Alhamdulillah sudah 9 bulan Anas menjadi student di Genius Aulad Bandar Rinching. Hanya tinggal kurang 2 bulan lagi persekolahan akan berakhir untuk tahun 2017.
Seperti yang pernah dicatat sebelum ini, Anas belajar banyak perkara di sekolah. Dari membaca, menulis, mewarna, math, sains, language, craft, doa, solat, membuat latihan, dan segala aktiviti.
Jika update sebelum ini tentang ‘Anas yang tak suka pergi sekolah’, kali ni ada sedikit berbeza. Masih kurang berminat, tapi tidak sesukar dulu untuk siapkan Anas ke sekolah dan tinggalkan dia di sekolah :) Tak banyak drama lagi bila diminta pakai pakaian sekolah, dan tak menangis lagi bila ditinggalkan di sekolah.
Cuma, sehingga 9 bulan ini masih perlu dihantar sampai ke kelas. Dan perlu tunggu dia selesaikan hajat di toilet, baru ummi boleh balik. Kadang-kadang ada juga helah lain, agar ummi tak segera balik ke rumah :) 9 bulan, dan hampir setiap hari. Aduhai anakku yang tercinta :) tak mengapalah, sesi persekolahan pun dah tak lama.
Walaupun sesi persekolahan dah hampir tamat, Anas masih belum mendaftar di mana-mana sekolah untuk tahun 2018 (6 tahun). Kami masih belum decide nak hantar Anas ke sekolah mana pula. Sekarang semua sekolah dah buat open day. Kami masih belum menjejak mana-mana sekolah setakat ini :) masih perlu berfikir panjang. Kalau diizinkan, nak daftar Mussaab sekali untuk tahun depan, walaupun Mussaab baru 4 tahun next year. Sebab nampak dia teringin sangat nak sekolah. Entahlah, harap-harap oklah nanti :)
Untuk 9 bulan ini, syukur kupanjatkan di atas apa yang telah Anas pelajari di sekolah. Walaupun dia kurang bercerita dan tidak bergitu excited untuk ke sekolah, aku percaya dia banyak belajar di sekolah. Banyak dia improve, banyak juga perkara baru yang dia dapat dan jumpa. Kerana bukan semua ummi dan abi dapat berikan di rumah. Rumah dan sekolah, dua tempat yang berbeza, meski keduanya tempat terbaik untuk pendidikan anak-anak kita.
Semoga dipermudahkan urusan. Semoga sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan anak-anak ummi. Belajarlah. Dan terus belajar tanpa henti. Tak rugi jadi manusia berilmu. Semoga Allah permudahkan :)
Water cycle: antara aktiviti sekolah yg dia paling suka. Siap minta nak bawa balik tampal kat rumah :)
0 comments:
Post a Comment