Wednesday, 5 October 2016 By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: KENCING KOTOR *_*


Sumber: Dr Zubaidi


Ini cerita tentang 'kencing kotor' ketika mengandung. Masa mengandung anak sulung, pernah juga dikesan kencing kotor di minggu akhir kehamilan. Tapi tak serius sangat, dan tak rasa macam bermasalah pun ketika membuang air kecil. Tak sampai seminggu, masalah kencing kotor selesai. 

Sekarang mengandung anak ketiga, di minggu ke-39, sekali lagi berhadapan dengan masalah air kencing kotor. Tak pasti bila ia bermula, tapi bermula minggu 38+1hari, dah mula rasa sakit ketika membuang air kecil. Makin hari makin sakit rasanya. Sakit di sebelah kanan, dan sakit ketika membuang air sahaja. Aku mula syak, kemungkinan kencing kotor adalah puncanya. 

Masuk hari ke-6, sakitnya masih kuat terasa. Malah, tiba tiba aku diserang sakit pinggang yang kuat, juga di sebelah kanan. Sakit hingga berpeluh peluh, dan sukar untuk bergerak. Kebetulan masa sakit suami tiada di rumah. Terus call dia dan ceritakan keadaan diri. Tapi nak bercakap pun terasa sukar dek menahan sakit yang amat. Alhamdulillah suami yang sedang ziarah orang meninggal, balik ke rumah dan mengurut pinggang yang sakit. Rasa lega sedikit. Ia terjadi sekitar jam 10 pagi.

Aku merujuk masalah pada birasku dr Nasibah. Katanya, ada kemungkinan juga disebabkan kencing kotor atau jangkitan kuman. Dia nasihatkan untuk ke klinik untuk kepastian. 

Sekitar jam 2 petang, sedang bersiap nak ke klinik, sekali lagi diserang sakit pinggang. Sakit seperti pagi tadi juga. Tak mampu nak bergerak. Suami sekali lagi mengurut pinggang yang sakit. Sakit beransur pergi, tapi masih terasa. Berjalan pun terasa senget. Pukul 3, gagahkan diri untuk bangun dan ke klinik bersama suami dan anak anak.

Kami ke Klinik Kesihatan Badang, berdekatan rumah mak mertua. Di situ diambil tekanan darah, cek perut, dan urin. Doktor juga minta untuk diperiksa kontraksi selama 10 minit. Tapi tiada sebarang kontraksi yang kuat dan aku langsung tak ada rasa sakit perut sepanjang tempoh itu. Alhamdulillah, takut juga kalau diarahkan ke hospital untuk bersalin. Bukan tak nak bersalin, tapi dalam keadaan sekarang yang sakit pinggang dan tak selesa sangat di bahagian bawah ni, rasa tak ada tenaga nak bersalin.

Keputusan urin test:

 


Berdasarkan result, memang sah la aku menghadapi masalah kencing kotor. Effect sampai ke pinggang. Sakitnya usah cakaplah. Cuba bertahan dan sabarkan hati dalam menanggung sakit. Aku pujuk hati, ini hanya ujian dari Allah buatku. Ada orang lain yang lebih sakit lagi dan lebih menderita lagi. Ini hanya cebisan ujian buatku. Lagipun ini belum sakit nak bersalin lagi ':)

Aku diberi ubat antibiotik, diarahkan untuk mengambil tekanan darah setiap hari, dan perlu menghantar sampel air kencing pada keesokan harinya pula untuk dihantar ke hospital KB. 

Masuk hari ke-7, aku rasakan sakit ketika membuang air dah semakin berkurang. Masih sakit pinggang, tapi tak sekuat semalam. Alhamdulillah. Sampel kencing dah dihantar, tekanan darah juga sudah diambil. Tak ada apa masalah. Hari ni juga start makan antibiotik. Semoga keadaan akan lebih baik. Insya Allah.

Hari ni sudah genap 39 minggu kandunganku. Hanya seminggu lagi (atau kurang) tempoh penantian. Tak sabar menanti, namun tak lepas juga dari debaran memikirkan saat melahirkannya. Semoga Allah memberi ketenangan pada hati ini, dan semoga segalanya akan dipermudahkan.

Aameen ya Allah


0 comments:

Post a Comment