Saturday, 1 October 2016 By: Naemah

ANAS DAN MUSSAAB: SEPTEMBER INI


 

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah sebulan Anas dan Mussaab berada di kampung. Akan terus berada di kampung sehingga ummi melahirkan adik Anas dan Mussaab. Insya Allah, 2 minggu lagi bakal bertemu adik.

Sepanjang abi tiada, Anas dan Mussaab berada di rumah mek. Bila abi balik, baru dapat jalan jalan dan ke rumah nenek. Itupun abi balik sekejap saja. Banyak waktu Anas dan Mussaab dihabiskan di rumah mek. Banyak berkurung dan membuat aktiviti dalam rumah saja. Sesekali keluar ke rumah pak long atau rumah cik, juga teman ummi ke klinik.

Antara aktiviti sepanjang september ini;  menonton VIDEO. Banyak masa dihabiskan dengan menonton video (education) yang ummi dan abi download dari youtube. Menonton video lama dan baru. Kalau dulu ummi boleh control dan pilih video untuk ditonton, kini tak lagi. Anas yang control segalanya, dari on laptop ke pemilihan video yang ingin ditonton. Mussaab pula tiada pilihan lain, selain menonton video pilihan Anas. Tapi ada juga time Mussaab boleh buat pilihan dan request video yang dia suka :) 

Video yang sering menjadi pilihan; Science kids, Science for kids, Make me genius, Tayo the little bus, Maya the bee, Dr Binocs, Chunggington, Blippi, Bob the train, Peep and the wide world, Dibo, TuTiTu, Billy & Bam Bam, Finley the fire truck, Brother Matt, dan banyak lagi. 

Tak dinafikan, Anas dan Mussaab banyak belajar melalui video tersebut dari bab sains, english pronounciation, pertambahan vocab, dan sebagainya. Tapi itulah... tetap tak boleh berlebih lebihan juga kan. Malah perlu juga ibu/bapa untuk sertai mereka ketika menonton. Tapi selalunya, Anas dan Mussaab sering menonton berdua saja. Ummi jarang jarang boleh sertai mereka d:

Aktiviti lain ialah bermain dengan PERMAINAN yang ada. Tak banyak seperti di rumah, tapi cukuplah untuk Anas dan Mussaab mengisi masa dengan imaginasi. Yang sering menjadi pilihan ialah vehicles; cars, trucks, trains, aeroplane, etc.. kalau main ni memang akan senyap sunyi suasana. Mengatur dan menyusun, membuat jalan, menambah tunnel, building, trees, dan sebagainya. Mussaab pula sampai terguling tergolek berimaginasi dengan kenderaan pilihannya :D sampai tidur pun dengan permainan yang sedang dia main. 

Kadangkala juga akan leka dengan permainan blocks. Menyusun dan membentuk sesuatu berdasarkan imaginasi mereka :)

Selain dari itu, BUKU juga menjadi teman di ketika dan saat tertentu. Kerana tak banyak pilihan buku dan asyik membelek buku yang sama, excitednya tu dah berkurang la. Kadangkala buku tak bersentuh langsung dalam satu hari. Antara Anas dan Mussaab, Anas yang paling kerap bersama buku. Mungkin kerana dia dah pandai membaca. Bila dia sedang leka dengan buku, ummi tak akan ganggu fokusnya kecuali dia sendiri yang bertanya. Dan pada kebanyakan masa, ummi yang perlu mendorong dan duduk bersama untuk aktiviti membaca, especially untuk menarik perhatian Mussaab. Tapi yelah, ummi pun bukan selalu ada mood juga :(

Selain buku,PEN DAN KERTAS juga menjadi teman untuk Anas dan Mussaab beraktiviti. Kalau sebelum ini hampir setiap hari melukis, kini minat tu kurang sedikit. Tengok keadaan juga, kalau datang mood nak melukis, kertas dan pen akan dicari, dan akan leka seketika dengan dunia lukisan. Mussaab masih tak pandai melukis. Tapi sering meminta ummi dan Anas yang lukiskan untuknya. Tema lukisan, vehicles, road, dan building. 

Selain itu, belajar AL QURAN juga antara yang menjadi kewajipan ketika berada di kampung.Anas meneruskan bacaan dan hafazan surah an Naaziat, dan Mussaab teruskan ulangkaji huruf huruf hijaiyyah. Itupun sering juga skip, terutamanya Mussaab. Anas setakat ini ok, bacaan diperbaiki dari masa ke masa, dan perlu lebih usaha lagi sebenarnya untuk hasil dan pencapaian yang lebih baik. 

Aktiviti BERBASIKAL turut menjadi pilihan Anas dan Mussaab. Tapi, sekadar bermain di dalam rumah atau di garaj saja. Tak boleh nak pergi jauh kerana jalan yang berbukit, kecuali ada yang memantau. Pernah juga ke rumah cik dengan berbasikal sambil ditemani cik. Mussaab juga berbasikal, tapi masih tak boleh mengayuh. Tolak dengan kaki saja :) sesekali, Anas membonceng Mussaab dengan basikal kecil tu. 

Selain daripada itu, hanya bermain berdua, apa yang boleh dimain. Kadang berlari, memanjat, berbual dan berlawak, berlakon, dan lain lain. Hanya berdua, kerana tiada siapa di rumah mek. Tak ada sepupu yang sebaya, dan boleh main sama sama. Tak apalah, main berdua je. Bergelak ketawa dan bergaduh sekali sekala pun ye jugak :D Ummi dah biasa dengan suara riang ketawa dan tangis anak anak ummi. 

September pun sudah berlalu. Kini sudah di bulan Oktober. Abi juga baru semalam pulang, setelah hampir separuh bulan Sepetember dihabiskan di tempat kerja. Anas dan Mussaab pastinya sangat happy bila abi balik, dan akan bercuti lama pula, insya Allah. Dapatlah luaskan langkah berjalan ke sana sini sementara tunggu ummi lahirkan adik. Semoga Allah permudahkan.

Begitulah sedikit perkongsian tentang aktiviti Anas dan Mussaab sepanjang Sepetember, di kampung, tanpa abi. Alhamdulilah di atas hari-hari yang sudah berlalu. Meski bukan setiap masa berlalu indah, namun terlalu banyak Anas dan Mussaab sudah pelajari dan kian mengerti tentang hidup ini. Pun begitu, perjalanan masih jauh. Semoga anak anak ummi dapat menempuhnya dengan baik, dengan izin dan petunjuk Allah.

Sekali lagi maaf, di atas segala kekurangan ummi dalam menjaga dan mendidik. Doakan ummi akan menjadi seorang ibu yang lebih baik buat anak anak ummi :)



0 comments:

Post a Comment