Monday, 31 July 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 010817





Dah masuk bulan Ogos. Hari ni abi tiada di rumah kerana bertugas. Hari kedua abi di Bintulu. Semoga dipermudahkan urusan abi mencari rezeki. Hari ni dah tak dapat berhubung dengan abi yang sudah berada di tengah laut. Semoga Allah menjaga abi dan menjaga kita semua.

Seperti biasa, Miqdad bangun paling awal berbanding abang-abang. Seawal 6.30 pagi Miqdad dah bangun dari tidurnya. Kemudian Mussaab dan yang terakhir Anas.

Bangun pagi lepak di ruang tamu. Ummi tukarkan pampers Miqdad dan susukan Miqdad. Ummi pula yang terlena di sofa :) Anas kejutkan ummi dan menghulurkan remote tv. Minta ummi buka video paw patrol yang saban hari diulang tonton. Masih tak jemu lagi walaupun cerita sama je :)

Lepas menonton, breakfast bersama-sama jam 8.30 pagi. Ummi suapkan Miqdad yang makan berselera. Anas juga berselera makan. Mussaab juga makan, tapi tak sebanyak abang dan adiknya. 

Selesai makan, Anas dan Mussaab mandi. Macam biasa, mandi dan main air. Puas ummi panggil keluar tak keluar juga. Mussaab kemudian keluar dalam keadaan menangis. Katanya Anas buat. Hmm... Anas juga keluar, mengadu Mussaab basahkan lantai dapur. Hai.. macam-macam lah.

Siap berpakaian, menonton paw patrol lagi. Ummi tidurkan Miqdad yang dah mengantuk. Lepas Miqdad tidur, ummi keluar buang sampah dan jemur kain. Anas dan Mussaab juga keluar. Anas angkut air dan siram pokok di luar pagar. Mussaab keluar masuk rumah. 

Selesai kerja di luar, Miqdad bangun dari tidur dan menangis. Anas dan Mussaab masuk ke bilik dan melayan Miqdad. Ummi juga masuk kemudiannya. Miqdad happy bermain dengan abang-abang. Lepak sekejap di bilik bawah, dan kemudian naik ke tingkat atas. Main dan buat aktiviti sendiri. 

Kemudian turun semula ke bawah. Ummi buka tv dan menonton cerita 'Abi'. Best juga ceritanya, sebijik macam situasi family kita. Kisah ummi dan abi serta 3 anak lelaki mereka. Sama sangat. Anas dan Mussaab pun layan juga cerita tu :) sambil makan tengahari,  sambil menonton tv.

Lepas makan sambung duduk depan tv. Ummi kemaskan tempat makan dan mencuci pinggan. Kemudian mandikan Miqdad. Ummi juga bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Anas dan Mussaab juga bersiap sambil menonton tv rancangan nickelodeon jr pula. Ummi susukan Miqdad dan Miqdad terlena sekali lagi.

Jam 1, letak Miqdad yang tengah tidur dalam car seat. Tutup tv, dan menaiki kereta. Miqdad tidur lena sampai ke sekolah Anas. Seperti biasa, ummi dan adik-adik hantar Anas sampai ke kelas. Lepas tu terus balik ke rumah.

Sampai di rumah, Mussaab minta roti butter gula. Ummi buatkan 3 keping untuk Mussaab. Naik ke atas, solat dan bersedia untuk tidur. Miqdad yang tadi dah tidur masih nak bermain-main. Miqdad terjatuh dari katil dan menangis. Kesian Miqdad :( lebih kurang jam 2.30 Miqdad lena kembali. Mussaab juga keluar masuk bilik, main sendirian. Akhirnya terlena juga di toto.

Hampir jam 4 petang, Miqdad dan Mussaab bangun dan kejutkan ummi yang masih mengantuk. Bersiap pula untuk ambil Anas di sekolah. Jam 4.30, Anas balik dari sekolah. Singgah gerai beli pisang dan keropok goreng. Balik rumah makan sama-sama. Mussaab je yang tak join sebab asyik dengan handphone ummi.

Lepas ummi solat asar, keluar siram pokok di luar. Anas dan Mussaab tolong ummi isi air dalam bekas. Miqdad dilepaskan di atas rumput. Siap siram pokok, Anas dan Mussaab masuk mandi dan main air lagi. Anas minta ummi tampalkan poster doa yang dibeli di sekolah. Ummi tampal dulu sebahagiannya. 

Jam 6, ummi goreng nasi dan suapkan Anas, Mussaab dan Miqdad makan. Lepas tu menonton tv nick jr lagi hingga jam 7. Ummi mandikan Miqdad. Kemudian tutup tv dan naik ke atas untuk solat maghrib. Mussaab masuk bilik air dan main air lagi. Ummi angkat Mussaab yang tak mahu keluar dari bilik air.Menangis  semahunya kerana masih tak puas main air.

Lepas solat Maghrib ummi ajar Anas baca al-Quran. Alhamdulillah, bacaan Anas semakin baik. Mussaab pula main toys. Miqdad juga sibuk berminatkan al-Quran Anas. Anas baca sambil mengelak dari al-Quran ditarik Miqdad :D

Lepas baca Quran, sambung tampal poster doa Anas. Kemudian ummi tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab menonton video Tayo the little bus. Turun sekejap ke bawah minum air, sambung menonton lagi. Ummi solat isyak dan ajak Anas dan Mussaab tidur. Tiga kali susukan Miqdad yang terjaga dari tidur dan menangis.

Ummi temankan Anas dan Mussaab tidur. Anas terlena dulu, kemudian Mussaab. Jam 10 malam, anak-anak ummi semuanya sudah hanyut dibuai mimpi. Tinggal ummi yang masih ada urusan yang perlu diselesaikan. 

Tidurlah sayang. Semoga bermimpi yang indah. Tak lupa buat abi yang jauh. Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah. 

Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik untuk kita semua. Insya Allah :)

KERANA MENCINTAI DIA

Adakalanya terlintas di hati kecil; adakah suami akan jatuh cinta lagi? Di ketika hayatku atau selepas matiku? Ya. Aku cemburu. 

Dan aku juga tertanya. Mungkinkah akan ada penggantiku, seandai aku pergi dulu meninggalkan dia? Dan ya. Aku tetap cemburu.

Namun aku sedar, persoalan begitu tidak perlu terlalu dilayan dan difikirkan. Dan sudah fitrah, cemburu itu akan lahir bila memikirkan ada yang lain di hati insan yang kita cintai.

Saat hadir persoalan itu, aku hanya mampu memujuk hati. Usah cemburu pada urusan yang kita tidak pasti. Allah yang menentukan segalanya. Soal hati ini juga, segalanya dari Allah.

Usah cemburu. Walau bagaimana takdir di masa akan datang, tetap ianya yang terbaik dari Allah. Aku insan tiada daya, pasrah pada ketentuanNya.

Sesungguhnya aku cemburu, kerana aku terlalu mencintainya. Namun siapa aku untuk pegang hatinya untuk hanya mencintai aku. 

Aku hanya mampu berdoa. Moga cinta ini tetap akan menyatukan kami berdua di syurgaNya. 

Aameen.

DUNIA SURI RUMAH




Dunia seorang suri rumahtangga seperti ku, adalah suami dan anak-anak semata. Satu hari, 24 jam, mereka lah yg menjadi watak penting dalam kehidupan seorang suri rumah. Menguruskan hal ehwal mereka, menjaga makan minum mereka, di samping membuat kerja-kerja rumah yang tak pernah sudah :)

Ya. Hidup seorang suri rumah bagaikan tiada apa yang istimewa. Bukan sekadar penat, malah masa untuk diri juga bagaikan tiada.

Buka mata, rutin harian dah bermula. Tambah penat, bila anak masih kecil dan ramai pula :) memang tiada masa untuk hal lain, lebih-lebih lagi nak bersosial. Memang taklah kan :)

Kadang-kadang suri rumah dilanda kesunyian dan terasa bagai tiada yang mengerti penat lelahnya. Mahu dikongsi cerita, entah pada siapa. Pada suami juga selalunya tak terluah.

Tapi. Suri rumah perlu sentiasa membina positif dalam diri. 

Yang utama adalah dengan meletakkan keikhlasan dalam hati. Kita memilih untuk menjadi suri rumah kerana Allah. Rumah ini medan bakti kita, dan kita mahu sehabis baik menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Insya Allah ada ganjaran hebat di sisi Allah.

Bila hati ikhlas keranaNya, kita akan lebih tenang menjalani rutin seharian sebagai seorang suri rumah. Biar nampak biasa-biasa, tapi inilah tempat terbaik buat kita yang bergelar isteri dan ibu. 

Ada ketika kita rasa terlalu penat, ada ketika terasa sunyi dan seperti keseorangan, ada ketika juga hadir rasa rendah diri bila perlu bertemu muka dengan rakan sebaya dan wanita berkerjaya yang kelihatannya gah kehidupan dan pembawakan diri mereka :)

Tetapi. Rasa seperti itu perlu sentiasa dibendung dan dibuang dari mengusai diri. Biar penat, tapi bahagia setiap masa anak-anak ada di sisi. Tak apa tak ada yang sudi faham. Allah sentiasa ada untuk mendengar keluhan kita. Tak perlu rasa rendah diri. Kita dan mereka sama sahaja :) 

Sesungguhnya pilihan menjadi suri rumah bukan satu kesilapan. Biar tanpa gaji dan duit sendiri. Insya Allah rezeki kita sekeluarga dicukupkan atas asbab kita ikhlas berbakti pada rumahtangga.

Ya. Kita suri rumah, bukanlah bermakna lebih baik dari mereka yang bekerja. Semuanya baik jika tahu keutamaan. Isteri dan ibu, meski berkerjaya hebat, semoga tetap sedar bahawa yang utama untuknya ialah perhatian pada rumahtangga. Yang tidak bekerja pula, sehabis baik melaksanakan tanggungjawab di rumah saban hari dan saban waktu :)




Sunday, 30 July 2017 0 comments By: Naemah

WARISAN SEJARAH: BUKIT MALAWATI

29.07.17

Hari ini dalam sejarah :D
Kami sekeluarga berkesempatan menjejakkan kaki ke Bukit Malawati yang terletak di Kuala Selangor untuk melihat sendiri tempat bersejarah ini.

Sebenarnya kami tidak merancang untuk ke sini. Nak dijadikan cerita, pada malam sebelumnya abangku mengajak kami untuk menyertai keluarganya makan malam di Aroma ikan Bakar, Kg Jeram. Kami bertolak lewat petang dari rumah kami di semenyih. Sampai di sana lebih kurang jam 8 malam. 

Malam itu kami menumpang tidur di rumah anak saudaraku Fadhlullah di Sekinchan. Kami meninggalkan rumah anak saudaraku jam 9 pagi. Alang-alang dah sampai Kuala Selangor, suamiku mengajak kami ke Bukit Malawati. 

Mengikut sejarah yang dibaca, Bukit Malawati merupakan pusat pentadbiran dan kota kesultanan negeri Selagor pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 :)

Sampai di sana dalam pukul 10 pagi. Kami dibawa ke puncak bukit dengan menaiki tram yang disediakan. Di situ terdapat tembok batu yang menjadi benteng pertahanan untuk melindungi kuala selangor dari serangan musuh pada ketika itu. 

Selain itu terdapat rumah api yang telah dibina pada abad yang lalu, dan masih berfungsi sehingga hari ini. Terdapat juga sebuah pondok kecil yang diberi nama baitul hilal. Ia menjadi tempat untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh 1 ramadhan, syawal dan raya haji.

Tak melepaskan peluang, kami juga mengunjungi muzium yang terdapat di situ. Melihat monumen peninggalan masa silam, dan membaca serba sedikit sejarah yang tercatat di dalamnya :)

Pemandangan di puncak bukit itu sangat cantik dan menenangkan. Boleh juga jika sekadar untuk mengambil angin sepoi bahasa :) selain pengunjung yang datang untuk menziarahi tempat bersejarah ini, terdapat juga penduduk tempatan yang menjadikan tempat ini sebagai tempat riadah berbasikal. 

Oh ya, dari kaki bukit hingga ke puncak bukit, terdapat banyak monyet yang bebas berkeliaran dan bergayutan dari pokok ke pokok. Tapi jangan risau, monyet-monyet di situ tidak mengganggu orang yang datang berkunjung :)

Hampir sejam di puncak bukit tersebut, kami menaiki tram sekali lagi dan menuruni bukit untuk kembali ke bawah. Dalam perjalanan turun, kami dapat melihat sebuah kawasan yang dinamakan makam diraja, yang mana ia merupakan tempat bersemadinya raja-raja Selangor yang terdahulu.

