Pada 19/1/2026, genaplah usia Mussaab 12 tahun. Dah 12 tahun, dah kena buat ic. Oh Tuhan, anak kedua ummi pun dah besar.
Plan punya plan, akhirnya buat kat kampung juga (sama macam Anas). Tak sempat nak buat masa kat rumah. Dah alang-alang balik kampung sempena raya cina ni, teruslah abi bawa ke UTC Kota Bharu dan buat ic Mussaab. Prosesnya tak lama, kini Mussaab dah ada Mykad sendiri. Dari 3 orang, kini dah jadi 4 orang pemegang Mykad dalam keluarga ini. Dah ada 4 orang ‘dewasa’ dalam keluarga.
Alhamdulillah, selesai juga. Allah permudahkan, dan tunggu 2 tahun lagi untuk buat ic Miqdad pula.
Syukur pada Allah, anak-anak kian membesar. Moga hadir bersama kematangan diri, dan tekad untuk menjadi anak-anak yang baik, tekun berusaha dan berjaya. Jangan hanyut anakku! Jangan biarkan dunia menipu dayamu!
0 comments:
Post a Comment