Sunday, 12 June 2016 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 130616

Hari ini 8 Ramadhan 1437. Hari ketiga abi di Labuan. Anas dan Mussaab semalam demam dan muntah2. Malam tadi hanya tidur di ruang tamu.

Pagi ini Anas bangun jam 7 pagi diikuti Mussaab jam 7.30 pagi. Keduanya bangun dalam keadaan sihat bersama senyuman. Anas sekadar berbaring di sofa, sementara Mussaab tak berganjak dari atas toto menunggu ummi selesai buat kerja, dan menunggu dilayan.

Selesai kerja ummi, Anas minta nak minum air teh. Ummi buatkan untuk Anas dan Mussaab. Selepas itu goreng nugget dan makan dengan sos. Lepas makan, naik ke atas untuk mandi. Anas dan Mussaab mandi, sementara ummi mengemas bilik yang bersepah sejak balik dari kampung.

Lepas mandi dan berpakaian, Anas dan Mussaab bermain dan buat hal sendiri. Ummi selesai berkemas dan melipat kain. Ummi mandi dan biarkan Anas dan Mussaab terus bermain dan melukis.

Jam 10 pagi, turun ke bawah semula. Ummi memasak nasi ayam simple untuk lunch Anas dan Mussaab. Video dibuka untuk tontonan Anas dan Mussaab. Selesai ummi memasak, misi dari klinik desa rinching tengah datang membuat lawatan di rumah. Datang bertanya khabar ummi dan cek perut ummi. Anas dan Mussaab dibiarkan bersama video, sesekali datang mendekati ummi dan bertanyakan soalan.


Jam 11.30 pagi, ummi suapkan Anas dan Mussaab makan. Namun tak banyak juga makan. Mungkin masih belum ada selera akibat demam dan muntah semalam. Lepas ummi kemas meja makan dan dapur, semua naik ke atas. ummi dah rasa mengantuk sangat. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Niatnya mahu tidur. Ajak Anas dan Mussaab tidur sekali. Tapi seperti biasa, bukan mudah untuk keduanya melelapkan mata. Anas mencapai ipad yang sudah lama dilupakan. Mussaab mundar mandir tak tahu nak buat apa.

Akhirnya Mussaab terlena juga jam 1 petang, diikuti ummi yang memangku Mussaab. Anas leka dengan ipad, hingga ummi bangun jam 2 petang, dia masih lagi bersama ipad. Ummi sentuh badan Anas. Dah panas balik. Risau pula ummi, ingatkan dah tak demam. Ummi suruh tidur pun tak nak. Ummi solat zohor. Anas ambil kertas dan pensel untuk melukis. Tak lupa dia minta kain kecil yang dibasahkan untuk dilap pada badannya, seperti semalam. Minta minyak angin juga, nak sapu kat kepala :) terima masej dari abi yang baru balik dari laut menuju ke hotelnya. Alhamdulillah, setelah hampir 2 hari tak mendengar berita dari abi.
Anas leka dan asyik dengan lukisan pula. Ummi suruh rehat dan tidur, tetap tak mahu. Ummi baring di sebelah Mussaab, biarkan Anas dengan lukisannya.

Pukul 3.15, Mussaab bangun dari tidurnya. Anas tak juga tidur. Keluar masuk bilik mengambil kertas. Kertas juga dah bersepah di lantai. Masing masing membuat aktiviti sendiri di dalam bilik. Abi WhatsApp bertanya khabar Anas dan Mussaab. Tak lupa saling berbalas voice message. Rindu sangat pada abi.

Pukul 4.30, turun ke bawah dan makan roti kaya dan jem. Alhamdulillah makan juga walaupun tak banyak. Ummi solat asar, Anas dan Mussaab asyik bermain kejar kejar dan memanjat. Demam, macam tak demam. Tak mengapalah, janji aktif dan tak merengek, walaupun badan masih panas lagi. Lepas main Anas ambil buku dan duduk di samping ummi. Mussaab turut serta, dan baca buku bergambar sama sama.

Ummi baca al Quran, Anas baring di sofa. Dah mengantuk. Mussaab pula buat hal sendiri. Bercakap dan menyanyi sendiri. Lepas tu ummi ajak keluar cari Olly di luar. Hilang lagi nampaknya Olly. Tak tahu ke mana perginya. Hari tu pergi rumah jiran depan. Hampa tak nampak bayang Olly. Masuk semula ke dalam rumah.

Jam 5.30, Ummi on computer dan buka video yang Anas suka. Saja, tak nak Anas layan mengantuk. Biar dia leka sekejap dengan video. Ummi sediakan bahan untuk masak. Mussaab bersama Anas menonton video. Anas kemudian baring semula di sofa. Mata dah sangat mengantuk.

6.15, naik ke atas mandikan Mussaab. Anas masih menonton video sains kesukaannya. Learn with dr binocs, sci show kids, learn about tornados, energy, soil, trees, gravity, dan banyak lagi.

6.30, ummi masuk dapur dan masak bihun goreng untuk berbuka. Bihun goreng saja, masak lebih lebih kan takde sapa nak makan jugak. Anas dan Mussaab masih kurang berselera. Lepas masak, ummi suapkan Anas dan Mussaab makan dulu. Alhamdulillah habis juga sepinggan bihun goreng. Lepas makan tengok video bob the train. Ummi menanti masuk waktu berbuka..

Masuk waktu berbuka, Anas dan Mussaab sekali lagi makan bersama ummi. Rupanya masih belum kenyang. Makan sama sama, lepas tu main lagi. Anas dah mula berbasikal. Mungkin dah tak rasa apa kat tempat bersunat tu. Main riang gembira dengan Mussaab. Sehinggalah ummi ajak naik atas untuk solat maghrib. Anas mandi. Lepas mandi, main dan baca al Quran surah an Nazi'at ayat 1-25. Mussaab main train.

Lepas ajar Anas ummi baca al Quran. Anas dan Mussaab tengok video di hp ummi pula. Masuk waktu isyak ummi solat. Lepas tu call abi sebab Anas nak sangat cakap dengan abi. Mussaab juga banyak cakapnya :)

Selesai call abi ummi sambung solat terawih. Anas tunggu sehingga ummi siap solat, nak tidur dengan ummi meskipun mata tu dah mengantuk sangat. Lepas solat ummi teman Anas dan Mussaab tidur dulu. Ummi tak boleh nak tidur sekali, banyak kerja lagi yang belum selesai kat bawah tu.

 Pukul 10 malam, keduanya sudah lena tidur. Alhamdulillah..
Ummi perlu selesaikan kerja yang tertangguh. Semoga lena tidur anak anak ummi. Semoga esok lebih sihat dan lebih ceria. Semoga esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat Anas dan Mussaab. Oh ya, esok nak jumpa abi setelah 3 hari berpisah...insya Allah. Semoga dipermudahkan urusan abi dan selamat pulang ke pangkuan ummi, Anas dan Mussaab. Aameen




0 comments:

Post a Comment