Hampir jam 11, kami bertolak pulang meninggalkan kawasan itu. Agak berpuas hati dapat berkunjung di situ. Sekurang-kurangnya ada 'ilmu' sejarah baru yang dapat dipelajari oleh kami :) buat anak-anak pula, pastinya mereka seronok dapat menaiki tram dan menikmati indah pemandangan dari puncak bukit sambil bergambar kenangan :)



Menaiki tram





Di puncak bukit 





























Nak balik dah :)






Wednesday, 26 July 2017 0 comments By: Naemah

NASI MINYAK DAN AYAM MASAK MERAH

Menu hari ini; nasi minyak, ayam masak merah, sambal belacan dan acar. 

Dah terlalu lama tak masak nasi minyak. Kebetulan nak habiskan beras basmati yang dibeli untuk jamuan raya hari tu, maka terhasillah hidangan nasi minyak hari ini.





Di sini sy sertakan bersama resepinya. Boleh lah cuba ya :)














Thursday, 20 July 2017 0 comments By: Naemah

MIQDAD: LUKA DAN JANGKITAN KUMAN

Cerita Miqdad lagi. Kali ni tentang luka di hidung yang menyebabkan jangkitan kuman-merebak di sekitar hidung.

Alkisah, Miqdad yang baru sihat dari demam masih selesema dan batuk. Kerana kerap menggaru hidung (kuku juga panjang), maka terdapat kesan luka pada hidung Miqdad. Kecil saja lukanya, ingat akan cepat baik. 

Masuk hari kedua, kesan luka nampak makin besar. Hari ketiga, makin besar dan kehitaman. Agak merisaukan, takut bukan sekadar luka biasa. Aku bertanyakan biras yang juga seorang doktor. Katanya mungkin jangkitan kuman dan perlukan antibiotik.

Petang itu ke poliklinik Damai, Beranang untuk dapatkan rawatan. Doktor bagi ubat antibiotik untuk disapu ke tempat luka tersebut.

Lepas sapu ubat tu, luka makin kering dan nampak makin baik. 

Tapi nak dijadikan cerita lagi, ubat sapu tu hilang. Puas cari tak jumpa juga. Dua hari tak sapu, luka tu merebak lagi. Dari bahagian kanan, pindah ke kiri pula. Aduhai...

Usaha juga mencari. Alhamdulillah, jumpa juga, terselit di sebalik rak tv. Kecil sangat, memang susah nak jumpa :D

Kembali sapu ubat dan luka tu kering balik dan makin baik hari ke hari. Alhamdulillah :)

Moral of thr story: perlu pastikan kuku si kecil sentiasa pendek, sebab dia memang suka menggaru dan mencakar :)
Kedua, perlu segera mendapatkan nasihat dan rawatan doktor dalam hal yang melibatkan kesihatan anak-anak. Apatah lagi kalau ia tak pernah terjadi pada anak-anak sebelum ini :)

Alhamdulillah. Pengalaman sepanjang bergelar ibu banyak mengajar dan mendidik hati. Agar menjadi seorang ibu yang lebih baik dan bertanggungjawab. Serta berusaha sebaik mungkin dalam menjaga amanahNya ini :)




Hari ke-3 (sebelah kanan hidung)





Hari ke-4





Hari ke-6 (luka dah makin kering dan hilang)





Hari ke-8





Hari ke-9




Hari ke-12 (selepas 2 hari tak sapu ubat)




Hari ke-13 (dah sapu ubat balik)




Hari ke-15




Today-hari ke-17. Hampir baik sepenuhnya :)



UbAt yang disapu 






INSYA ALLAH ABANG YANG BAIK


Anas Zaydan, sekarang berusia 5 tahun 6 bulan. Anak sulung, abang kepada 2 adik. Mussaab pula berusia 3 tahun 6 bulan, anak kedua dan abang kepada seorang adik :)

Di kalangan mereka yang sebaya Anas dan Mussaab, ada yang mungkin anak tunggal atau anak bongsu (atau belum ada adik). Dah tentu mereka mendapat layanan lebih, dan dimanja lebih. Mungkin :)

Berbeza dengan Anas dan Mussaab, di usia sekarang sudah menjadi seorang abang, berbagi kasih dengan adik-adik. Adakala perlu mengalah, ada kala pula dimarah. Kerana 'gagal' menjadi abang yang baik untuk adik-adik.

Maafkan ummi, sayang. Kadang-kadang ummi lupa bahawa di usia sekarang, Anas dan Mussaab masih seorang anak kecil. Mahu bermain, mahu ketawa, mahu suka-suka, mahu dilayan dan dimanja. Anas dan Mussaab masih belum mengerti makna tanggungjawab dan bagaimana menjadi seorang abang. Apatah lagi mahu menjadi 'abang yang sempurna'.

Namun bukan salah takdir jika di usia sekarang Anas dan Mussaab sudah bergelar seorang abang. Ummi percaya Anas dan Mussaab juga bahagia dikurnia adik-adik sebagai teman bermain :)

Cuma peranannya sekarang adalah ummi dan abi. Perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak masih kecil, dan perlu layanan manja dan adil. Bukan salah Anas dan Mussaab jika masih belum menjadi abang yang 'matang'. Ummi tahu semua itu perlukan masa. Ummi dan abi perlu lebih bersabar dalam mendidik. Bukan cepat menghukum jika ada yang tidak kena.

Ummi doakan Anas dan Mussaab akan menjadi lebih matang seiring meningkatnya usia. Insya Allah, Miqdad juga satu masa akan menjadi seorang abang :) semoga sentiasa baik, mesra dan saling menyayangi sesama adik beradik. Tiada siapa lebih dan siapa kurang. Ummi dan abi sayang semuanya. Walau kalian hadir dengan karakter dan watak yang berbeza. Ummi tetap sayang dan kasih semuanya.

Semoga menjadi anak-anak yang soleh semuanya. Semoga membesar menjadi 'abang' yang lebih baik, bertanggungjawab dan sangat menyayangi adik-adik :)




Wednesday, 19 July 2017 0 comments By: Naemah

AURAT: PERINGATAN BUAT DIRI


Hari ni nak sentuh bab aurat lagi. Bab yang sangat penting, tapi pada sesetengah orang, macam tak penting. Yang tak tahu, mungkin boleh dimaafkan. Tapi yang belajar dan tahu, sangat tidak munasabah bila masih memandang ringan bab aurat.
 
Bab aurat ada disebut dan ditekankan di dalam al-Quran. Batas aurat juga sudah didetailkan (seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka-pada yang tidak tahu)-bukan sekadar menutup rambut ya! Dan pakaian yang menutup aurat itu pula mestilah tidak ketat, tidak singkat dan tidak jarang (betul-betul melindungi anggota badan hingga tidak terlihat).

