Monday, 3 August 2015 By: Naemah

DIA HERO KAMI

Suami pulang dalam tempoh yang sangat singkat. Tak sampai 2 hari, kena kembali ke Labuan untuk menyambung tugas. 

Namun masa yang singkat tetap memberi ruang dan waktu untuk kami berkumpul bersama, bercerita dan bermesra. Anak isteri tetap terubat rindu, kerana dia suami dan ayah yang tahu keperluan dirinya dalam kehidupan kami.

Aku juga faham... Dirinya pasti kepenatan sebaik pulang dari kerja. Aku juga tahu... Dia perlukan rehat dan sepatutnya jauh dari gangguan. Namun bila dia memilih untuk melayan segala karenah anak anak, aku bersyukur, kerana dia faham anak anak memerlukan perhatiannya.

Di malam yang pertama, anak anak muntah dan cirit birit. Dari 4-5 pagi, memang terpaksa mengurus dan menenangkan mereka. Aku dan suami... Sama sama melakukannya.

Di malam keduanya, suami membawa kami ke I city shah alam. Sekadar untuk menghiburkan anak anak dan untuk membawa mereka keluar dari rumah dan melihat dunia luar. Anak anak terhibur, di samping hadiah permainan yang abi belikan. Alhamdulillah :)





Hari ini juga kami sempat shopping lauk sama sama. Seperti biasa, sebelum tinggal anak isteri suami akan pastikan lauk mencukupi... Jadi tak perlu aku keluar membeli belah lagi tanpanya. 

Petang ini dia bertolak pergi. Kami kerinduan lagi. Walaupun sudah menjadi kebiasaan, namun rindu tetap rindu. Tak kurang kerisauan dalam hatiku memikirkan perjalanan jauhnya dan risiko pekerjaannya... Namun Allah saja tempat berdoa dan berserah. Moga Allah menjaganya, dan menjaga kami

Suamiku.. Tetap hero di hati kami. Suami yang sangat baik buatku... Ayah yang sangat penyayang buat anak anak kami. Tanpanya kami kerinduan, tanpanya juga satu ruang menjadi kosong dan sunyi.

Dia bukan sempurna, namun aku tahu dia telah mencuba yang terbaik untuk menjadi suami dan ayah yang membahagiakan dan melindungi kami. Kerana itu aku memilih untuk melupakan segala kekurangannya, dan aku juga tahu dia pun begitu... Dan kerana kebaikannya  jauh lebih banyak berbanding kekurangannya.

Dan semoga aku dapat menjadi saksi di hadapan Allah bahawa dia suami yang baik dan bertanggungjawab dalam menjaga amanahNya ini. Insya Allah..


0 comments:

Post a Comment