Wednesday, 25 February 2026 By: Naemah

UPKK 2025: TAHNIAH ANGAH!


Keputusan UPKK 2025 telah diumumkan pada 25/2/2026. Ibubapa dibolehkan menyemak keputusan anak masing-masing secara online tepat jam 12 tengahari (waktu anak-anak masih di sekolah).


Dalam debaran dan tawakkal, ummi semak keputusan Mussaab. Alhamdulillah lancar saja, terus dapat keputusannya. 9A! Masya Allah! Gembira dan syukur sangat rasanya hati ummi. Tak sabar nak bagitau Mussaab. Ummi share result ke whatsapp abi. Tapi abi masih di laut, takde signal dan tak boleh receive lagi. Takpelah, yang pasti abi juga pasti gembira sangat dengan keputusan Mussaab. 


Dalam group family, Mak Andak share result Safiyya (sepupu Mussaab)-8A 1B, pun terbaik juga keputusannya. Ummi juga share result Mussaab. Hanya Mussaab dan Safiyya yang ambil UPKK tahun lepas. Dan ummi share juga dengan ustazah Husna, sekali dengan ucapan terima kasih kerana dah ajar Mussaab dengan baik tahun lepas untuk persediaan UPKK. Itu sajalah perkongsian.


Ambil Mussaab dari sekolah, ummi serahkan kad ucapan beserta result yang ummi dah print siap-siap tadi. Dah tentunya Mussaab gembira sangat dengan resultnya. Lagipun sebelum ni bila ummi tanya, Mussaab selalu confident je dapat 9A. Ummi aminkan saja, dan ternyata 9A dah ada dalam genggaman. Alhamdulillah, rezeki dari Allah di bulan Ramadan ini. 


Balik dari sekolah, Mussaab cerita, segan bila ramai yang ucap tahniah padanya. Bagaikan ramai yang tak percaya dia dapat 9A. Yelah, sebelum ni bukan top student pun. 


Abi pula, dah waktu malam baru terima whatsapp ummi tadi dan baru tahu result Mussaab. Abi pun syukur dan gembira. Pastinya nanti ada hadiah untuk Mussaab bila abi balik, walau sekadar makan istimewa di luar. 


Ternyata hari ini jadi hari yang manis buat Mussaab, dan ummi juga. Tiada lagi debaran, cerita UPKK dah boleh kita simpan dulu. Kini perlu fokus pada exam seterusnya pula iaitu PSRA. 


Kejayaan lepas kita syukuri sebanyaknya, namun usaha tetap perlu diteruskan. 


Ummi doakan perjalanan Mussaab yang seterusnya. Semoga mampu menggapai ‘Mumtaz’ untuk PSRA tahun ini. Ameen. 


Tak lupa terima kasih buat para pendidik di SRIPN yang memainkan peranan besar dalam pencapaian Mussaab dalam UPKK. Hanya bergantung pada ustaz-ustazah di sini sepenuhnya, bersama doa dan usaha, 9A jadi milik Mussaab (dengan izin Allah). 


Dan sekali lagi, tahniah Angah! Angah dah buktikan yang Angah mampu dan boleh! Dan untuk semua ini selayaknya syukur dan terima kasih hanya kepada Allah yang telah mentakdirkan semua ini. 



Kad ni ummi dah tulis sebelum dapat result lagi (ucapannya di bahagian dalam). Ummi terima saja apa keputusan Angah. Bukan wajib 9A. Segalanya tergantung pada rezeki dari Allah. 


Tahniah kepada semua anak didik SRIPN yang sudah berusaha sebaiknya. Semua adalah terbaik!

ALHAMDULILLAH 

0 comments:

Post a Comment