Monday, 10 July 2017 By: Naemah

GENIUS AULAD: 6 BULAN BERLALU




Januari 2017-Jun 2017

6 bulan sudah Anas menjadi pelajar di Genius Aulad. 

Selepas 6 bulan, ummi dapati Anas semakin kurang bersemangat untuk ke sekolah. Apatah lagi selepas bercuti panjang, puasa dan raya, semakin  tak bersemangat untuk ke sekolah. 

Di rumah, puas disuruh bersiap untuk ke sekolah. Di sekolah menangis-nangis tak mahu masuk kelas. Agak mencabar. Ummi cuba untuk keraskan hati, menangislah. Ummi dan adik-adik balik dulu, tamat waktu sekolah ummi datang ambil. Ummi percaya teacher Anas boleh handle Anas dengan baik :)

Sebelum ini juga, Anas ada syarat tertentu bila mahu dihantar ke sekolahnya. Dia satu-satunya student yang dihantar sampai ke kelas di tingkat 3. Tak nak hantar, tak nak sekolah. Ummi turut sajalah kehendak anak manja ni. Biarlah di sebelah mendukung Miqdad, di sebelah lagi memimpin Mussaab. Daki juga tangga sampai ke tingkat 3. Penat usah cakap :) begitulah setiap hari.

Dah sampai kelas, kena tunggu pula dia buang air di toilet. Lepas tu biarkan dia berlarian di hall dekat kelasnya. Memang saja, tak nak ummi balik cepat. Hmm. Kadang-kadang geram juga. Ummi cuba sabar. Insya Allah ini cabaran di masa anak masih kecil saja.

Antara yang dia sering merungut; di sekolah asyik kena belajar je. Takde main-main.. hmm.. ummi nak jawab apa. Then dia cakap, semua yang teacher ajar, semua yang dia dah tahu. Amboii.. hebat sangat anak ummi ni :D

Tapi tak dinafikan, sebelum masuk sekolah lagi anas dan boleh membaca dan menulis. Cuma, bila dah sekolah skill membaca dan menulis jadi lebih baik. Huruf, nombor, abjad semuanya dah mengenal. Mungkin dia rasa sedikit bosan. Walhal, sekolah tu tiada masalah pun :) 

Ummi fikir panjang. Tahun depan macamana agaknya? Tak mungkin nak hantar Anas ke sekolah yang sama lagi. Penat fikir sekolah mana yang sesuai. Kalau ikutkan, homeschooling je yang mungkin sesuai untuk dia. Tapi... ummi takut ummi tak sempat. Bila ada baby ni, terasa sangat kesuntukan masa. Baby needs me more!!!

Ya Allah. Permudahkan urusan Anas dalam kembara ilmunya. Berikan keseronokan pada Anas dalam menimba ilmu, dan anugerahkan dia ilmu yang bermanfaat. 

Aaameen.


0 comments:

Post a Comment