Monday, 11 September 2017 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 120917



Hari ini Miqdad bangun lebih awal dari kebiasaan. Pukul 5 lagi dah terjaga dari tidurnya. Ummi yang mengantuk masih mahu melayan lena. Ummi pangku Miqdad yang sekejap diam dan sekejap bercakap sendiri. Seluar Miqdad dah basah, bocor akibat banyak kencing. Ummi bangun akhirnya jam 5.30 dan tukarkan pampers Miqdad. Miqdad memulakan harinya dengan cergas :)

Abang-abang Miqdad menyusul bangun kemudiannya. Dimulai dengan Mussaab dan Anas. Siap mandi dan berpakaian kemas. Bersarapan dan menonton tv. Juga menunggu masa untuk ikut ummi dan abi ke Tesco untuk membeli keperluan. 

Ummi perhatikan Mussaab yang seperti sedang menahan sakit dan memegang tangannya. Rupanya jarinya terkena kuku Olly yang tajam dan berdarah. Abi segera sapukan ubat dan membalut jari Mussaab. Moga cepat sembuh, dan moga jadi pengajaran buat Mussaab agar tak bermain kasar lagi dengan Olly :)

Miqdad yang tadinya bangun awal, tidur semula sekitar jam 9 pagi. Anas dan Mussaab yang baru memulakan hari, ceria dan cergas bermain dan menonton tv. 

Miqdad bangun jam 9.30. Semua bersiap untuk ke Tesco Kajang. Pagi ini membeli belah segala keperluan di tesco, dan makan tengahari di medan selera tesco. Jam 12.30, bergerak balik ke rumah. Miqdad lena di dalam perjalanan pulang.

Jam 1, sampai di rumah. Anas bersiap untuk ke sekolah. 1.15, bergerak ke sekolah ditemani Mussaab. Miqdad tinggal di rumah bersama abi.

Balik rumah, ummi cuba lelapkan mata. Mussaab dan Miqdad bermain di bilik. Miqdad yang tadi dah lena dalam kereta kini cergas bermain dan tak mengantuk lagi. Penat bermain, Mussaab juga lena di sebelah ummi. Miqdad menangis mahu disusukan. Entah pukul berapa, Miqdad juga lena selepas disusukan. 

Ummi bangun jam 4, bersiap untuk ambil Anas di sekolah. Ummi tinggalkan Mussaab dan Miqdad yang masih lena bersama abi. 

Jam 4.30, Anas keluar dari kelas. Terus balik ke rumah. Anas makan donat yang dibeli di tesco tadi. Jam 5, Miqdad bangun dari tidur, diikuti Mussaab. Abi buka tv dan sambung menonton movie the Martian yang tertangguh semalam. Ummi masak untuk makan malam.

Jam 6.30, makan malam sama-sama. Lepas makan, Anas, Mussaab dan Miqdad mandi bersama abi. Riuh rendah bilik air seperti biasa. Ummi kemaskan meja makan hingga semua selesai mandi. Lepas mandi, siap berpakaian malam. 

Lepas maghrib, ummi ajar Anas baca al-Quran. Miqdad dan Mussaab bermain sendiri sendiri. Abi balik dari masjid, sama-sama kemas rumah yang bersepah dengan mainan dan makanan tertumpah. Lepas kemas, menonton video lagi di hp dan laptop. Miqdad juga join sekali. 

Jam 8.30, ummi tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab buat hal sendiri. Abi balik dari masjid, Mussaab turun ke bawah. Anas menonton video kesukaannya yang berkaitan dengan tornado, hurricane dan yang sewaktu dengannya melalui youtube. Ummi turun ke bawah, dia juga turun. Abi sibuk install netflix di tv. Hmm.. agak-agak makin kuat la anak menonton tv ni. Ya Allah... jauhi dari kemudaratan. 

Miqdad menangis, ummi naik ke atas dan susukan Miqdad. Tinggal Anas dan Mussaab bersama abi di bawah. Entah pukul berapa naik ke bilik semuanya. Ummi dah lena di sisi Miqdad terlebih dulu. Mungkin dalam jam 11 malam, semuanya sudah lena. 

Alhamdulillah untuk hari ini. Semoga esok menjanjikan yang lebih baik buat Anas, Mussaab, Miqdad dan kita semua. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment