Sunday, 9 August 2015 By: Naemah

NAFSU MERAYU, IMAN MENYAPA; HANYA SATU YANG PERLU AKU PILIH

Nukilanku suatu ketika dulu
(SEPT 2010)

semoga bermanfaat

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

لا يزني الزَاني حين يزني وهو مؤمن. ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ، ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن
 “Tidak berzina seorang penzina dalam keadaan sempurna imannya, tidak mencuri si pencuri dalam keadaan dia beriman (secara sempurna),dan tidak minum arak si peminum arak dalam keadaan dia beriman (secara sempurna)”.
[al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai].

1.      Kawan2 kebanyakannya orang berduit. Boleh beli apa saja yang mereka mahu. Laptop, handphone canggih, baju cantik dan berjenama, kasut mahal dan sebagainya. Namun dia hanya anak orang biasa. Mak ayah hanya pekerja biasa yang bertungkus lumus mencari rezeki menyara keluarga. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi dengan menggunakan duit pinjaman. Namun kadang2 nafsu memujuk: “ gunalah duit tu untuk membeli apa yang kamu mahu. Tengoklah kawan2mu. Mereka memiliki semuanya, kenapa tidak kamu? Sampai bila kamu nak macam ni?” hati termakan pujuk rayu itu. dia juga mahu seperti orang lain. Memiliki segala kemewahan dan kesenangan hidup. Namun iman menyapa: “ duit itu amanahmu. Sempurnakan tugasmu sebagai seorang pelajar. Belanjalah mengikut keperluan saja. Hari ini mungkin kau susah sedikit, tapi suatu hari nanti InsyaAllah hidupmu akan lebih senang dan yang penting, Tuhan memberkatimu”. Dia kembali ke alam nyata. Siapa dirinya.. apa tugasnya..Di mana sebenarnya duit itu harus dibelanjakan.. Alhamdulillah.. iman telah menyelamatkannya. 
  • 2.      Pertama kali menjejakkan kaki ke kota, diri terasa terlalu asing. Perwatakan dan cara hidupnya dan mereka, sangat jauh berbeza. Kawan2 kebanyakannya nampak moden dan bergaya. Kadangkala rasa dirinya sangat jauh terasing. Seumpamanya diri telah tertinggal jauh di belakang. Nafsu berkata: “ kau patut jadi seperti mereka. Tinggalkan jubah dan baju kurungmu. Gantikan dengan yang lebih menarik dan cantik. Tak perlu nak tutup kepala. Takpun, pakailah tudung yang moden skit, tak payah labuh2 sangat. Masih tutup kepala juga kan? Tengoklah macamana orang sekarang pakai. kau perlu ikut rentak mereka jika ingin hidup di tempat mereka dan jika ingin mendapat perhatian mereka.” Hati mengiyaka, namun iman lantang menegur: “ jangan biarkan nafsu merasuk dirimu. Kau tak perlu jadi seperti mereka untuk hidup di bumi Allah ini. Kau takkan rugi sedikit pun dan tak akan hilang apa2 pun andai tak menjadi seperti mereka. Biar orang memandangmu asing, namun yang penting, kau tidak asing di pandangan Tuhan. Biar mereka bebas dan gembira di bumi ini, namun pastikan dirimu tak menyesal bila bertemu Tuhan nanti. Iye… dibatalkan niat untuk mengikut gaya mereka. Biarlah aku begini. Selesa dengan pakaianku, dan cara hidupku. Alhamdulillah.. iman masih kuat untuk menahan bisikan syaitan dan nafsu