Ingat! Bab aurat melibatkan dosa pahala. Ia tuntutan dari Allah. Masih nak pandang remeh? 

Tak lain, aku hanya ingin mengingatkan diri sendiri. Aku yang kadang-kadang ambil mudah juga. Especially, bila suami pun lupa nak tegur.

Buat suami tercintaku, aku sangat berterima kasih padanya yang sangat menjaga hal aurat isterinya. Ya, kerana aurat isteri di bawah tanggungajawab suami. Terima kasih kerana sering mengingatkan. 

Cuma, bila dia tak menegur aku kadang-kadang menjadi lebih 'bebas'. Dalam kesibukan, lupa sarung tangan di mana. Nak keluar halaman je, pakai lengan tiga suku pun ok kot! Ya. Sikap ambil mudah.

Memang bab aurat kadang-kadang 'merimaskan'. Tapi, berusahalah untuk menjadi hamba yang taat. Allah bukan mahu menyusahkan kaum wanita. Percayalah pada kebaikan dan hikmah yang Allah sediakan buat kaum wanita yang taat dan akur pada perintahNya. Perintah menutup aurat itu jika dihayati betul-betul, ia sebenarnya untuk 'menjaga' kita :) 

Sama-sama beringat ya kaum wanita. Aurat jangan dipandang remeh. Takutlah pada azab Allah!

Namun aku tak menghukum insan yang tak menutup aurat itu jahat, dan tempatnya pasti di neraka! TIDAK!! Hal aurat itu hal dia dengan Tuhan. Ramai insan yang tak menutup aurat, juga berakhlak baik dan ada bab yang dikagumi pada dirinya. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dikurniakan hidayah untuk melaksanakan tuntutan Allah yang satu ini; iaitu menutup aurat dengan SEMPURNA.

Pada yang sudah menjaga aurat dengan sebaiknya, Alhamdulillah. Satu dari syariat Allah telah kita sempurnakan. Teruskan berusaha menjadi hamba Allah yang taat. Perbaiki akhlak dan niat. Semoga apa yang kita lakukan di dunia ini hanya kerana Allah. Moga beroleh rahmat dan keampunan dariNya. Insya Allah :)




Tuesday, 18 July 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 190717





Hari ini abi bertolak ke Bintulu seawal jam 6.15 pagi, ketika Anas dan Mussaab masih lena. Miqdad bangun awal seperti biasa. Sempat jumpa abi dan salam abi. Abi peluk cium Anas dan Mussaab seperti biasa sebelum pergi.

Mussaab bangun sebaik abi pergi. Ummi yang mengantuk terlena bersama Miqdad di sofa, hingga Mussaab kejutkan. Ummi tinggalkan Miqdad dan Mussaab di luar, ummi masak nasi goreng untuk breakfast. Anas bangun kemudiannya. 

Jam 8.30, breakfast sama-sama. Ummi suapkan Anas, Mussaab dan Miqdad bergilir-gilir. Sudah makan, Anas ajak Mussaab menonton video 'storybots' di tingkat atas. Tinggal Miqdad bersama ummi di bawah. Kemudian Anas dan Mussaab turun ke bawah pula menonton tv.

Jam 10, ummi cuba tidurkan Miqdad tapi Miqdad masih nak bermain. Anas dan Mussaab menonton tv, menampal sticker, makan kerepek dan buat hal sendiri. Anas juga siapkan homeworknya. Ummi masuk ke dapur, siapkan lunch. Panaskan lauk yang ada dan masak nasi. Miqdad sesekali menangis dan memanggil. Miqdad jalan di sekeliling sofa sambil berpaut. 

Jam 11.30, makan tengahari. Miqdad makan berselera, Anas dan Mussaab juga makan. Lepas tu menonton tv lagi. Ummi mandikan dan tidurkan Miqdad, dan bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Dalam hati berdoa sangat agar tiada 'drama' lagi hari ni. Tanpa abi, akan lebih mencabar bila Anas menangis tak nak ke sekolah lagi. Alhamdulillah, segalanya mudah hari ini. Anas cepat bersiap, mood juga baik :)

Jam 1, hantar Anas ke sekolah. Masih perlu hantar sampai ke kelas. Tak mengapalah, ummi ok je :) asalkan tak menangis nak ikut balik ':) lepas hantar Anas ummi balik bersama Mussaab dan Miqdad. Miqdad pula dalam kereta dah tak boleh duduk diam. Asyik nak bangun berdiri dan mencapai segala benda. Bila dipakaikan seatbelt, menangis mahu dilepaskan. Mencabar juga ':| 

Balik ke rumah, lepak di tingkat atas. Buka video al quran dan melayan Mussaab 'membaca' sekejap. Kemudian masuk ke bilik untuk tidur. Sebelum tidur, main dulu sepuasnya. 

Jam 2.30, keduanya dah tertidur. Ummi juga yang masih tak boleh lena. Cuba juga pejamkan mata sementara anak-anak masih tidur :) Alhamdulillah dapat juga lelap sekejap. 

Jam 4, ummi turun ke bawah. Niat nak isi perut yang tengah lapar, sebelum ambil Anas di sekolah. Belum sempat menjamah makanan, Miqdad dah menangis di atas. Ummi naik dan susukan Miqdad. Miqdad dah tak mahu tidur. Ummi bawa turun dan temankan ummi makan. Ummi juga suapkan Miqdad ubi keledek rebus. Lepas makan, terdengar suara Mussaab pula menangis. Ummi dan Miqdad naik ke atas. Bersiap untuk ke sekolah Anas.

4.30, Anas balik dari sekolah. Singgah gerai beli pisang dan keropok goreng macam biasa. Balik rumah, makan sama-sama. Lepas makan, menonton paw patrol pula. Miqdad juga leka bermain sendiri. Berpaut di sofa dan rak tv, dan melangkah dengan berhati-hati. Sesekali terjatuh dan menangis :)

6 petang, ummi goreng kueteow untuk dinner. Masing-masing menolak, tak nak makan. Dah kenyang makan keropok dan pisang agaknya. Miqdad juga cuma makan sedikit. Tak sedap ke ummi masak :'/ abi call dari Bintulu. Miqdad menangis-nangis tengok muka abi. Rindu nak berdukung dengan abilah tu :) Anas dan Mussaab leka lagi dengan tv. Abi call pun tak layan.

