buku aktiviti yang berlambak di rumah. Jika sebelum ini susah nak suruh Anas buat workbook, kini dia sendiri yang cari dan buat. Ummi pula yang tak boleh nak bergerak jauh sebab dia minta diajar ':)

Satu lagi ialah bab mengaji al-quran. Anas makin senang diajak membaca al-quran. Ummi sudah tak fokus pada hafazan, lebih kepada 'membaca' al-quran dari satu surah ke surah. Alhamdulillah, ada banyak improvement. Tambahan di sekolah, Anas diajar iqra' bermula dari awal. Peluang untuk dia ulangkaji apa yang dia dah belajar dengan ummi, dan memperbaiki lagi sebutan dan pengenalan pada huruf-huruf dan ayat-ayat al-Quran. Alhamdulillah:)

Itulah yang paling ketara untuk dinilai. Yang lain-lain insya Allah ok juga. Bab nak menghantar sampai ke kelas, ummi pun masih ok walaupun kena naik sampai tingkat 3 dengan mendukung Miqdad dan memimpin Mussaab. Naik ke atas, bukan terus ke kelas, tapi perlu teman dia ke toilet dulu dan biarkan dia berlarian di hall seketika. Then, barulah puas hati dan masuk kelas :)

Masih terlalu baru Anas bersekolah. Namun as long as Anas suka ke sekolah, ceria di rumah, ummi sudah cukup gembira. Semoga Anas sentiasa rasa seronok berada di sekolah bersama kawan-kawan, dan semoga Anas dikurniakan ilmu yang bermanfaat. Insya Allah. 




0 comments:

Post a Comment