Sunday, 24 March 2019 By: Naemah

SELAMAT JALAN SAYANG





Penatnya sayang. 

Itu saja yang terungkap. Demi tanggungjawab,  segalanya perlu kau tempuh. Moga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu.


Jam 2 pagi (23/3/19) bertolak dari Semenyih ke Kota Bharu. Menempuh jem dan perhentian demi perhentian, sampai juga di Kota Bharu sekitar jam 10 pagi. Fuh! Panjang sungguh perjalanan kali ini. 


Pagi ni pula melayan anak-anak dan anak saudara bermain di pantai. Sebab dah nak travel jauh, hari ni lah yang sempat untuk gembirakan anak-anak. Boys day out, sebuah kereta bersama 10 orang penumpang :) serahkan pada suamiku dan adiknya Azim untuk uruskan anak-anak semua :)


Pukul 4 petang tadi bertolak balik ke Jeli, untuk hantar aku dan anak-anak di rumah Mek. Pukul 6 sampai rumah Mek, lepaskan penat. Jam 8.30 bertolak balik ke Semenyih pula kerana esok akan ‘terbang’ ke Labuan. 


Panjang langkahmu :) itu sudah hakikatnya. Dalam satu hari boleh berada pada banyak destinasi. Ke sana dan ke sini, jalani hidup bermusafir. Penat yang amat kan! Tapi aku percaya kamu akan tetap kuat dan gagah. Doaku akan sentiasa mengiringi. Moga Allah sentiasa dekat denganmu, dalam hatimu. Sentiasa...


Terima kasih sayang untuk segalanya. Pengorbanan, susah payah dan kesabaran yang tak jemu-jemu.


Allah pasti menjagamu setiap masa dan ketika. Itu yang menghapuskan gusarku. 


Insya Allah, segalanya akan baik-baik saja. Sampai bertemu lagi...



Siang tadi sebelum bertolak balik rumah Mek;

 





















0 comments:

Post a Comment