Wednesday, 22 June 2016 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 220616

Hari ini 17 Ramadhan 1437H. Anas dan Mussaab masih berada di kampung, di rumah Mek. Insya Allah sehingga raya kita berada di sini. Hari ini juga masuk hari kedua berpisah dengan abi yang jauh di Bintulu. Semoga abi sihat dan baik baik saja di sana. Kali ini musafir abi sangat lama. Insya Allah akan balik sebelum hari raya nanti.

Pagi ini Anas bangun jam 8 pagi, diikuti Mussaab. Anas mandi dulu, sedang Mussaab terus bermain dengan permainan hot wheels yang abi baru beli. Ummi ajak mandi pun tak nak. Ummi biarkan dulu.


Lepas mandi ummi buatkan susu untuk Anas dan Mussaab. Susu tepung dah jadi minuman kesukaan Anas dan Mussaab sejak Mussaab dah tak menyusu badan lagi. Tapi sekadar minum di rumah saja. Anas yang sebelum ini tak minum susu tepung, kini minum juga tengok adik minum. So, ummi kena buat untuk dua orang. Kalau tak, berebut :D

Lepas tu ummi masak nasi goreng dan suapkan Anas dan Mussaab. Alhamdulillah keduanya makan berselera. Tengah makan, Kak Jah (sepupu Anas dan Mussaab) datang dengan anaknya Muhammad (sebaya Anas). Dah lama Anas tak jumpa Muhammad. Muhammad seronok bermain kereta dan permainan Anas. Alhamdulillah Anas sudi nak share mainan dengan Muhammad. Ummi mandikan Mussaab. Sebelum balik, Muhammad minta nak pinjam kereta Anas, dan ditukarkan dengan bas miliknya. Alhamdulillah, keduanya ok. Muhammad balik rumah p.long jam 9.30 pagi. Tinggal Anas dan Mussaab bermain bersama.

Pukul 10 pagi, Anas dan Mussaab masih leka bermain dengan kereta mainannya. Tanpa ummi sedar, Anas dan Mussaab main bedak baby yang ada dalam bilik. Habis dituang bedak di dalam bilik, hinggalah ummi nampak dan melarangnya. Mussaab panjat kerusi dan ambil botol vitamin pula, minta nak makan. Ummi bagi sorang satu.



Lepas tu ummi buat calendar untuk kira hari abi balik. Buat bersama Anas, dan cuba memahamkan Anas tentang hari, bulan dan tarikh yang selama ini memang sudah Anas hafal. Kerana abi pergi lebih lama dari biasa, ummi perlu fahamkan Anas dengan cara begini. Mussaab pula mengambil ipad dan leka dengan ipad di tangan. Anas menampal kalendar di dinding rumah Mek. Kemudian main lagi bersama Mussaab.




Jam 11 pagi, ummi solat dhuha dan baca al Quran. Anas minta nak mandi, tapi sebenarnya nak main car dalam bilik air. Ummi biarkan saja. Mussaab main car track. Selesai baca al Quran ummi keluar menyertai Anas dan Mussaab. Buat revision flash card reading. Mussaab ikut Anas baca words yang tertulis di setiap flash card.

Jam 11.30, ummi masuk ke dapur untuk memasak pula. Anas dan Mussaab dah lapar. Ummi goreng ayam celup tepung saja. Makan dengan kicap, dan habiskan nasi goreng tadi. Anas makan agak banyak. Mussaab banyak makan ayam je. Selesai makan jam 12.30. Anas keluar dan mengambil ipad. Leka dengan aplikasi 'read me'. Dah lama tak beli cerita baru untuk Anas baca. Insya Allah tunggu abi balik. Mussaab turut serta 'membaca' bersama Anas. Kemudian sambung main car track lagi.

1.30, masuk waktu zohor. Anas dan Mussaab ikut ummi masuk bilik. Anas masih dengan ipad membaca story booksnya. Mussaab hampar sejadah solat bersama ummi. Lepas solat baring di katil untuk tidur. Anas selesema dan badan sedikit panas. Ummi dah mula risau takut demam lagi. Mussaab ok saja, ambil hp ummi nak tengok video cat. Mata dah mengantuk. Menangis bila ummi ambil hp darinya. Mussaab terlena akhirnya. Diikuti ummi, kemudian Anas.

4.30 petang, ummi dan Anas bangun dari tidur. Mussaab masih lena. Anas mencapai ipad dan buka 'read me' lagi. Seronok pulak dia baca buku dalam ipad hari ni. Lupa nak melukis agaknya :) ummi solat asar.

Mussaab bangun jam 5.30. Keluar mendapatkan ummi dan Anas. Berguling di atas lantai. Masih tiada mood untuk bermain.
Pukul 6 petang, ummi mandikan Anas dan Mussaab. Masing masing excited nak pergi rumah p.long. P.long ajak Mek n ummi berbuka puasa kat rumahnya hari ni. Dah lama Anas dan Mussaab tak pergi rumah p.long. Boleh jumpa dengan Muhammad lagi petang ni. Sementara menunggu orang datang ambil, Anas dan Mussaab isi masa dengan bermain.


Pukul 7 petang, p.long datang ambik. Anas dan Mussaab happy dapat pergi rumah p.long. Sampai di rumah p.long, dah ramai orang kat situ. P. Long ajak anak muridnya berbuka bersama. Lebih kurang 20 orang semuanya. Meriah rumah p. Long. 

Anas, Mussaab dan Muhammad riang bermain dan berlari tanpa menghiraukan orang ramai yang ada. Main dan main.




Hampir masuk waktu berbuka, ummi suapkan Anas dan Mussaab makan. Sikit saja makan. Sibuk nak bermain. Ummi berbuka bersama mereka yang ada. Alhamdulillah sedap M. Long masak.

Lepas tu Anas dan Muhammad asyik meratah ayam percik pula. Sambil makan, sambil lari dan main. Sampai termuntah. Barulah stop makan.

Ummi bersiap untuk solat Maghrib. Anas dan Mussaab solat bersama. Lepas solat bermain lagi. Lepas tu solat isyak dan terawih pula. Anas, Mussaab dan Muhammad mewarna buku yang Kak Jah bagi.

Ummi solat terawih dan witir, Anas, Mussaab dan Muhammad main kat atas dijaga cik yang baru sampai. Selesai solat ummi naik atas dan sama sama turun ke bawah. Menjamu selera lagi sebelum balik ke rumah. Sempat ummi WhatsApp dengan abi. Ada wifi di atas kapal abi. Alhamdulillah. Rindu pada abi.


Lepas makan dan berbual panjang, p. Long hantar balik rumah Mek. Sudah jam 11.30 malam. Anas dan Mussaab sudah mengantuk, tapi masih boleh bertahan. Siang tadi dah tidur banyak. Sampai rumah, ummi tukarkan pakaian Anas dan Mussaab yang kotor. Lepas tu bersiap untuk tidur. Hampir jam 12 Anas dan Mussaab akhirnya terlena. Ummi juga sudah mengantuk.


Panjang pula kisah hari ini. 2 hari berlalu tanpa abi. Semoga Allah melindungi kita dan melindungi abi. Masih menghitung hari yang panjang untuk bertemu abi. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah,dan semoga diberi kesabaran buat kita semua. 


Tidur lenalah sayang ummi. Semoga esok akan lebih baik untuk Anas dan Mussaab. Ummi love u..






0 comments:

Post a Comment