Sunday, 7 August 2016 By: Naemah

KEMBALI KE RUMAH

Hari ini sudah berada di rumah sewa kami di Semenyih setelah lama meninggalkan rumah. Rindu pada rumah. 

Sampai di rumah jam 12.30 am semalam. Memang sangat penat dan mengantuk. Anak anak sudah terlena lama. Suami mengangkut barang barang dan anak yang lena tidur. Aku sudah tak berdaya. Nak bawa diri pun terasa berat. Lenguh seluruh badan. Kaki terasa membengkak selepas 8 jam menempuh perjalanan. Apa taknya, anak anak pun keduanya terlena diribaanku. Yang dalam kandungan ni lagi :) menahan saja, lenguh dan penat. 

Pagi ini masih terasa berat untuk bangun. Suamiku yang akan terbang ke Bintulu hari ini bangun awal seperti biasa. Mengemas segala keperluan yang akan dibawa. Aku hanya bangun selepas azan Subuh, selepas suamiku yang kejutkan. Bangun dengan terpaksa. Masih terasa lenguh di badan. Mandi dan solat. Kemudian rebahkan badan di sofa dan terlelap lagi. Suamiku pulang dari surau tidak kuendahkan. Tak berdaya nak bergerak dan buat kerja yang sepatutnya. 

Bangun dari tidur setelah dikejutkan suamiku lagi. Dia ke kedai runcit membeli keperluan dapur dan nasi lemak untuk sarapan pagi kami. Anas dan Mussaab juga bangun kemudiannya. 

Suami bertolak pergi jam 8.45 pagi. Tinggal aku dan anak anak di rumah. Bertiga lagi, selama 4 hari. Rumah masih tak terurus. Itupun tadi suami dah kemaskan mana yang patut. Mataku masih berat dan rasa ingin menyambung tidur. Tapi anak anak perlu diuruskan juga. 

Beri mereka makan dan pastikan mereka mandi. Kemudian biarkan mereka buat hal sendiri. Bermain dengan permainan, juga menonton video. Aku minta izin untuk berehat, merebahkan badan di sofa. Flight suamiku bakal berlepas jam 10.40 pagi. Semoga dipermudahkan segalanya untuk dia. 

Aku mohon diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan hari bersama anak anak. Hari inj tak boleh duduk berehat saja. Perlu memasak dan insya Allah mengemas rumah juga.

Ya Allah. Ku mohon kekuatan dariMu. Permudah urusan hambaMu. Bantu diriku juga suamiku. Semoga segalanya baik saja dengan pertolongan dan petunjukMu

0 comments:

Post a Comment