Alhamdulillah hari ini meraikan Aidiladha di kampung bersama ahli keluarga tercinta. Tidak lengkap tanpa abi, tapi syukur seadanya.
Bangkit pagi, sarapan, mandi dan bersiap untuk tunaikan solat sunat Aidiladha. Alhamdulillah, dalam sibuk dan tak menang tangan dengan urusan pagi dan anak-anak, sempat juga ummi tunaikan solat sunat Aidiladha.
Selepas solat, macam biasa rumah dipenuhi tetamu (adik beradik dan anak saudara) sekejap. Semua datang nak beraya dengan mek. Tapi berkejar dengan masa juga, nak ke tempat sembelihan korban pula.
Ummi bawa anak-anak ke rumah pok long demi tak terlepas menyaksikan upacara korban (ummi tak korban di sini). Lepas tu tolong potong daging untuk hidangan tengahari di rumah pok long. Anak-anak enjoy dan berseronok dengan anak sepupu yang ramai. Meriah sungguh rumah pok long!
Makan tengahari berlaukkan singgang daging dan daging goreng. Alhamdulillah semua berselera menikmatinya.
Masuk waktu zohor ummi balik bersama Nuha dan Anas. Kemudian hantar Anas semula yang masih tak puas main kat sana. Ummi balik dan rehat bersama Nuha. Mengantuk dan pening!
Jam 6 petang ummi ke rumah pok long sekali lagi untuk ambik anak-anak. Dah seharian dibiarkan ‘bebas’ bermain. Kini masa untuk pulang.
Maghrib dan Isyak di rumah mek. Lepas Isyak semua ikut cik balik. Semua tidur rumah cik malam ni. Ummi bertemankan Nuha. Sunyi dan sepi.
Tamat sudah cerita raya hari ini. Seadanya dan sesyukurnya. Alhamdulillah untuk segala nikmat dan rezeki dariNya. Masih tahun ini, dapat kita raikan hari lebaran yang mulia ini.
0 comments:
Post a Comment