Jam 6.30, ummi naik ke atas bersama Miqdad. Berkali-kali ummi panggil Anas dan Mussaab untuk mandi. Masih leka dengan tv. Memang macam nilah bila memilih untuk ada tv kan? Mussaab naik dulu, kemudian Anas. Itupun dah puas ummi panggil. Mujur tak menjerit je :D

Anas dan Mussaab mandi. Ummi susukan Miqdad. Kemudian keluar, ummi ajar Anas al Quran. Mussaab main macam-macam. Dari tadi minta ummi buka video seefood. Masih tak puas menonton ':| Miqdad juga masih cergas bangun jatuh. Masih tak mahu tidur. Ummi lipat kain dulu. Anas buka video dr Binocs, kemudian movie cars. Mussaab juga join sekaki.

Lepas lipat kain ummi tidurkan Miqdad. Kemudian turun ke bawah kemas dapur dan menyapu sampah. Mussaab makan durian yang dibeli abi. Naik semula bila mendengar tangisan Miqdad. Mussaab di bawah menjerit meminta kerepek pula. Naik ke atas dan merajuk sebab permintaan tak dilayan. Nak buat macamana, Miqdad menangis. Anas masih melayan movie.

Mussaab baring di sebelah Miqdad dan terlena. Tak sempat makan kerepek. Bila Miqdad dan Mussaab dah lena, ummi teman pula Anas tidur. Jam 10, Anas juga dah lena. Alhamdulillah :)

Ummi turun ke bawah dan selesaikan kerja yang belum siap. Rumah dah sunyi sepi bila semua dah tidur. Ummi rindu. Rindu pada Anas, Mussaab, Miqdad dan abi. Kalian cinta hati ummi, hadiah terindah dari Allah.

Semoga Allah sentiasa menjaga suami dan anak-anak ummi. Semoga Allah sentiasa mendekatkan kita, dan mengikat kita dengan kasih sayang. Semoga sentiasa bersama di dunia dan di syurga.

Aameen. Ya Allah.
Thursday, 13 July 2017 0 comments By: Naemah

ANAS: READING UPDATE

Sebelum ini sudah tulis tentang bab reading/membaca Anas. Rujukan: MELATIH ANAK MEMBACA dan MEMBACA BAHASA MELAYU

Hari ini Skill membaca Anas semakin baik, Alhamdulillah. Di sekolah, Anas dilatih membaca setiap hari. Memandangkan dia sudah boleh membaca sejak di rumah, maka skill membacanya semakin digilap bila dia bersekolah. 

Di sekolah, Anas sudah khatam 6 buah buku reading (English) sepanjang 6 bulan pertama persekolahannya. 1-2 page dibaca setiap hari. Buku bahasa melayu juga dah khatam sebuah ( tak pasti ada buku kedua atau tidak ). Buku iqra' pula masih di iqra' 3 (1 page sehari).

Alhamdulillah, Kesimpulannya skill reading/membaca Anas semakin baik dan Anas juga suka membaca. Of course, nak pandai dan lancar membaca perlu kepada praktis berterusan. Anas juga masih perlu melalui proses yang panjang.

Sekarang tak perlu lagi nak minta dia baca. Bila dah pandai, akan 'terbaca' dengan sendiri words yang dilihat di mana-mana. Contohnya di tv, di restoren, papan tanda jalan dan kedai, dan sebagainya.

Bukan nak paksa sangat anak pandai membaca. Bukan nak membangga diri dengan pencapaian anak. Tapi insya Allah bila pandai membaca, di situ dah dapat kunci kepada pintu ilmu yang pelbagai. Semoga Allah terangkan hati anak-anak ummi, Anas, Mussaab dan Miqdad untuk mudah mendapat ilmu serta menjadi insan yang mencintai ilmu.

Anak belum pandai membaca? Tak mengapalah. Akan tiba masanya dia akan pandai dan suka membaca. Doakan, dan usahakan sama-sama ya. Insya Allah.

    



MIQDAD: 9 MONTHS OLD




13/07: genap usia Miqdad 9 bulan. Alhamdulillah.

Dah lama tak bawa Miqdad ke klinik. So, tak tahu berapa berat Miqdad sekarang. Insya Allah next week akan ke klinik untuk check up Miqdad.

Setakat hari ini, Miqdad kerap kali 'diuji' dengan demam, batuk dan selesema. Baru-baru ini juga diserang demam, batuk dan selesema. Alhamdulillah sekarang dah semakin sihat. Tapi kat hidung pula luka dan terkena jangkitan. Setiap hari perlu sapukan ubat antibiotik, dan sekarang makin baik, insya Allah.

Sejak dua-tiga hari ini juga Miqdad dah mula merangkak. Ummi sangkakan, Miqdad memang nak langkau step tu, memandangkan sebelum ini Miqdad langsung tak nak cuba merangkak. Selain meniarap dan menyusur, Miqdad selalunya akan bangun berpaut pada sesuatu seperti meja dan sofa, dan sudah cuba melangkah perlahan-lahan.

Tapi nampaknya dah undur ke step merangkak :) oklah tu. Insya Allah tak lama lagi boleh berdiri tanpa sokongan, dan seterusnya boleh berjalan dan berlari pula ya :) Boleh la join abang-abang nanti. Makin meriah la nampaknya bila 3 hero bergabung :D

Miqdad juga seorang yang sangat mudah tersenyum. Manis sangat bila tersenyum. Dan banyak 'membebel' bila dalam keadaan sihat. Cuma satu, Miqdad pantang nampak ummi/abi berjalan, terus menangis minta didukung. Kadang-kadang ummi terpaksa menyorok untuk melarikan diri dari Miqdad. Yelah, ummi ada banyak kerja nak dibuat. 

Dan sehingga hari ini, ummi bersyukur Miqdad dalam keadaan baik sentiasa. Sesekali diuji dengan sakit demam Miqdad, ummi tahu Allah sekadar menguji hambaNya dan pasti ada hikmahnya.

Oh ya. Miqdad juga dah diberi makan sama seperti abang-abang sejak umur Miqdad 8 bulan lebih. Sebelum ini ummi suapkan bubur. Hari-hari masak bubur. Tapi sejak demam hari tu Miqdad selalu reject apa yang ummi masak. Last-last dah sihat, berselera makan apa saja yang ummi suap. Dan lepas tu ummi pun suap apa yang dimasak untuk family, itu juga lah untuk Miqdad :)

Gigi pula dah masuk 8 batang. Comel :) Alhamdulillah atas nikmat anugerah Allah pada ummi dan abi. Miqdad yang baik dan comel. Insya Allah besar nanti jadi anak yang soleh :) sayang ummi dan abi. Sayang Anas dan Mussaab :)
Wednesday, 12 July 2017 0 comments By: Naemah

UMMI MENCUBA DALAM KETERBATASAN



Sering terbaca perkongsian sahabat yang berusaha menyediakan hidangan terbaik untuk anak-anak. Berjaya buat anak sukakan sayur dan buahan, menyediakan hidangan sihat dan organik, serta pantang pada makanan segera, proses dan pelbagai lambakan makanan di pasaran yang dilihat 'tidak sihat'.

