Wednesday, 25 February 2026 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR NUHA KHADEEJA


25/2/2024-25/2/2026

Alhamdulillah genap usia Nuha Khadeeja 2 tahun.  Syukur hanya kepada Allah, yang menghadirkan Nuha dalam keluarga ini. Nuha yang saban hari membesar dengan baik dan sentiasa menghiburkan.


Alhamdulillah check-up 2 tahun pun dah selesai, semuanya ok saja. 


Nuha kini makin cerdik, makin banyak belajar. Nuha suka sangat bila ummi ajak ber’aktiviti’ dengan ummi. Alhamdulillah dalam sebulan kebelakangan ni ummi sempat prepare aktiviti untuk Nuha. Yang simple-simple saja. Itupun Nuha excited sangat bila diajak buat ‘kerja’ di bukunya. Tapi bila dah masuk Ramadan ni, slow sikitlah, ummi tak sempat. Terlebih busy rasanya ummi…


Nuha dah boleh nyatakan apa yang Nuha nak; nak nasi, nak susu, nak tido, nak itu, nak ini. Suka meniru cakap dan aksi orang, dan selalu saja nak join apa yang abang kakak buat atau main. 


Dalam usia sekarang juga ‘perkataan’ yang Nuha dapat dah makin banyak. Nuha mengenal huruf, nombor, warna, bentuk, tapi masih ada juga yang tertukar lagi. Animals pun dah hafal banyak. Di samping segala yang dilihat di sekeliling. Nuha boleh sebut, ada yang jelas sebutannya, ada yang kurang jelas lagi. Di samping semua itu, rupanya ummi lupa nak fokus pada huruf-huruf hijaiyyah, tak seperti abang kakak Nuha yang dulunya ummi mula kenalkan pada huruf-huruf al-Quran terlebih dahulu berbanding yang lain. Takpelah, perlahan-perlahan melangkah. Insya Allah, Nuha akan dapat juga nanti. 


Hari lahir Nuha tahun ini jatuh pada 7 Ramadan. Abi pula tiada di rumah. Nuha bersama ummi dan abang kakak Nuha sahaja. Ikut ummi hantar dan ambil abang kakak sekolah, dan jalani hari seadanya. 


Apapun Alhamdulillah, Nuha dalam keadaan baik dan sihat sahaja. Nuha sentiasa ceria bersama keluarga, dan yang sering menceriakan suasana. Adalah juga sesekali meragam sebagaimana layaknya seorang anak kecil.


Selamat hari lahir puteriku sayang. Baby ummi yang dah tak baby lagi. Dah besar, cerdik dan banyak akal sangat. 


Semoga terus membesar sihat, ceria dan dalam lindungan Allah sentiasa, anakku. Semoga sentiasa dikelilingi insan-insan yang menyayangimu setulus hati. Semoga jadi anak yang baik, solehah, dan sentiasa menjaga maruah diri. Semoga sentiasa hormat dan sayang abang dan kakak yang menyayangimu. 


Ummi sayang Nuha Khadeeja. Sayang sangat baby ummi yang manja ni. Teruslah membesar dengan baik dan menjadi hamba Allah yang sentiasa mencari redaNya. Doa ummi akan sentiasa ada untukmu duhai puteriku. 

0 comments:

Post a Comment