Wednesday, 18 February 2026 By: Naemah

FAMILY WAN FATIMAH GATHERING



Alhamdulillah meraikan hari keluarga Wan Fatimah (keluarga abi) buat pertama kalinya di teratak nenda Wan Fatimah di Kg Kijang, Kota Bharu.


Hari yang penuh bermakna ini diraikan bersama nenek, anak menantu dan cucu-cucu. Tak semua ada, tapi mencukupi wakil setiap keluarga, tak ada keluarga yang terkecuali. 


Keluarga Mak Long (anak sulung) tak cukup seorang. Keluarga arwah Pak Ngah (anak kedua) cukup kehadiran walaupun ada yang datang lewat sikit. Keluarga Pak Teh (anak ketiga) juga sampai lambat, so tak sempat sessi bergambar. Keluarga Pak Lang (anak keempat) dari Sarawak cukup semuanya. Keluarga kita (Pak Tam, anak kelima) tak cukup seorang iaitu abi sendiri yang perlu terbang ke Bintulu pada hari tersebut. Keluarga Pak Cu (anak keenam) cukup semuanya. Keluarga Mak Andak (anak kelapan) cukup juga. Keluarga Acik (anak kesembilan) tak cukup seorang iaitu ayah cik yang juga perlu bertugas. Dan yang setia bersama nenek Mak De (anak ketujuh) dan Mak Su (anak kesepuluh/bongsu) pastinya ada bersama. Pendek kata, kehadiran sudah cukup ramai dan suasana juga cukup meriah. 


Dimulakan seawal jam 9.30 pagi dengan bacaan doa oleh Aqeel (anak Mak Long), disusuli dengan ucapan daripada wakil keluarga iaitu Pak Lang, dan seterusnya acara permainanan satu demi satu. Sangat meriah, dan sangat seronok semuanya. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai begini. 


Apatah lagi dengan hidangan makan-makan pun sedap dan enak semuanya, bertambah nikmatnya program keluarga hari ini. Main dan makan, itulah aktiviti hari ini seharian. Anak-anak sudah tentu seronok lain macam. 


Majlis hari ini diakhiri dengan penyampaian hadiah buat semua pemenang game, juga buat semua ahli keluarga. 


Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar, meriah, dan sebagaimana yang telah dirancang. 


Syukur pada Allah yang menjadikan perancangan satu kenyataan, dan Alhamdulillah dapat berkumpul bersama keluarga Wan Fatimah dalam suasana yang lain dari kebiasaan. 


Semoga Allah terus merahmati keluarga besar ini. Hidup dengan harmoni, saling berkasih sayang, dan jauh dari sengketa. Semoga Allah satukan kita semua di dunia ini dan di syurgaNya nanti. Ameen. 



Gambar kenang-kenangan;
























0 comments:

Post a Comment