Ummi juga, mencuba sekadar yang mampu. Ummi cuba masak setiap hari, cuba buat sendiri nuget, patty burger, donat, chicken ball, stok ayam, dll. Ummi cuba masukkan 'dalam diam' sayur/buah dalam masakan sebagai ramuan masakan demi ia berkhasiat untuk anak-anak. Dan antara 'cubaan' lain demi untuk anak mendapat 'makanan sihat'.

 Tapi hari ini, anak-anak ummi masih menjadi picker eater. Tak suka sayur dan buah, suka makanan segera dan proses, dan tertarik pada makanan 'tidak sihat' yang terdapat di luar.

Ummi mencuba, namun ummi sedar ummi masih gagal.

Ummi melihat ibu-ibu yang berusaha mengawal penggunaan gadjet dan pendedahan skrin kepada anak-anak. Ada yang mengambil langkah tidak mendedahkan langsung gadjet dan tv kepada anak-anak kerana bimbang pada ketagihan dan kesan buruk yang mendatang. Ummi akui semua itu, kerana kajian juga ada membuktikan hal yang tersebut.

Ummi juga mencuba dalam keterbatasan. Hanya membenarkan anak-anak menonton video yang sesuai dan berbentuk education sahaja. Di ipad juga hanya ada aplikasi pendidikan. Dan realitinya, gadjet dan tv tetap wujud di rumah, dengan langkah kawalan yang mungkin 'tidak ketat'. Anak-anak ummi, adakala asyik dengan 'aktiviti' lain hingga melupakan tv, video dan ipad. Namun ada masanya pula, melekat pada skrin tv dan ipad. 

Ummi bimbang pada kesan yang tidak baik, namun hari ini, tv dan gadjet masih menjadi sebahagian dari hidup anak-anak ummi. Malahan ia menjadi salah satu medium dalam pendidikan anak-anak.

Ummi juga mengikuti perkongsian ibu-ibu hebat yang rajin melakukan aktiviti pembelajaran dengan anak-anak, especially yang buat homeschooling. Ummi tahu, Anas dan Mussaab juga pasti suka kalau berbagai aktiviti dilakukan di rumah. Apatah lagi aktiviti yang berkaitan dengan apa yang telah dipelajari di buku dan video.

Ummi cuba lakukan juga bersama anak-anak, namun mungkin hanya sesekali di atas kesuntukan masa dan kekurangan material. Malahan kerana aktiviti sering membawa kepada 'rumah bersepah dan kotor', sering ummi berfikir panjang masa dan waktu yang sesuai untuk melakukannya. Hanya apabila ummi bersedia untuk 'kemas kembali'. 

Ummi tahu aktiviti yang dilakukan membuatkan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan menjadikan anak-anak lebih kreatif dan seronok belajar. Namun di atas 'alasan' demi 'alasan', semua itu juga seakan 'tidak sempat' untuk dilakukan bersama.

Satu hal lagi ialah tentang kesabaran dan kebijaksanaan seorang ibu dalam berhadapan dengan pelbagai karenah anak kecil yang adakala sangat mencabar. Ummi kagum pada mereka yang bijak mengendali emosi mereka. Malahan banyak tips yang dikongsikan untuk rujukan para ibu seperti ummi.

Ummi juga mencuba, untuk menjadi ibu yang penyabar, dan tidak mudah marah. Ummi tahu anak-anak ummi sekarang tengah aktif, banyak berfikir, banyak perasaan ingin tahu dan sentiasa ingin mencuba. 

Namun hari ini, ummi masih membuat kesilapan demi kesilapan. Masih belum mampu menahan sabar, masih ada ketikanya marah-marah dan membentak.

Menjadi seorang ibu yang hebat, hakikatnya bukan mudah. Ummi cemburu pada mereka yang ummi lihat sudah mencuba yang terbaik, hingga termasuk di kalangan yang terbaik juga. 

Ummi hari ini, masih mencuba dan ingin terus mencuba. Mencari ilmu dari perkongsian mereka, mencari motivasi untuk bangkit menjadi yang terbaik. Bukan mahu lebih baik dari sesiapa. Hanya mahu jadi yang terbaik untuk anak-anak tercinta.

Janganlah. Satu masa ada perkara yang akan ummi kesali. Lantaran tidak mampu memberi yang terbaik untuk anak-anak ummi. Lantaran tiada ketegasan, tiada usaha, dan bersikap ambil mudah sahaja. 

Semoga Allah memberi kekuatan, kesihatan dan menunjukkan jalan.

SHOPPING DI IKEA

12/07: sekali lagi ke IKEA Cheras untuk mencari keperluan rumah. 

First time menjejakkan kaki ke Ikea (Damansara) ialah pada Januari 2016. Masa tu masih menyewa di Taman Pelangi Semenyih 2. Oleh sebab rumah sewa, mood nak mendeko pun tak berapa sangat. Beli barang sekadar keperluan saperti meja makan, sofa, dll.

Tapi kalau nak dikira balik, memang dah berkali-kali kami ke ikea (entahlah berapa kali) :D seronok menjejakkan kaki ke sana. Kalau tak ikea Damansara, ikea Cheras :)

Di sana, tak pernah tak lama. Di samping selesa membeli belah keperluan rumah di sana, bilik show room yang ditampilkan juga menarik perhatian para pengunjung. Simple, tapi menarik :) harga barangan juga ada yang mampu milik, dan ada juga yang sekadar untuk dipandang mencuci mata :) tetapi memang terdapat pelbagai pilihan keperluan rumah di sana, dari perabot, perkakas dapur, langsir, lampu, cermin, set bilik tidur, kabinet dapur, rak kasut, rak buku, dan sebagainya. 

