Tuesday, 14 March 2017 By: Naemah

KOTA KINABALU WITH LOVE: DAY 2

Sambungan dari;


KOTA KINABALU: DAY 1



Hari kedua di KK (09/03/17)




Island Hopping 


Selepas breakfast di homestay, kami bertolak ke jeti untuk menyertai island hopping. Suamiku memilih 2 pulau sebagai destinasi kami iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Kami menaiki bot pukul 10.30 dan menuju ke pulau Manukan sebagai destinasi pertama kami. Ia mengambil masa lebih kurang 20 minit dari jeti. Kami diberi masa sehingga jam 1 petang untuk berada di situ. 


Sebelum mandi pantai, Anas dan Mussaab menikmati breakfast nasi lemak yang dibeli di jeti tadi. Selepas itu masing-masing menukar pakaian mandi dan mula mandi di pantai. Mussaab hanya mandi seketika, kemudiannya kembali kepadaku dan adiknya. Katanya tak seronok mandi. Entahlah kenapa...


Anas pula lain ceritanya. Mandi hingga langsung tak naik ke darat. Suamiku, sambil mengawasi anak, sempat juga melakukan aktiviti snorkelling. 


Hampir jam 1, kami menuju ke pondok menunggu untuk menaiki bot. Kali ini menuju ke Pulau Manukan pula. Jarak antara 2 pulau itu juga tidak jauh. 5-10 minit barangkali. Kami diberi masa sehingga jam 3 petang untuk berada di situ. Sekali lagi makan dan mandi di pantai. Kali ini Mussaab juga leka bermain air bersama abi dan Anas. Kulit masing-masing sudah hangus terbakar :) aku juga membeli air kelapa yang dijual di situ. Konon-kononnya nak kembalikan tenaga. Badan masih rasa lemah tak berdaya. Cuma keadaanku lebih baik dari semalam. Alhamdulillah.


Jam 3, menanti bot untuk pulang. Agak lama menanti, bot masih belum muncul. Hampir jam 4, baru kami bertolak balik ke jeti. Badanku terasa sangat penat. Nak mendukung Miqdad pun rasa tak larat. Suamiku yang banyak mendukung anak kecilku itu. Aku tahu, suamiku juga kepenatan melayan Anas dan Mussaab. Namun apa daya, aku masih terasa lemah. Perut masih meragam.


Tiba di jeti, hujan turun dengan lebat. Terus menaiki kereta dan balik ke homestay. Suamiku memasak lagi untuk makan malam. Aku yang kepenatan, tertidur bersama Miqdad. Anas dan Mussaab juga tidur. Masing-masing bangun bila hari hampir senja. Mussaab yang paling susah untuk bangun. Puas dikejut. Mungkin tersangat penat :)




Otw to jetty

 





Menanti penuh sabar :)






Dah ready nak ke pulau




Breakfast Anas dan Mussaab 





 

Miqdad yang kepenatan :)






Pulau Manukan 







 

Air kelapa rm15 sebiji





 

View from Pulau Mamutik jetty



 

Masa untuk pulang





Perdana Park


Malam itu sekali lagi ke Perdana Park atas permintaan Anas. Kali ini aku juga ikut. Badan dah rasa lebih bertenaga. Kami bertolak selepas maghrib. Di sana, sekali lagi anak-anak terhibur melihat air pancut menari. Sebelum pulang, menikmati ais krim dan seterusnya balik ke rumah. Kemas pakaian dan apa yang patut, kerana kami bercadang untuk check out awal pagi pada esok harinya untuk menuju ke Kundasang sebagai destinasi seterusnya.









Bersambung


KOTA KINABALU: DAY 3




Day 2 spending:


Petrol: rm60

Tiket Island hoping : rm140

Set snorkelling: rm30

Nasi lemak+roti: rm5

Air kelapa: rm15

Parking: rm7

Perdana park: rm7


TOTAL: rm264





0 comments:

Post a Comment