Monday, 9 February 2026 By: Naemah

PECUTAN PAGI ISNIN

 




Isnin. Dah masuk minggu ke-5 sessi persekolahan 2026. Tamat minggu ini akan bertemu pula dengan cuti Chinese New Year selama seminggu.


Nak cerita tentang hari ini. Hari pertama sekolah (Isnin), dan abi pula tiada (bekerja). Kalau abi takde, memang dah set masa bergerak keluar dari rumah antara 6.45-6.50 pagi, tak boleh lewat. Waktu paling sesuai, kereta tak banyak sangat lagi di jalan, dan selalunya perjalanan lancar. Suri (yang terakhir dihantar) akan tiba di sekolah kafa pada jam 7.30 lebih kurang. Waktu yang sedang elok, sebelum kelas bermula jam 7.45 pagi.


Tapi hari ni, nak jadi cerita, bangun dah macam biasa, sempatlah juga sediakan breakfast sekadarnya untuk anak-anak, dan bila siap nak bergerak keluar dari rumah, baru perasan kunci mangga ada dalam handbag, dan handbag pula tertinggal dalam kereta. Alahai, kalut sekejap, macamana nak keluar rumah. Cari kunci lain (ada 2 lagi) tak jumpa satu pun. Cemas jugalah. Masa berjalan. Takkan tak pergi sekolah gara-gara terkunci di dalam.


Alhamdulillah dapat keluar dari pintu dapur. Itupun sebab kunci pintu tu memang ada di pintu. Kalau tak habis masa juga nak mencari kunci pintu dapur pulak. Mussaab keluar dari dapur, panjat pagar (sebab buka pintu dapur memang terus ke jalan belakang rumah), ambik beg ummi dan settle lah masalah. Alhamdulillah!


Tapi tulah, masa dah berjalan banyak. 7.55 pagi barulah boleh bergerak hantar seorang demi seorang (Mussaab, Miqdad dan Suri). Tapi bagai dijangka, kereta makin banyak di jalan. Traffic light pula banyak, asyik dapat merah pula tu. Stress jugalah ummi pagi ni takut tak dapat hantar Suri sebelum 7.45 pagi. 


Pukul 7 sampai di sekolah Mussaab, 7.20 di sekolah Miqdad, dan memecutlah balik ke sekolah Suri, dalam kesesakan pagi, dan Alhamdulillah sampai di pagar sekolah tepat-tepat 7.45 pagi. Leganya rasa. Pagar dah tutup, tapi masih ada pengawas tengah jaga. Mujurlah takde kena tulis nama ke apa, teruslah Suri berjalan masuk kelasnya. Dan masih ada seorang dua lagi yang lewat sampai selepas Suri. Alhamdulillah, tak mengapalah, yang penting Suri selamat dihantar dan dapat belajar macam biasa. Ingat tadi, kalau dah lambat sangat, balik rumah jelah.


Selesailah urusan hantar anak sekolah sessi pagi. Tunggu untuk ambil dan hantar sessi petang pula. Balik rumah, buat apa yang patut, masak sekadarnya, kemas sekadarnya, siapkan Nuha sekadarnya, basuh dan jemur kain, dan dapatlah juga rehat-rehat minum kopi sebelum nanti jemput dan bawa pulang seorang demi seorang pula. Alhamdulillah. 


Selesai hari ini, kita sambung hari esok pula. Semoga esok akan lebih baik dan lancar perjalanan kita. Sedikit saja diuji, dan di dalam mampu kita semuanya. Alhamdulillah untuk segalanya. 

0 comments:

Post a Comment