Tuesday, 9 August 2016 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 090816

Hari kedua abi di Bintulu. Juga hari kedua Anas dan Mussaab balik ke rumah di Semenyih. Penat ummi pun masih belum hilang :)

Mussaab bangun jam 7 pagi. Semalam tidur awal kerana demam dan tidak bertenaga untuk bermain. Makan juga tak berselera. Bangun pagi, dalam keadaan badan masih panas. Tapi sudah berkurangan berbanding semalam. Mussaab minta air dan makan sedikit cereal. Lepas tu minta ummi buka video Ni Hoa Kai Lan yang sudah lama tidak ditonton. Mussaab diam menonton sendirian, sambil ummi breakfast dan masak nasi goreng dan goreng keropok lekor.

Jam 8 pagi, Anas juga bangun dari tidur. Turut serta menonton video. Kemudian ummi ajak bersarapan pagi. Anas hanya makan keropok lekor. Mussaab makan nasi dan keropok lekor. Makan agak banyak, mungkin kerana petang semalam tak menjamah nasi. Alhamdulillah, Mussaab berselera makan.  Ummi suap hingga Mussaab kenyang.

Jam 9 pagi, naik ke atas dan mandi. Ummi biarkan Anas dan Mussaab bermain air, sambil ummi kemas pakaian yang masih belum berlipat. Sangat banyak, baju yang ditinggalkan sebelum balik kampung dan baju yang dibawa pulang dari kampung. Anas dan Mussaab selesai mandi, ummi masih sibuk melipat kain. Anas dan Mussaab bermain permainan yang sudah lama ditinggalkan. Masing masing leka dengan kereta, train dan tracks. Ummi kemas bilik dan apa yang patut dikemas. Itupun tak sudah juga. 

Jam 10 pagi, Anas dan Mussaab turun ke bawah dan kemudian naik lagi dan bermain lagi. Ummi solat dhuha dan baca al Quran. Anas dan Mussaab leka dengan buku pula. Masing masing minta ummi bacakan buku. Setengah jam lepas tu turun ke bawah. Anas dan Mussaab menonton Kai Lan lagi. Ummi menulis ayat al Quran Anas yang sudah banyak hari tergendala. Dah banyak kali Anas ingatkan ummi untuk menulisnya. Hari ini ummi berpeluang untuk menyambung surah Abasa hingga ayat 31. Hampir seminggu tertangguh bacaan dan hafazan. Insya Allah akan sambung lagi. Bacaan Anas baik, hafazan juga berjalan bersama. Alhamdulillah. 

Jam 11.30, ummi masak dan makan bersama. Anas sekarang dah makan sendiri, tak nak ummi suapkan lagi. Hmm.. Tiba masanya anak tak nak makan bersuap lagi. Tak tahu ummi nak happy ke nak bersedih :) hingga satu masa ummi rindu detik menyuap makan anak anak ummi :'( Anas dan Mussaab makan berselera, namun tumpah di sana sini. Selesai makan, ummi kemas meja, basih pinggan mangkuk, sapu dan mop lantai. Anas dan Mussaab kembali menonton video. 

Jam 12.30, ummi keluar jemur kain. Mussaab masih di depan komputer. Anas bermain basikal, melukis di whiteboard dan melakukan berbagai aktiviti. Mussaab turut serta bila dah bosan menonton. Anas off komputer. Masing masing melakukan aktiviti sendiri. Menulis, ulangkaji surah dan hafazan, membelek dan membaca buku, bermain kinestic sand, stickers, dll. 

Jam 1.30 petang, ummi ajak naik atas kerana dah masuk waktu zohor. Ummi solat, Anas main mainan, Mussaab main ipad. 

Pukul 2, ummi ajak tidur. Mussaab masih memegang ipad. Anas minta nak mandi lagi. Kemudian keluar bermain lagi. Anas mengambil ipad dari tangan Mussaab, menangis dibuatnya. Pujuk demi pujuk juga masih menangis. Akhirnya Anas kembalikan ipad pada Mussaab. Ummi terlelap, dan terjaga jam 3 petang. Anas dan Mussaab masih tidak tidur. Ipad juga sudah kehabisan bateri. Anas minta nak makan roti nutella. Turun ke bawah jam 3..30 petang.

Anas buka video dan menonton Ni hoa kai lan lagi bersama Mussaab. Ummi siapkan roti, dan rehat di sofa sambil surf internet. Dah bosan menonton dan makan roti, Anas dan Mussaab main permainan lagi. Ummi menunggu masa untuk solat asar sambil perhatikan Anas dan Mussaab main.

Hampir jam 5 petang ummi naik semula ke atas untuk solat. Anas ikut ummi, tinggal Mussaab yang sedang menconteng di whiteboard. Ummi solat, Anas menyusun permainannya, Mussaab memanggil manggil ummi di bawah. Bila ummi turun, Mussaab sedang berbaring di atas tangga. Mata dah mengantuk, kerana tak tidur siang tadi. Ada saja yang tidak kena. Asyik nak menangis saja. Mussaab baring di sofa. Mata dah hampir terpejam. 

Jam 5.30, ummi ajak naik mandi. Mandi awal supaya hilang mengantuk Mussaab. Ummi biarkan Anas dan Mussaab bermain di dalam bilik air. Diangkut sekali mainan dan leka sekejap bermain di dalam bilik air. 

Jam 6 petang, turun semula ke bawah. Ummi buatkan burger. Mussaab makan sikit saja. Ummi cuba suap nasi, juga tak nak makan. Ambil marker dan conteng lantai. Lepas tu ada saja perkara yang buat Mussaab menangis meronta ronta. Ada saja yang tidak kena. Dah mengantuk sangat dah. 

7 petang, naik ke atas. Ummi menunggu masuk waktu maghrib. Anas dan Mussaab bermain permainan lagi. Ada part berebut mainan juga, dan menangis lagi Mussaab ':)

Ummi solat maghrib, dan ajar Anas baca al Quran. Lepas tu baca buku bersama sama. Anas cuba memanjat almari dan jatuh menghempap Mussaab. Menangis lagi. Ummi memujuk sambil meriba Mussaab. Akhirnya Mussaab lena di pangkuan ummi. Tinggal Anas bermain sendirian. Ummi suruh tidur juga tak nak.

Ummi solat isyak, kemudian turun ke bawah bersama Anas. Anas minta nak menonton video lagi. Sekejap saja menonton, Anas mengajak naik ke atas untuk tidur. Jam 9.45 malam, Anas juga lena. Alhamdulillah.

Berakhir sudah diari anak anak ummi hari ini. Syukur di atas apa yang telah dilalui. Anas dan Mussaab anak anak ummi yang baik dan mendengar kata. Semakin hari semakin baik, insya Allah. Semoga sentiasa diberi kebaikan dalam hidup Anas dan Mussaab. 

Ummi sayang Anas dan Mussaab.





0 comments:

Post a Comment