Wednesday, 19 July 2017 By: Naemah

AURAT: PERINGATAN BUAT DIRI


Hari ni nak sentuh bab aurat lagi. Bab yang sangat penting, tapi pada sesetengah orang, macam tak penting. Yang tak tahu, mungkin boleh dimaafkan. Tapi yang belajar dan tahu, sangat tidak munasabah bila masih memandang ringan bab aurat.
 
Bab aurat ada disebut dan ditekankan di dalam al-Quran. Batas aurat juga sudah didetailkan (seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka-pada yang tidak tahu)-bukan sekadar menutup rambut ya! Dan pakaian yang menutup aurat itu pula mestilah tidak ketat, tidak singkat dan tidak jarang (betul-betul melindungi anggota badan hingga tidak terlihat).

Ingat! Bab aurat melibatkan dosa pahala. Ia tuntutan dari Allah. Masih nak pandang remeh? 

Tak lain, aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri. Aku yang kadang-kadang ambil mudah juga. Especially, bila suami pun lupa nak tegur.

Buat suami tercintaku, aku sangat berterima kasih padanya yang sangat menjaga hal aurat isterinya. Ya, kerana aurat isteri di bawah tanggungajawab suami. Terima kasih kerana sering mengingatkan. 

Cuma, bila dia tak menegur aku kadang-kadang menjadi lebih 'bebas'. Dalam kesibukan, lupa sarung tangan di mana. Nak keluar halaman je, pakai lengan tiga suku pun ok kot! Ya. Sikap ambil mudah.

Memang bab aurat kadang-kadang 'merimaskan'. Tapi, berusahalah untuk menjadi hamba yang taat. Allah bukan mahu menyusahkan kaum wanita. Percayalah pada kebaikan dan hikmah yang Allah sediakan buat kaum wanita yang taat dan akur pada perintahNya. Perintah menutup aurat itu jika dihayati betul-betul, ia sebenarnya untuk 'menjaga' kita :) 

Sama-sama beringat ya kaum wanita. Aurat jangan dipandang remeh. Takutlah pada azab Allah!

Namun aku tak menghukum insan yang tak menutup aurat itu jahat, dan tempatnya pasti di neraka! TIDAK!! Hal aurat itu hal dia dengan Tuhan. Ramai insan yang tak menutup aurat, juga berakhlak baik dan ada bab yang dikagumi pada dirinya. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dikurniakan hidayah untuk melaksanakan tuntutan Allah yang satu ini; iaitu menutup aurat dengan SEMPURNA.

Pada yang sudah menjaga aurat dengan sebaiknya, Alhamdulillah. Satu dari syariat Allah telah kita sempurnakan. Teruskan berusaha menjadi hamba Allah yang taat. Perbaiki akhlak dan niat. Semoga apa yang kita lakukan di dunia ini hanya kerana Allah. Moga beroleh rahmat dan keampunan dariNya. Insya Allah :)




0 comments:

Post a Comment