Saturday, 15 October 2016 By: Naemah

CINTA HATI UMMI SELAMANYA

Merenung wajah suci anak soleh ummi, Anas dan Mussaab yang sedang lena dibuai mimpi.

Sudah banyak hari rasanya hubungan Anas, Mussaab dan ummi terasa kian menjauh. Dek kerana ummi penat menanti masa bersalin, dan kini dalam pantang selepas melahirkan adik Anas dan Mussaab. 

Anas, teringin benar nak tidur bersama ummi dan adik baru. Tapi, tak dapat penuhi keinginan Anas. Anas akur, perlu tidur bersama abi dan Mussaab.

Mussaab, memang tak sukar, dengan sesiapa saja boleh dijadikan teman tidur. Sebelum ini pun memang kerap tidur dengan abi. 

Setiap hari yang berlalu, Anas dan Mussaab banyak bersama abi dan sepupu. Sesekali jenguk ummi dan adik di bilik. Tak mengapalah, ada teman bermain dan ada yang sudi menguruskan makan minum Anas dan Mussaab.

Abi, nenek, makcu, pakcu, mak de, acik, ayah cik, umar, uwais, urwah, antara yang sering bersama Anas dan Mussaab sepanjang hari di tempoh berpantang ummi ini. Baru masuk hari ke-3 ummi melahirkan adik. Masih tiada daya nak melayan dan menguruskan Anas dan Mussaab. Alhamdulillah ada mereka yang sangat baik dan memahami.

Anas dan Mussaab, maafkan ummi ya. Insya Allah bila ummi dah sihat nanti ummi kembali mengambil tugas ummi yang dulu. Menjaga, melayan, mengurus, dan segalanya untuk Anas dan Mussaab, juga adik yang baru lahir ini.

Ya, kini cinta dan kasih ummi bukan hanya untuk Anas dan Mussaab. Cinta dan kasih ummi juga buat adik, tanpa terkurang sedikit pun buat Anas dan Mussaab. 

 Anak anak ummi, anugerah terindah dari Allah buat ummi dan abi. Betapa ummi sangat bahagia dengan kehadiran kalian. Sangat bahagia :,)





0 comments:

Post a Comment