Dah tahun ke-12 aku setia menulis di blog ni. Dari anak 2 orang, kini dah jadi 5. Masih setia dan selesa mencatat di sini.
Kenapa aku suka tulis di blog? Sebabnya aku rasa menulis di sini lebih ‘privacy’ berbanding kat tempat lain, contohnya di facebook. Privacy tu tak privacy sangatlah. Terbuka je untuk bacaan umum. Cuma ia tak bersifat ‘muncul’ di depan mata orang untuk dibaca. Siapa jumpa, jumpalah! Siapa pergi lawat blog, boleh la baca. Dan aku tak boleh tahu pun siapa yang singgah blog, siapa yang baca. Cuma dapat tahu hari ni berapa total page view. Entry mana yang dibaca, begitu-begitu sajalah.
Dan biasanya dalam sehari tak seberapa pun orang lawat blog. Itupun mungkin ‘ter’buka blog sebab ada carian yang berkaitan. Yang baca tu pun, bukan kenal pun siapa penulis blog.
Tapi lately, dalam sebulan dua nilah, aku dapati blog aku seperti kerap dikunjungi. Satu hari beratus-ratus page views. Seram aku dibuatnya. Setiap hari pula tu. Siapa baca weh?
Yang aku paling risaukan sekarang, kalau-kalau tulisan dan perkongsian aku di blog ni disalahguna oleh orang yang tak bertanggungjawab. Takdelah maklumat penting yang dikongsi, tapi ‘kisah keluarga’ aku ni satu ‘harta’ yang tak ternilai harganya. Yang nak baca, silakanlah. Dah aku tulis di sini, maknanya aku OK kisah-kisahku dibaca. Lagipun pada aku, siapalah yang rajin sangat nak membaca ‘karangan’ yang meleret-leret ni kan.
Tapi sekarang aku dah mula risau. Bila setiap hari blog dikunjungi, ratusan entri dibaca sehari, aku rasa macam pelik sangatlah! Orang ke? Bukan orang ke? Kenapa baca? Ada penjelasan tak tentangnya?
Sekarang ni aku hanya mampu berdoa jelah, semoga Allah lindungi blog aku, dan kehidupan keluargaku. Semoga Allah pelihara dari hal yang ‘bukan-bukan’. Ameen.
Inilah ruang yang aku paling selesa nak mencurah rasa. Terasa sedang bercerita pada yang sudi mendengar. Walhal, entah siapa-siapa yang baca.
0 comments:
Post a Comment