    3.      Berkali2 lelaki itu berusaha untuk berkenalan dan berkawan dengannya. Setiap hari ada saja sms yang dihantar. Kata2nya seperti menunjukkan dia bersungguh2 untuk berkawan. Nampaknya seperti ikhlas. Orangnya pun boleh tahan hensem. Ayat2nya manis dan membuat hati senang membacanya. Nafsu berkata: “ layanlah dia. sambutlah salamnya. Manalah tahu, dia jodohmu. berkawanlah dulu, kenal hati budinya. Kalau tak nak lebih2 pun, setakat sms apalah salahnya. Bukan nak jumpa2 ke ape. Nak kenal2 je.” Hati terpengaruh dengan bisikan itu. orang lain semuanya berteman. Dia pun ingin merasa juga. Mungkin di sini akan bermulanya bahagia dalam hidupnya. Takkan nak menolak jika orang dah menghulurkan salam. Bukankah, lelaki dan perempuan itu saling memerlukan? Namun iman berkata: “ tahanlah nafsumu, dan jangan sesekali cuba untuk mendekati zina. Jika engkau mulakan perkenalan ini, usah menjamin yang kau akan terselamat dari dosa2 nanti. Sekurang2nya, kau akan terjerumus dengan zina hati. sekali kau melangkahkan kaki ke daerah maksiat itu meskipun sedikit, siapa yang berani menjamin yang kau tak akan berani melakukan maksiat yang lebih besar??” Hati mengucap panjang. Kemanisan sementara ini perlu dihentikan segera. Jangan biar hati terus di’gula’kan dengan kata manisnya, jangan biar hati terbuai dengan wajah tampannya, jangan biarkan!! Alhamdulillah, keimanan masih utuh untuk terus bertahan.  
  • 4.    Kenapa ibu selalu membebel dan marah2? Padahal kesalahan yang dilakukan tidaklah sebesar mana pun. Arghh… tak tahan telinga mendengarnya. Syaitan mencucuk2 dan meniup api kemarahan. “balaslah balik apa yg ibumu katakan itu. kesalahanmu kecil saja. Sangat tak patut ibumu marah2 begitu. Cuba lantangkan sikit suaramu itu. biar dia diam dan sedar sikit kesilapannya itu. diammu bererti kau kalah. Sedangkan kau tak bersalah.”Api kemarahan bagai ditiup2. Namun iman menegur: “ dia ibumu. Dia yang melahirkanmu. Jangan kau sakiti hatinya. Marahnya bukan benci, tapi sayang. Sabarlah walau hatimu sakit. Cubalah berbicara dengan baik andai benar kau tak bersalah.. Pandang wajah tuanya dengan rasa belas. Dia telah tua. Hari ini engkau masih mendengar suaranya. Namun esok lusa masihkah diberi peluang untuk mendengar suaranya lagi? Suatu hari nanti.. pasti kau akan merindui suara itu lagi.. pasti…. Ya Allah.. air matanya mengalir. Dia beristighfar. Maafkan diriku ibu…

    5.    Tinggal seminggu lagi umat islam akan merayakan aidilfitri. Ada hati2 yang berkata: “ cepat2lah masa berlalu. Sudah tak sanggup lagi nak berlapar dahaga di siang hari. Hari raya memang sangat di nanti2kan. Aku akan bebas dari penyeksaan” Ada juga hati2 yang berkata: “ Ya Allah cepatnya masa berlalu. Ramadhan telah semakin meninggalkanku. Mungkinkah akan bertemu lagi di tahun hadapan? Masihkah diberi peluang untuk merebut pahala di bulan yang penuh dengan keberkatan ini? Masihkah mampu aku beramal di bulan2 yg lain sebagaimana aku beramal di bulan keberkatan ini? Apakah tarbiyyah Ramadhan ini mampu membantu aku membina syakhsiah diri yg cemerlang??”  Dan hati dan fikiranku bagaimana??

    Kesimpulan: selagi bernama manusia yakni hambaNya, kita akan sentiasa perlu membuat pilihan dalam menentukan hala tuju kita. Kita diberi 2 pilihan, sama ada mengikut telunjuk syaitan dan nafsu, atau mengikut panduan al-Qur’an dan sunnah.

     Syaitan takkan jemu menggoda, nafsu tak habis2 merayu. Namun, iman yang mantap dan teguh akan mampu menepis semuanya. Maka, iman itulah sebagai benteng yang akan menghalang manusia dari terjerumus ke lembah yang hina.

    Mantapkan iman, teguhkan keyakinan terhadap Allah dan Rasul. Marilah berdoa untuk dikurniakan hidayah yang berpanjangan agar jalan sentiasa terang bersuluh, dan  pintalah agar dikuatkan iman agar langkah tetap teguh berjalan di jalanNya…..

    Kita sentiasa diberi pilihan dan kita berhak untuk memilih… maka jadilah kita sepertimana yang kita pilih…

    andai benar pilihanmu, berbahagialah!!! Dan andai tersilap pilihanmu, usah salahkan sesiapa, kerana kamu yang memilihnya!

    0 comments:

    Post a Comment