Monday, 24 October 2016 By: Naemah

UMMI RINDU ANAS DAN MUSSAAB

Sesuai dengan jawatan suri rumah sepenuh masa :) sudah tentulah rumah dan anak-anak menjadi gelanggang harianku. Setiap hari anak-anak sajalah yang menjadi teman. Tak pernah sunyi dengan ragam dan keletah mereka.

Tapi bila anak-anak tiada di depan mata.. alahai tersangat sunyi dan rindunya. Macam nak menangis pun ada. Maklum sajalah, tak pernah berpisah lama. 

Hari ini berpisah dengan dua anakku, Anas dan Mussaab yang dibawa suami ke rumah ibu mertuaku. Berpisah untuk satu hari sahaja. Tapi hatiku tak lepas dari rasa sunyi dan rindu. 

Masih boleh dikira dengan jari, ini kali ketiga berpisah dengan Anas. Pertama, ketika nak lahirkan Mussaab (aku di HUSM), kedua ketika lahirkan Miqdad (di HRPZ). Ini pula kali kedua berpisah dengan Mussaab. Kali pertama ialah ketika melahirkan adiknya Miqdad. Walau cuma satu malam, terasa agak lama perpisahan ini. 

Anas dan Mussaab. Ummi rindu sangat. Tapi macamana pun kena belajar juga berjauhan sesekali. Bukan selamanya Anas dan Mussaab akan berkepit dengan ummi je kan. Nanti nak sekolah, nak masuk universiti, nak kahwin, bla bla... kena berpisah juga kan? 

Ummi kalau boleh setiap masa nak bersama anak anak. Tak nak berpisah. Bila jauh, rindu, risau, semua ada. Ummi doakan kita akan sentiasa bersama, sentiasa dekat... jangan terpisah jauh. Jangan hingga melupakan.

Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad. 

 

0 comments:

Post a Comment