Sunday, 28 June 2015 0 comments By: Naemah

MASIH PUNYA WAKTU

Nukilanku suatu ketika dulu
(JANUARY 2011)

semoga bermanfaat

------------------------------------------------------------------------------------------




إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (13:11)

Mata bagaikan terpaku melihat wanita ini, hati terlalu kagum, kerana dia wanita sempurna. Dia cantik dan baik, dia lemah lembut serta  patuh pada agama, dia bahagia, pendek kata, dia wanita solehah, dambaan setiap insan. Di wajahnya ada senyuman manis yang terukir, pada bicaranya ada kelembutan dan kesopanan yang jelas terasa, pada wajahnya ada damai dan tenang. Dia anak yang baik pada ibu bapanya, dia isteri yang menenangkan hati suaminya, dia juga ibu yang terbaik untuk anak2nya. Hati cemburu, kerana diri ini terlalu jauh jika ingin dibandingkan dengannya.  Gelaran wanita solehah, bagaikan sebuah mimpi buatku. Dia beruntung, kerana memilki segala kesempurnaan itu. dia wanita idaman, dia wanita syurgawi. Aku terlalu cemburu.

Tidak!! Dia bukan wanita sempurna seperti yang kau fikirkan. Dia tidak memiliki segala2nya seperti mana yang kau cemburukan. Benar, apa yang dia miliki itu adalah kurniaan Allah buatnya. Namun, semua itu tidak akan dimilikinya jika tanpa usaha, tanpa doa, tanpa kesabaran, tanpa keyakinan, tanpa mujahadah. Dia wanita biasa sepertimu. Dia memiliki segalanya, kerana keinginannya, yang hadir bersama  usaha, semangat dan kecekalannya. Dia wanita biasa, tiada apa yang luar biasa.

Ya, dia baik, namun bukan bererti tidak pernah berbuat dosa. Dia manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan dan kesilapan demi kesilapan dalam hidupnya. Dia pernah membuat hati ibu dan ayahnya terluka, dia pernah membuat hati teman2nya terasa, dia pernah menjadi hamba yang sering merungut2. Namun pada dirinya ada sikap ingin bermuhasabah dan merendah diri. Dia mencari kesilapan diri, dia mengkaji perbuatan diri. Dia sedar dosanya pada Tuhan, lalu segera dipinta keampunan. Dia sedar kesalahannya pada insan, lalu segera dipinta kemaafan. Dengan cara ini, hatinya beroleh ketenangan. Janjinya pada diri, tidak akan sekali2 mengulangi kesilapan yang sama. Kerana itu dia sentiasa beringat dan berwaspada, kerana lumrahnya manusia, sentiasa terlupa, sentiasa ingin berbuat kesilapan. Lalu istighfar menjadi temannya, agar keampunan Tuhan sentiasa ada untuknya.

Ya, tutur bicaranya sopan dan tersusun. Tiada kata nista dan sia2 yang terkeluar dari mulutnya. Pakaiannya juga sopan dan ayu, menutupi tubuh yang indah agar terlindung dari pandangan ajnabi. Wajahnya tenang, damai dan terserlah kejernihannya. Beruntungnya dia, kerana memilki semua itu. namun, semua itu tidak akan dimilikinya, andai bukan dia yang menginginkannya. Dia pernah menjadi remaja, juga pernah mempunyai keinginan demi keinginan demi kepuasan nafsu. Bicaranya pernah kasar dan tersasar. dia juga pernah jatuh cinta, dan mahu berpenampilan cantik dan berwajah cantik, untuk memiliki cinta.. Namun Hidayah yang dipohon,  telah membuka mata hatinya. Untuk apa berbicara, jika ada hati yang terluka? Maka perkataan harus disusun sebaiknya. Perlukah untuk tampil cantik dan menawan, demi untuk memiliki sebuah cinta yang sejati? Tidak.. dia bersyukur dengan segala yang dimilkinya. Menutup aurat demi memenuhi tuntutan syariat, bukan untuk tontonan sesiapa. Alhamdulillah, dia akhirnya menyedari bahawa Tuhan telah mengurniakan rupa yang cantik pada setiap insan, meskipun bukan rupa yang menjadi syarat kepada sebuah cinta  yang sejati. Hatinya redha, tidak pernah melupakan puji2annya pada Allah setiap masa. Kerana redhanya, dia memilki hati yang tenang, dan melalui ketenangan itu, terpancar nur yang mengindahkan wajahnya. Subhanallah…

