Alhamdulillah, hampir 6 bulan berlalu sessi persekolahan Suri di Little Diamond Kindergarten untuk tahun 2025, juga merupakan tahun ketiga dan terakhir Suri di tadika ini. Masya Allah!
Pada 14 Jun baru-baru ini diadakan hari perjumpaan ibubapa dan guru kelas anak-anak untuk mendapatkan maklumat tentang progress anak-anak. Ya, ia diadakan saban tahun, di mana hari ini ibubapa dapat tahu apa yang mereka nak tahu tentang anak mereka bukan sahaja tentang pembelajaran, tapi tentang sikap, penglibatan, fokus, dan apa saja (teacher sedia menjawab setiap pertanyaan).
Hari ini ummi hadir bersama Suri dan Nuha (abi kerja). Giliran Suri pukul 12 tengahari, sebelum sampai giliran sempatlah Suri dan Nuha bermain di bilik permainan yang disediakan. Sampai masanya, berjumpa dengan guru kelas Suri iaitu Teacher Mariam.
Alhamdulillah mendengar yang baik dan positif sahaja dari teacher. Tiada masalah dari segi pembelajaran. Suri dapat ikut dengan baik, makin lancar membaca, mengira juga boleh, fokus ketika belajar, faham arahan dan mampu siapkan tugasan. Teacher juga puji tulisan Suri yang cantik, kemas dan bersih. Wah! Kesimpulannya, Suri boleh dikatakan ‘siap’ untuk melangkah ke tahun satu. Cuma sudah pasti, perlu lebih banyak kepada latihan dan pengukuhan untuk lebih baik lagi. Masih berbaki 6 bulan di tadika, insya Allah Suri akan improve banyak lagi.
Ada lagi komen teacher, iaitu Suri adalah seorang yang sangat pendiam dalam kelas. Sukar respon bila teacher tanya, dan suara pun amat perlahan. Tapi bila sembang dengan kawan, ok saja! Cuma bab tulah, nak kena improve. Malu sangat nak bercakap, kata teacher. Pun begitu, bab belajar takde masalah. Time belajar, Suri fokus belajar. Begitu juga time main, Suri fokus main. Dan bab siapkan tugasan, kadang-kadang Suri lambat siap berbanding kawan-kawan. Suri kena lebih pantas lagi! -itulah antara rumusan daripada perjumpaan dengan teacher Mariam.
Selepas itu, masuk ke bilik principal-Teacher Zeeda. Teacher ambil kesempatan memberi ucapan penghargaan pada semua ibubapa secara personal (bergilir masuk bilik teacher). Agak tersentuh dengan ucapan teacher. Yelah, tak expect teacher akan cakap begitu dan begini. Terima kasih untuk cenderahati dan kata-kata semangat. Walaupun hakikatnya bukan ibu terbaik, masih nak cuba beri yang terbaik untuk anak-anak, insya Allah!
Dan kini teruskan untuk bulan-bulan dan hari-hari terakhir Suri di tadika. Cepatnya masa berlalu. Macam baru je hantar Suri masuk tadika masa umur 4 tahun. Masih sangat kecil dan comel. Kini dah jadi paling senior dan dah tak lama nak tinggalkan tadika.
Insya Allah Suri akan melangkah ke tahun satu (2026) di SK Kampung Rinching. Suri tak memohon untuk ujian kelayakan SRAI seperti abang-abang Suri. Takpelah, di mana pun pasti itulah yang terbaik yang Allah dah tentukan untuk Suri, kan?
Enjoy dulu moment di tadika Suri. Lepas ni bertukar sekolah, bertukar uniform dan akan berjumpa guru dan kawan-kawan baru pula. Insya Allah Little Diamond tetap di hati. Di sini tempat Suri bermula, dunia Suri selain keluarga. Belajar dan bermain, bertemankan guru dan kawan. Alangkah waktu kecil ini penuh dengan warna warni!
0 comments:
Post a Comment