Sunday, 1 June 2025 By: Naemah

LD LITTLE HAJJ NIGHT CAMP







Sekali lagi Suri menyertai program Little Hajj and Night Camp untuk tahun ini (tahun terakhir suri di tadika). Tahun lepas dah join sekali. Tahun ni teacher teruskan lagi atas sambutan dan kerjasama yang baik dari semua. Alhamdulillah. 


Ia diadakan pada 30-31 Mei 2025 (Jumaat).  Waktu pagi anak- anak ke sekolah seperti biasa, berpakaian sopan untuk program simulasi haji. Sebelum tu teacher dah ajar serba sedikit tentang teori haji, semoga ianya kekal dalam ingatan anak-anak semua. Dan hari ini, anak-anak Little Diamond melakukan praktikal haji mengikut stepnya. Alhamdulillah ia berjalan lancar sebagaimana dilaporkan.


Jam 11.30 pagi, anak-anak balik ke rumah terlebih dahulu. Jam 6.15 petang hadir melaporkan diri untuk program night camp pula. Untuk program ini, Miqdad (ex student LD) turut menyertainya. Teruja dia nak join program ‘tidur di sekolah’ buat pertama kalinya. Sebelum ni tak ada program macam ni (baru mula tahun lepas). Kali ni Miqdad dapat rasai pengalaman seperti Suri juga. 


Selepas mendaftar, ummi tinggalkan Miqdad dan Suri dalam jagaan teacher, dengan iringan doa semoga program ini berjalan lancar dan dipermudahkan untuk semua. 


Kat rumah, sunyi lain macam. Abang-abang takde target dah nak mengusik. Dengan abi pun masih kat laut, berempat sajalah malam ni. Betul-betul sunyi. Tapi takpelah, malam ni je.


Setia menunggu update dari teacher, yang disertakan gambar dan video. Terubat rindu, dan sepenuhnya percaya dan yakin segalanya baik dan berjalan lancar. Dapat tengok gambar Suri dan Miqdad sekilas lalu dalam video, pun dah rasa senang hati ummi ni.


Esok harinya, program diteruskan sehingga jam 11.30 pagi. Ummi setia menunggu di luar tadika untuk jemput Miqdad dan Suri. Muka kepenatan, mungkin sebab pagi tadi beraktiviti outdoor, dan siap menunggang kuda lagi tu. Namun keseluruhannya, mendengar komen dan cerita yang baik dari anak-anak. Makan pun sedap! Inilah pengalaman mahal buat mereka, yang entah dapat diulangi lagi atau tidak. 


Balik ke rumah, jalani hari cuti macam biasa. Kembali meriah suasana di rumah. Tunggu abi balik, dan bersedia untuk balik kampung. Baru nak bercuti betul-betul. Excitednya semua nak balik kampung, jumpa sepupu. Semoga cuti kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, walaupun hakikatnya abi balik tak lama (3 hari saja). Dan akan kembali bekerja lagi.


Apapun, Alhamdulillah untuk pengalaman Suri dan Miqdad di Little Diamond Kindergarten. Mencipta kenangan baru bersama pengisian yang baik dan bermanfaat. Kini masa untuk ‘bercuti’ seadanya. 


























0 comments:

Post a Comment