Friday 12 October 2018 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ILHAM MIQDAD




Entri pertama untuk bulan Oktober ini ummi mulakan dengan entri bersempena hari lahir Miqdad yang ke-2 tahun. Dah agak lama ummi tak menulis tentang Miqdad kan. 


Alhamdulillah, genap sudah usia Miqdad 2 tahun (13/10/16-13/10/18). Syukur ummi panjatkan pada Allah di atas anugerahNya pada ummi dan abi iaitu, Ilham Miqdad serta tak lupa Anas dan Mussaab juga. Kalian anugerah terindah yang pernah hadir dalam hidup kami.


Di usia 2 tahun ini, Miqdad membesar dengan sangat baik, sihat dan cerdik sangat. Sama juga seperti abang-abang. Miqdad, Anas dan Mussaab, dah tentu ada perbezaannya, namun semuanya istimewa di hati ummi dan abi. 


Miqdad kini obsesnya pada ‘dinosaur’, suka menonton video dinosaur dan suka pada toys dan buku dinosaur. Miqdad juga dah jadi teman sepermainan Anas dan Mussaab. Main dan bergurau sama-sama. Dah boleh masuk geng :D


Miqdad juga bermula awal tahun ini, setiap hari menemani ummi untuk hantar dan ambil Anas dan Mussaab dari sekolah Little Diamond Kindergarten yang jaraknya tak jauh dari rumah ini :) seronok berjalan setiap pagi ke sekolah, dari berjalannya masih belum stabil sampai sekarang dah boleh lumba lari dengan abang :) how time flies :,)


Di hari kelahiran Miqdad ini, abi tiada bersama. Abi seperti kebiasaan, perlu bertugas di laut. Hanya tingga kita berempat saja di rumah. Tiada majlis besar untuk diraikan, cukup sebuah kesyukuran di atas nikmat usia yang Allah kurniakan untuk Miqdad, juga untuk ummi, abi, Anas dan Mussaab. Sehingga je saat ini, kita masih dapat hidup bersama, dan lalui setiap detik bersama-sama. Itu lebih berharga dari segala bentuk hadiah sekalipun. 


Alhamdulillah, Miqdad baru saja balik dari percutian di Kota Kinabalu. Itupun dah dikira ‘hadiah’ bersempena hari lahir Miqdad :) hadiah yang dapat dinikmati oleh kita semua, satu keluarga. Terima kasih pada abi yang sentiasa ‘meraikan’ dan sentiasa ingin membahagiakan isteri dan anak-anaknya :)


Akhir catatan, ummi doakan semoga Miqdad membesar dengan sihat dan dikurniakan sebanyaknya ilmu untuk beramal dengan kebenaran yang disampaikan olehNya kepada kita sebagai Hamba. Semoga Miqdad kelak menjadi insan berilmu, beriman, beramal soleh dan bertaqwa. Semoga akan sering mendoakan ummi dan abi. Semoga akan sentiasa menyayangi abang-abang yang sangat menyayangi Miqdad.


Ummi sayang Miqdad. Tiada terkurang sedikit pun, sama seperti sayang ummi pada Anas dan Mussaab.


Selamat hari lahir yang ke-2 Ilham Miqdad sayang 

0 comments:

Post a Comment