Friday, 19 June 2015 By: Naemah

ANAK ANAKKU: RUTIN HARIAN TANPA ABI

Alhamdulilllah masuk hari ke 3 Ramadhan. Telah sempurna 2 hari berpuasa. semoga Allah menerima puasa kita semua. 2 hari juga berbuka tanpa suami di sisi. Hari ini juga berbuka sendiri, ditemani anak anak. InsyaAllah esok akan berbuka bersama suami tercinta. Semoga suamiku di dalam rahmat dan perlindungan allah sentiasa...ameen

Selesai sudah bersahur dan solat subuh. Mussaab bangun sekejap tadi, minta susu, sekarang dah tidur balik. Tinggal ummi seorang melayan perasaan. 

2 hari berpuasa, kami tidak ke mana mana. yalah, suami tiada di rumah. kami 3 beranak berkurung sajalah di rumah. insya Allah lebih baik dan lebih selamat. lagipun tiada keperluan untuk keluar. anak anak...insya Allah ok je mereka. 

aktiviti seharian anak anak, macam biasa je.. menonton video, mendengar bacaan al quran, membaca iqra', membelek buku, menulis, menconteng, bermain toys dll.. 

bangun kejap lagi, suap makan dan mandikan mereka, lepas tu biarkan mereka membuat aktiviti sesuka hati. biasanya permainan di dalam bakul akan dikeluar semuanya, walaupun bukan nak main pun, atau nak mainnya hanya satu je.. tapi tak seronok agaknya, tengok mainan tersimpan di dalam bakul :) Alhamdulillah, sekarang dah pandai kemaskan sendiri, tapi kena selalu ingatkan, dan ummi kena 'tolong' kemas sama. hmm.. tak apalah, yang penting anak ummi dah belajar kemas mainan.

jemu dengan mainan, masa untuk menonton video pula. ada beratus video dalam simpananku khas untuk anak anak. video in english, malay and arabic. semua video yang berbentuk education. fun education, untuk anak kecil seperti anak anakku. ada nyanyi nyanyi, short movies, flash cards dan sebagainya. sangat membantu anak anakku dalam pendidikan di usia kecilnya. 

audio al Quran juga akan aku pastikan dipasang setiap hari untuk menjadikan ia sebagai halwa telinga anak anakku. banyak mendengar, insyaAllah mudah mengingatinya. kini Anas dalam usaha menghafal surah al alaq dan at tiin. surah yang ke 20 dan 21 dari juzuk amma. insya Allah Anas boleh, dan Mussaab juga boleh.

sesekali ajak anak membuka buku dan membacakan cerita untuk mereka. juga memberikan mereka pensel/pen atau pensel warna untuk mereka menulis atau sekadar menconteng. berflash card juga dengan Mussaab untuk mengajarnya huruf huruf hijaiyyah. Alhamdulillah Mussaab dah kenal banyak huruf :)

di waktu malam selepas maghrib, ajarkan Anas membaca iqra' (iqra' 4) satu malam hanya baca 2 ayat dan ulang baca ayat ayat sebelumnya untuk melancarkan bacaan. Alhamdulillah setakat ini dia boleh ikut dengan baik meskipun belum benar benar lancar.

malam sekitar 9-10 malam, waktu untuk tidurkan anak anak. bila keduanya dah tidur, senyap sepi rumah jadinya. tidur dan rehatlah sayang...insya Allah esok bakal bersua. dan begitulah lebih kurangnya aktiviti harian anak anak di rumah semasa ketiadaan abi. harapanku, semoga kehidupan mereka terisi dengan perkara perkara yang bermanfaat, meskipun tanpa abi, meskipun hanya berkurung di rumah..

namun aku sedar masih banyak kekurangan, anak anak pasti memerlukan yang lebih baik dari umminya..insya Allah anak anakku.. moga ummi tak mensia siakan masa kecilmu.. 














1 comments:

Elly Matin said...

Umi yg sempurna bagi saya

Post a Comment