Ya, dia isteri dan ibu yang baik, dan sangat dibanggai suami dan anak2nya. Semua itu bukan percuma, bukan dimiliki tanpa perlu ada penilaian. Padanya, agama perlu menjadi pokok utama dalam pemilihan jodohnya. Kerana dia percaya, hanya agama yang akan memberi jaminan pada kehidupan keluarganya.  Dan untuk memilki yang beragama, perlu baginya untuk terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan ilmu agama. Ya, dia berusaha, bukan sekadar bermimpi. Permulaan yang baik ini, InsyaAllah akan membawa dirinya dan keluarganya kepada sebuah kebahagiaan yang hakiki.
Bukan tiada sengketa dalam rumahtangga, bukan tiada konflik, bukan segalanya lancar berjalan. Sedangkan lidah lagi tergigit, ribut pasti datang melanda, ombak juga datang memukul, dan ujian Tuhan sentiasa ada, kerana kita hamba, sememangnya layak diuji. Kerana itu, perlunya ada  persediaan. Sekali dicuit, jangan terus melatah.Perlunya untuk menjadi gagah, agar keharmonian dapat dipertahankan.

Jika hari ini bahagia, bukan bererti esok juga akan bahagia, jika tidak tahu  dan tidak berusaha untuk mempertahankan bahagia itu. perlunya iman, perlunya taqwa, agar dengannya, langkah kita akan sentiasa mudah meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Ye, dalam kelembutannya ada ketegasan. Dalam keayuannya, tersimpan perisai pertahanan. Dia memelihara kehormatannya, dia menyokong perjuangan suaminya, dia mendidik anak2nya dengan sempurna, kerana dia tahu, di situ tersimpan saham untuknya di akhirat kelak. Dia menghambakankan diri pada keluarganya, demi keredhaan  dan kecintaan Tuhannya. Alhamdulillah, dia juga memiliki cinta dan redha suami dan anak2..

Hakikatnya, dia manusia biasa, namun dia insan yang gigih mencari cinta dan redha TuhanNya. Langkahnya mungkin pernah tersasar dan menyimpang, namun dia sedaya upaya mencari jalan kembali. Dia berpuas hati dan merasa cukup dengan apa yang dimilkinya, namun tidak pernah merasa puasa hati dan cukup, dengan apa yang dipersembahkan untuk Tuhannya. Dialah insan yang  mencari, insan yang sentiasa mahu menjadikan hari2 nya lebih baik dari semalam dan sebelum ini.

Ye, kini aku mengerti. Dia manusia biasa sepertiku. Dia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan sepertiku. Namun yang membezakan adalah usahanya dalam meraih tittle ‘solehah’ itu. sesiapa juga boleh memiliki, andai punya usaha untuk memilikinya. Jalan mujahadah itu pahit, namun buahnya sangat manis. Yang perlu aku tanya pada diriku ialah, mahu atau tiadak mahu? Jika mahu, mulakanlah sekarang. Andai terjatuh, bangun kembali, andai tersasar, kembali pada permulaannya.. tiada jalan mudah untuk memilki kemanisan iman ini. Namun andai benar2 ada kemahuan dan usaha, pastinya akan dipermudahkan, meskipun dalam kepayahan.

Renungan: sememangnya kita manusia biasa yang tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Namun, kita seringkali gagal untuk melihat kesilapan diri, dan seterusnya melakukan perubahan. Semua  orang mengkagumi insan yang baik, dan ingin menjadi baik. Namun tidak pernah ada usaha ke arah jalan yang baik itu. akhirnya, tetap menjadi manusia yang terus menerus hidup dalam gelumang dosa.  Perlunya bermuhasabah, perlunya ilmu, perlunya usaha dalam membuat perubahan dalam diri. Ingatlah bahawa sesungguhnya, tiada siapa yang mampu mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang ingin, dan berusaha mengubahnya. Wallahua’lam…

I'M SORRY UMMI

Anak anak sedang lena dibuai mimpi... Sangat sunyi tanpa mereka. Malah hati terasa sayu. Baru sekejap tadi 'berperang' dengan anak anak. Ada ada saja tingkah mereka yang menguji kesabaran ummi. 

Episod pilu..ummi Dan Anas..

Masa nak tidur tadi tiba tiba Anas cakap: sorryy ummiii...