Di samping membeli belah, tak lupa kami anak beranak menjamu selera di cafe yang disediakan. Anak-anak sangat menggemari meatball yang dijual di situ. Dan terdapat pelbagai lagi menu yang boleh dinikmati di sana. Sedap dan bersih semuanya :)

Pendek kata, kami suka membeli belah di ikea kerana terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan rumah, sangat selesa dan harga juga berpatutan. TAPI.. kami memilih untuk ke sana pada weekdays sahaja kerana tak ramai orang dan tak perlu bersesak-sesak. Pernah pergi weekend, ramainya orang, Masya Allah. Dah serik rasanya. Susah untuk kami yang membawa anak-anak kecil :)

Pada yang berada di negeri selain Johor, Selangor dan KL, mereka juga boleh dapatkan barangan ikea di talian. Penghantaran akan dibuat di seluruh Malaysia (mungkin ada had minimum pembeliannya). Malah ada juga personal shopper yang mengambil tempahan dari pelanggan seluruh Malaysia (taip je di fb)

Sekarang kami sudah menetap di rumah sendiri. Kebanyakan barang kami beli di ikea (bukan semuanya). Yang sebenarnya, nak rumah cantik bukan bergantung di mana kita beli barang, dan berapa nilainya. Yang penting kena bijak menyusun atur dan rajin berkemas *_* (pesanan untuk diri sendiri)

Apapun, happy dan puas 'bershopping' di ikea yang selesa. Walaupun jauh sikit dari rumah, rasa berbaloi walaupun sekadar untuk cuci mata :D


Gambar sekitar di Ikea Cheras semalam :)



































Monday, 10 July 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 110717

Hari ini abi akan balik dari Bintulu. Insya Allah. Dah 4 hari abi di sana. Seperti biasa, tak sabar tunggu abi balik.

Anas yang pertama bangun hari ini. Kemudian Miqdad pula bangun. Anas jaga Miqdad sementara ummi solat subuh. Lepas solat ummi selesaikan sedikit kerja menggunakan pc. Anas dan Miqdad buat hal sendiri. Sesekali Miqdad menangis, minta perhatian. 

Selesai kerja ummi, turun ke bawah. Mussaab juga dah bangun dan ikut turun ke bawah. Niat nak goreng nasi, tapi bila Miqdad asyik nak melekat dengan ummi, entah pukul berapa ummi dapat sediakan breakfast. Akhirnya keluar ke gerai belakang untuk beli nasi lemak dan donat. Tapi nasi lemak dah habis. Ummi belikan bihun goreng,donat dan karipap. Balik ke rumah, dan makan sama-sama. Alhamdulillah.

Lepas breakfast, layan Paw Patrol di hypptv. Hari-hari Paw Patrol. Anas dan Mussaab sekarang memang tengah obses dengan Paw Patrol. Oklah, cerita tu bagus sebenarnya sebab dia suka tolong orang dalam kesusahan :)

Jam 9 pagi, ummi tidurkan Miqdad yang dah mula meragam. Tak boleh ditinggalkan, menangis semahunya. Anas dan Mussaab setia depan tv. 

Sebaik Miqdad tidur, ummi kemaskan bilik tidur atas. Sambil mencari Olly yg menghilang sejak semalam. Entah ke mana. Puas cari tak jumpa juga. 

Ummi siapkan bahan untuk memasak. Miqdad dah bangun dari tidur. Anas dan Mussaab melayan Miqdad seketika sambil bermain di bilik bawah. Miqdad main sekejap, lepas tu menangis. Ummi masuk melayan Miqdad. 

Ummi cuba tenangkan Miqdad dan cuba lekakan Miqdad dengan mainan dan buku. Ummi sambung memasak. Anas dan Mussaab menonton lagi. Dan buat hal sendiri. Tengah memasak, abi call. Anas bercakap dengan abi. Miqdad juga video cal dengan abi. Dan dah mula menangis bila nampak ummi. Mussaab hanya melayan tv.

Ummi teruskan memasak. Sesekali mendukung Miqdad dan letak kembali. Begitulah situasi hingga selesai memasak. Mussaab dah mula merungut lapar. Ummi suapkan Mussaab dan Miqdad makan. Anas tak nak makan, katanya masih kenyang. Ummi suap hingga Mussaab dan Miqdad kekenyangan. 

Jam 11.30, Anas mandi dan menunggu masa untuk ke sekolah. Kalau ikutkan dia tak bersemangat nak ke sekolah. Semalam pun menangis bila dihantar. Tapi perlu ke sekolah juga. Takkan ummi biarkan Anas ponteng, kecuali bersebab.

11.45 tidurkan Miqdad. Abi juga sudah di dalam penerbangan ke Klia. Semoga Allah permudahkan urusan abi. Anas dan Mussaab buat hal sendiri di luar. Lepas Miqdad tidur, ummi makan nasi dan gorengkan chicken ball untuk Anas. Anas makan dan bersiap untuk ke sekolah.

12.30, Miqdad juga bangun dari tidur. Alhamdulillah, tak menangis dibiar bermain sendirian. Ummi kemas dapur dan meja makan. Kemudian bersiap untuk hantar Anas. 

Jam 1, hantar Anas ke sekolah. Seperti biasa, hantar sampai ke kelas. Kemudian balik rumah dan solat. Miqdad dan Mussaab main mainan yang ada di bilik. Kemudian masing-masing tertidur. 

Jam 3.30, abi sampai ke rumah. Alhamdulillah. Mussaab dan Miqdad masih lena di katil. Abi makan dan mencari Olly. Mussaab bangun dari tidur, dan Olly berjaya ditemui. Alhamdulillah. Terperangkap bawah katil rupanya. Masya Allah. Ummi dan Anas dah cari kat situ. Kenapa semalam tak perasan? Apapun Alhamdulillah, Olly ok je :)

4.30, Mussaab temankan ummi ambil Anas di sekolah. Miqdad masih lena. Abi tolong jagakan Miqdad. Balik ke rumah, Miqdad dah bangun. Anas dan Mussaab makan bun sosej yang abi bawa balik tadi. Makan, menonton tv dan bermain di luar rumah. 

Jam 7, Anas, Mussaab dan Miqdad mandi bersama abi. Lepas maghrib, tidurkan Miqdad . Lepas isyak, ummi goreng nasi untuk Anas dan Mussaab. Juga goreng chicken ball. Lepas makan, naik ke atas dan bersedia untuk tidur. Abi temankan sehingga Anas dan Mussaab tidur. 

Alhamdulillah, dah lena semuanya anak ummi. Semoga sihat dan baik-baik semuanya. Semoga hari esok menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Insya Allah.



