Tuesday, 2 August 2016 By: Naemah

SATU PAGI DI KK AYER LANAS

Hari ini Anas dan Mussaab teman ummi check up di klinik lagi. Kali kedua bawa Anas dan Mussaab untuk temujanji doktor di Klinik Kesihatan Ayer Lanas. Minggu lepas, pergi bersama cik dan mek. Memang agak mencabar, Anas dan Mussaab perlu dikawal dan dipantau setiap masa. Maklumlah di klinik orang ramai, juga banyak barang. Tanpa kawalan, Anas dan Mussaab akan berlari dan bermain sesuka hati. 

Hari ini terasa berat juga nak bawa ke klinik lagi memikirkan terpaksa menunggu lama di klinik. Anas dan Mussaab akan cepat bosan kerana tak bebas bermain. Bila fikirkan pengalaman minggu lepas yang agak tak terkawal, ummi risau hari ini juga akan sama situasinya. Tambahan pula hari ini tak ada siapa yang dapat tolong jaga Anas dan Mussaab di klinik nanti.

Namun hari ini ummi lebih bersedia. Tak lupa berdoa agar Allah permudahkan. Mungkin juga kerana dari minggu lepas lagi sudah tahu akan datang ke klinik ini lagi, maka ummi bersedia mental lebih awal, walau ummi seorang yang akan mengawal dan menjaga Anas nanti.

Alhamdulillah, temujanji hari ini sudah berakhir. Dari segi masa, tak terlalu lama menunggu seperti yang sebelum ini. Sekitar 1 jam setengah di klinik. Itu dah kita cepat dah :) dalam tempoh itu ummi perlu daftar, diambil tekanan darah, diambil darah (kes anemia), test urin, dan akhir sekali berjumpa doktor. Maknanya perlu bergerak banyak tempat juga. Sambil Anas dan Mussaab mengikut kiri dan kanan. Menggalas beg yang mengisi keperluan Anas dan Mussaab lagi :) 

Apa keperluan yang ummi bawa? Penuh 1 beg :D baju persalinan Anas dan Mussaab, in case baju terkotor atau terbasah boleh tukar. Pampers Mussaab, kalau kalau terberak, buku, pensel warna dan kertas, untuk Anas dan Mussaab melukis dan menconteng, ipad, dan juga roti nutella. 

Hari ini juga agak mencabar, dan berpeluh juga ummi dibuatnya. Namun ummi rasakan lebih terkawal. Ipad sering bertukar tangan. Kertas dan buku juga sempat mengisi waktu Anas dan Mussaab walaupun tak lama. Roti, habis dimakan. Selebihnya bermain dan menunjukkan tanda kebosanan. Mussaab baring di lantai, Anas berlari masuk dan keluar, memanjat kerusi dan baring, dll. Ada juga part dimarah ummi bila buat yang tak sepatutnya. Masuk ke bilik doktor pun sama juga. Mussaab panjat sampai atas katil. Anas tarik kerusi nak duduk dekat ummi, ummi pula duduk bangun angkat Mussaab yang asyik memanjat. Ummi nak pegang pun tak mahu. Segan jadinya dengan doktor. Tapi mungkin doktor pun faham :) agaknya...

Selesai sudah temujanji hari ini. Balik ke rumah bersama abe Loh yang sudi menghantar dan mengambil. Ummi kelegaan. Agak mencabar tanpa abi. Bukan tak ada orang lain untuk tolong jagakan Anas dan Mussaab di rumah. Cuma Anas dan Mussaab yang tak boleh ditinggalkan. Anak anak ummi tak biasa ditinggalkan. Ummi juga takut menyusahkan.

Memang ummi akui sangat berbeza dan sangat mencabar bila abi tiada untuk menjaga Anas dan Mussaab. Kalau ummi seorang diri, tak ada apa sangat ummi nak fikirkan. Ummi percaya segalanya baik, bila Anas dan Mussaab ada bersama abi. Ummi boleh baca quran, kerap pula surf internet :D takde nak fikir apa apa. Just tunggu giliran ummi dipanggil.

Tapi bila bersama Anas dan Mussaab, sesekali je boleh pegang hp. Tu pun untuk baca dan reply masej. Al quran pun tak ada kesempatan nak baca. Perlu pantau anak anak sentiasa. Takut main yang bukan bukan. Dan takut mengganggu orang lain juga :)

Tapi dalam kepayahan ini, ummi percaya bukanlah susah sangat pun sebenarnya. Hanya sedikit kesusahan dan ujian buat ummi yang punya anak kecil ketika ini. Lain orang lain ujian dan cabarannya. Segalanya akan jadi kenangan di masa yang akan datang. Bila anak anak ummi dah besar, saat begini tak berulang lagi. Mungkin cabaran dan ujian lain pula menanti. Namun ummi harapkan, dan doakan agar segalanya akan mudah dilalui, meski dalam kepayahan. 

Tak sabar menanti kelahiran seorang lagi anak kecil ummi, yang akan menjadi teman Anas dan Mussaab. Bertambah tanggungjawab ummi dan abi. Semoga Allah memberi kekuatan pada ummi dan abi agar dapat memikul amanah Allah ini sebaiknya. Insya Allah.




0 comments:

Post a Comment