 Aku bagai tersentak. Lupa apa yang menyebabkan dia berkata demikian. Namun hatiku dah mula menangis, kerana aku tahu aku ada memarahinya tadi. Aku belai kepalanya. Anas bersuara lagi: ummi jangan marah along lagi :(

 Oh Tuhan. Hatiku bertambah sayu mendengar kan suara manjanya. Terus kami berbicara hati ke hati. Menasihatinya, memujuknya, membelai dan memujinya. Tak lupa aku juga memohon maaf padanya. Air mataku turut mengalir... Sangat sayu..

Ya Allah... Aku berdosa memarahi anak anak syurga amanahmu ini. Mereka tak berdosa, malah aku yang berdosa. Aku sayangkan anak anakku... Mereka terlalu baik dan bijak. Mereka yang menceriakan hari hariku...

Anas dan Mussaab... Maaf kan segala kesilapan ummi yang tak sempurna dalam menjagamu. Doakan ummi agar menjadi ummi yang lebih baik untuk anak anak ummi :'(





Saturday, 27 June 2015 0 comments By: Naemah

DOAKAN MEREKA

*sekadar gambar hiasan *

Hari ini pagi pagi lagi keluar di newsfeed fb berita tentang kehilangan dua orang budak perempuan (dua beradik) selepas rumah mereka dimasuki orang. Kanak kanak tersebut dilarikan penjenayah tersebut...

Allahu Akbar... Macam macam kes dan macam macam hal. Hati tak terkecuali disapa ketakutan dan kebimbangan. Tak kurang rasa simpati dan sedih dengan apa yang menimpa keluarga tersebut. 

Tak tahu dan tak dapat bayangkan... Bagaimana perasaan kedua ibubapa kanak kanak tersebut. Aku cuba meletakkan diriku di tempat mereka. Sebak, sayu, lemah longlai, segala rasa ada. Yang pasti satu perasaan yang sangat sedih dan pilu yang mampu digambarkan. Mengingatinya saja membuatkan air mata mengalir. Ya Allah jauhkanlah...

Aku mendoakan ibu dan bapa tersebut diberi kekuatan dan kesabaran yang kuat di samping doa yang pastinya tak putus dalam berhadapan ujian kesedihan ini. Aku mendoakan penderitaan hati yang sedang ditanggung akan berakhir sebentar saja lagi... Insya Allah

Aku juga membayangkan situasi kanak kanak tersebut. Anak kecil yang tidak berdosa itu, jangan sampai disakiti dan diapa apakan... Ya Allah yang sangat besar nilai belasnya pada hamba, lindungilah :'(

Aku tahu, apa yang sedang dilalui si ibu adalah ujian yang sangat perit. Ya Allah, semoga Engkau tenteramkan hatinya dan berikan khabar gembira untuknya.

Aku merayu padaMu ya Allah lindungi anak anakku, dan keluargaku seluruhnya.  Lindungi semua insan ya Allah dari tangan tangan yang jahat...

Ameen...


Thursday, 25 June 2015 0 comments By: Naemah

UJIAN BUKTI KECINTAAN

Nukilanku suatu ketika dulu
(MARCH 2011)

Kesedihan lalu yang telah dilupakan. Kehilangan yang telah digantikan. Kesakitan yang telah diubati..

Tulisan ini terhasil saat hati dilanda kesedihan kerana berhadapan dengan ujian keguguran kandungan pertamaku, March 2011. kenangan menyentuh jiwa :')

Tapi Allah Maha Berkuasa. Apa yang dimiliki hari ini mungkin lebih baik dan membahagiakan. Alhamdulillah :)

semoga bermanfaat

------------------------------------------------------------------------------


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seringkali kita melihat musibah yang menimpa insan2 di sekeliling kita. Hati kita berasa simpati. Kesiannya pada dia, simpatinya melihat wajah sayu mereka. Entah bagaimanalah, jika semua ini berlaku pada diri sendiri. Mampukah kita untuk menerima ujian seumpama itu? kuatkah kita? Tabahkah hati kita?

Namun hakikat, ujian pasti datang kepada setiap insan. Mahu atau tidak, bersedia atau tidak, hakikatnya hamba, sememangnya layak untuk diuji. Ujian pasti datang pada setiap insan, bezanya hanyalah bentuk ujian itu. Bencana, kematian, kesakitan, kehilangan, kesedihan, terserah pada Allah yang Maha Berkuasa. Hanya Dia yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, mengatur dan memilih sesiapa yang dia Inginkan. Saat ujian datang, tiada siapa yang mampu menepis, apalagi menolak.

