Sunday, 30 October 2016 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 311016

Hari ke-19 ummi melahirkan Miqdad. Masih di kampung, di rumah mek. Hari ini abi bertolak awal pagi menuju ke kl atas urusan kerja. Anas, Mussaab dan Miqdad bersama ummi.

Anas dan Mussaab bangun jam 8 pagi. Tak mandi, sekadar basuh muka dan tukar pakaian. Sejuk sangat nak mandi. 

Lepas berpakaian, main sekejap dan makan. Ummi buat roti bakar sahaja. Lepas sarapan, menonton video Dora the explorer. Entah berapa kali ulang. Ummi menjaga dan menyusukan Miqdad yang masih tak nak tidur sejak bangun pagi tadi. Tapi sempat juga ummi buat kerja lain ketika Miqdad tak menangis bila diletakkan di tilamnya. Anas dan Mussaab ummi biarkan dengan video dan mainan. 

Jam 11.30 pagi, ummi masak sekadar sempat, sementara Miqdad tidur. Anas makan nasi, Mussaab hanya makan ayam goreng. Bila Miqdad terjaga dan menangis, ummi susukan Miqdad. Mussaab bermain clay. Anas kemudian buka video aeroplane pula. Menonton bersama Mussaab. Abi call dari kl, katanya dah odw balik. Anas dan Mussaab sempat berbual dengan abi. Sepanjang tempoh berpantang ummi, abi sajalah yang melayan Anas dan Mussaab. Hari ni abi tiada, terasa lainnya :) tapi Anas dan Mussaab baik je, dengar cakap ummi. Cuma ummi tak boleh nak layan sangat, banyak fokus pada Miqdad. Tambahan pula ummi sendiri perlu banyak rehat. Belum sihat sepenuhnya.

Ummi cuba lelapkan mata jam 3 petang. Miqdad dah lena tidur. Ummi ajak Anas dan Mussaab tidur sekali, tapi macam biasa, tak nak tidur. Ummi biarkan Anas dan Mussaab bermain. Hampir jam 4 petang, ummi bangun dari tidur. Miqdad masih lena. Anas asyik menyusun kereta. Mussaab pula asyik dengan clay nya. Lepas main, datang berguling dekat ummi dan bergurau dan ketawa sama-sama. Mussaab kemudian menangis, entah apa yang tidak kena. Mengantuk sangat agaknya, baring di sebelah ummi, akhirnya terlena juga. Tinggal Anas bermain sendirian.

Jam 6 petang, cik datang rumah mek. Anas ikut ke rumah cik. Tinggal Mussaab yang masih tidur, dan Miqdad yang sudah bangun dari tidur. Tak sempat ummi nak gorengkan ayam untuk Anas yang dari tadi minta nak makan nasi. Miqdad menangis tak mahi diletak. Di rumah cik, Anas makan keropok lekor. Mussaab bangun jam 6.30 petang, terus bertanyakan di mana along. Menangis nak ke rumah cik juga. Mujurlah menangis tak lama. 

Hampir jam 7 petang, abi tiba di rumah. Dalam keadaan penat dan lapar. Sempat juga belikan hadiah untuk anak :) Mussaab happy abi dah balik. Lagi happy dapat ball dan dapat makan subway. Kemudian Anas balik bersama cik. Makan subway bersama Mussaab. Juga happy dapat sticker vehicles daripada abi. Asyik menampal sticker di kertas pula. Kemudian mandi bersama abi.

Masuk waktu isyak, Mussaab ke surau bersama mek dan cik. Anas masih dengan stickernya. Balik dari surau, bermain dan bergurau bersama. Miqdad yang dah tidur juga terjaga dari tidurnya. 

Jam 9 malam, abi dah lena dibuai mimpi. Lampu ditutup, namun Anas, Mussaab dan Miqdad masih belum tidur. Mussaab yang paling ceria, kerana siang tadi dah tidur banyak. Asyik menyanyi dan mengomel seorang diri. Anas dah mengantuk, cuba lelapkan mata. Ummi cuba tidurkan Miqdad. Jam 10 malam, suasana dah sunyi. Suara Mussaab juga tak kedengaran lagi. Alhamdulillah ketiga anak ummi dah lena akhirnya :) tinggal ummi seorang yang juga sudah mengantuk. 

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun dalam keadaan ummi yang masih dalam pantang, dan abi pula seharian tiada di rumah. Semoga di hari yang mendatang juga akan lebih baik, memandangkan abi akan kembali bekerja tak lama lagi. Semoga ummi mampu uruskan anak anak sendirian. Insya Allah.

Selamat malam Anas, Mussaab dan Miqdad. Ummi love you all very much :)



0 comments:

Post a Comment