Mussaab tengah tunggu along keluar dari kelas. Tiada gambar Anas dan Miqdad hari ini *_*

GENIUS AULAD: 6 BULAN BERLALU




Januari 2017-Jun 2017

6 bulan sudah Anas menjadi pelajar di Genius Aulad. 

Selepas 6 bulan, ummi dapati Anas semakin kurang bersemangat untuk ke sekolah. Apatah lagi selepas bercuti panjang, puasa dan raya, semakin  tak bersemangat untuk ke sekolah. 

Di rumah, puas disuruh bersiap untuk ke sekolah. Di sekolah menangis-nangis tak mahu masuk kelas. Agak mencabar. Ummi cuba untuk keraskan hati, menangislah. Ummi dan adik-adik balik dulu, tamat waktu sekolah ummi datang ambil. Ummi percaya teacher Anas boleh handle Anas dengan baik :)

Sebelum ini juga, Anas ada syarat tertentu bila mahu dihantar ke sekolahnya. Dia satu-satunya student yang dihantar sampai ke kelas di tingkat 3. Tak nak hantar, tak nak sekolah. Ummi turut sajalah kehendak anak manja ni. Biarlah di sebelah mendukung Miqdad, di sebelah lagi memimpin Mussaab. Daki juga tangga sampai ke tingkat 3. Penat usah cakap :) begitulah setiap hari.

Dah sampai kelas, kena tunggu pula dia buang air di toilet. Lepas tu biarkan dia berlarian di hall dekat kelasnya. Memang saja, tak nak ummi balik cepat. Hmm. Kadang-kadang geram juga. Ummi cuba sabar. Insya Allah ini cabaran di masa anak masih kecil saja.

Antara yang dia sering merungut; di sekolah asyik kena belajar je. Takde main-main.. hmm.. ummi nak jawab apa. Then dia cakap, semua yang teacher ajar, semua yang dia dah tahu. Amboii.. hebat sangat anak ummi ni :D

Tapi tak dinafikan, sebelum masuk sekolah lagi anas dan boleh membaca dan menulis. Cuma, bila dah sekolah skill membaca dan menulis jadi lebih baik. Huruf, nombor, abjad semuanya dah mengenal. Mungkin dia rasa sedikit bosan. Walhal, sekolah tu tiada masalah pun :) 

Ummi fikir panjang. Tahun depan macamana agaknya? Tak mungkin nak hantar Anas ke sekolah yang sama lagi. Penat fikir sekolah mana yang sesuai. Kalau ikutkan, homeschooling je yang mungkin sesuai untuk dia. Tapi... ummi takut ummi tak sempat. Bila ada baby ni, terasa sangat kesuntukan masa. Baby needs me more!!!

Ya Allah. Permudahkan urusan Anas dalam kembara ilmunya. Berikan keseronokan pada Anas dalam menimba ilmu, dan anugerahkan dia ilmu yang bermanfaat. 

Aaameen.


RAIKAN SYAWWAL







Alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan untuk menyambut syawal berikutnya. 

Syawal tahun ini diraikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Malah, Syawal ini dirasakan tersangat sibuk :b

Raya tahun ini diraikan di kampung halamanku, bersama keluarga besarku. Tahun ni juga dah raya berlima; syawal pertama untuk Miqdad yang sudah berusia 8 bulan. Alhamdulillah :)


Membakar lemang




Hari terakhir Ramadhan masih berada di kampung mertuaku di KB. Suamiku dan adik beradiknya bertungkus-lumus membakar lemang. Agak berbeza tahun ini, kerana tahun -tahun yang lalu, ia adalah tugas arwah abang iparku. Ingat lemang, pasti ingat dia. Tapi tahun ini dia dah tiada bersama. Agak kesayuan rasa di hati. Apatah lagi di hati mak dan adik beradiknya :,



Raya pertama di Kg Legeh



Malam syawal, bertolak ke rumahku di Jeli. Aku siapkan rendang ayam untuk hidangan nasi lemak di hari raya. Pagi raya, masak nasi lemak, sambal dan bahan yang lain. Alhamdulillah menjadi juga nasi lemak walaupun agak kelam kabut kesuntukan masa. Dengan anak kecil lagi :)

Hari raya diraikan bersama keluargaku yng tercinta. Seperti biasa, rumah ibuku menjadi tumpuan selepas solat sunat hari raya. Kemudian ke rumah kakakku, dan petangnya ke rumah abangku. Tak lupa merakam gambar bersama, sebagai kenangan. 

Hari raya kedua, tak kemana-mana. Suamiku pula dah kembali bekerja. Alhamdulillah, dapat juga berhari raya bersama.



Majlis perkahwinan Fadhlullah dan Aina



Hari raya ketiga, hari pernikahan anak saudaraku Fadhlullah di Alor Lintang, Besut. Aku dan anak-anak jug ikut serta menaiki kereta bersama abang ipar, kakak dan mek. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah. Balik dari rumah pengantin, singgah berehat di Pantai Bukit Keluang. Pergi dan balik, jalan raya penuh sesak. Maklumlah musim raya. Jam 9 malam baru sampai rumah. Hari yang sangat memenatkan! Fuh..

Hari raya ke-4 juga tak kemana-mana. Sekadar ke rumah abang. Esok akan diadakan majlis sambut menantu di rumahnya pula. Maka, hari ini semua orang busy membuat persiapan.


Raya kelima, kenduri di rumah abangku. Aku dan anak-anak juga pastinya hadir bersama ke majlis tersebut. Alhamdulillah, majlis juga berjalan lancar. Hari ini juga menyambut kepulangan suamiku dari Bintulu. Malamnya, bertolak ke Kota Bharu untuk beraya di kampung mertuaku pula.



Di rumah nenek

Di rumah mak, masih meriah dengan cucu-cucu mak. Namun seorang demi seorang anak mak (bersama family) kembali ke rumah masing-masing kerana cuti sudah berakhir. 

Kami yang terakhir meninggalkan rumah mak. Rumah yang sebelum ini meriah, menjadi sedikit sunyi. Tapi masih ada anak-anak yang menemani mak.

Kami bertolak pulang ke Semenyih pada 10 Syawal. Cuti sekolah Anas juga sudah berakhir. Itupun dah terrlebih cutinya :D

Alhamdulillah. Syawal tahun ini diraikan penuh meriah bersama kesyukuran. Dapat bersama ahli keluarga jauh dan dekat, dan menerima kehadiran ahli keluarga baru juga :)

Anak-anakku juga tak kurang seronok dan gembira, dapat bermain bersama sepupu yang ramai. Dapat duit raya juga. Alhamdulillah:)