Sakit memang sakit, sedih memang sedih. bagaimana kuat pun, tetap air mata akan mengalir.  Namun Tuhan yang Pengasih dan Maha Penyayang tak mungkin sedang menzalimi hambaNya. Lalu mengapa kesakitan ini ditimpakan? Mengapa ujian ini hadir padaku, bukan kepada insan lain? Ya Allah…terasa sangat lemahnya untuk menerima semua ini. Terasa seperti dunia sudah menjadi gelap gelita. Yang hadir dalam fikiran adalah persoalan ‘mengapa aku?’ ‘apa salah dan dosaku? ’Aku tak pernah menginginkan semua ini terjadi. Ujian ini terlalu perit buatku…

Namun mujur ada hati yang tahu memujuk, ada iman yang hadir untuk mengingatkan. Bersabarlah… dikau insan terpilih untuk menerima ujianNya. Tidak mungkin ujian ini hadir menimpamu, andai kamu tidak kuat untuk menghadapinya. Kamu kuat, kerana itu kamu terpilih. Dia kasihkanmu, kerana itu Dia mengujimu. Kerana kasihNya, Dia ingin menghapus dosa2mu melalui kesakitan dan ujian ini. Kerana cintaNya, Dia ingin menganugerahkan pahala buatmu melalui kesabaranmu dalam menerima ujianNya ini. Usahlah bersedih duhai hati. Allah bersamamu, dalam menanggung segala kesakitan ini. Dia mengerti, dan Dia mendengar.

Ujian itu pahit, namun hakikatnya manis. Hanya jika kita mahu ingin bersangka baik pada Tuhan. Hanya setelah kita menyedari adanya hikmah yang sedang tersembunyi dan akan tersingkap. Usahlah merasa kehilangan, kerana yang diambil bukannya milik kita, tapi adalah milikNya.  Usahlah bersedih, kerana yang diambil, pasti akan digantikan dengan yang lebih baik. Usahlah merasakan kehilangan, kerana yang ada pada kita masih terlalu banyak, yang tak pernah kita sedari, apalagi mahu mensyukuri..

Allah itu Maha Pengasih, lagi maha Penyayang. Setiap yang berlaku, terkandung hikmah. Rahsia Allah, tiada siapa yang tahu. Usah dipersoal, mengapa takdirNya begini? Kerana takdirNya sentiasa yang terbaik. Tak mungkin diuji, andai tiada kekuatan untuk menghadapinya. Kita sendiri yang perlu mencari dan membina kekuatan itu, andai kita mahu untuk menjadi kuat. jangan menjadi lemah, jangan dilemahkan oleh perasaan. Bagaimana kita bertindak saat ujian itu datang menimpa? Di situlah… Allah menilai sejauh mana keimanan kita.

Buat suami yg kucintai: Duhai sayang..bersabarlah menerima ujian Tuhan ini. Kita hanya  hamba yang lemah. Saat ujian ini hadir, jelas kita terasa, betapa Hebat dan Berkuasanya Allah, dan betapa lemah dan kerdilnya kita. Kita tak mampu untuk berbuat apa2, apabila takdir menginginkan begitu.  Kita tidak mampu untuk berkata tidak, kerana kemahuanNya, tetap akan terjadi.. bersabarlah sayang.. pasrahkanlah hati menerima semua ini.. cukuplah redha memberikan kita ketenangan dan kekuatan.. Dia lebih mengetahui  apa yang terbaik untuk kita…insyaAllah, akan tersingkap hikmahNya, yang akan lebih memberikan keyakinan kepada hati kita bahawa Dia Menyayangi kita, dan Dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk kita, lebih daripada yang kita harapkan….INSYAALLAH..



 kebahagiaan hari ini :')

ALHAMDULILLAH UNTUK HARI INI

Hari ini 9 Ramadhan 1436
Masuk hari ke 9 berpuasa. Alhamdulillah masih diberi nafas, udara dan usia.

Hari ini juga hari keberangkatan suamiku ke tempat kerjayanya seperti biasa di Labuan. Kami berpisah lagi buat sementara, dan Insya Allah bakal bersua lagi. Semoga jauh menghadirkan rindu Dan cinta yang semakin indah...

Hari ini 26/06/15 juga merupakan hari ulangtahun kelahiranku yang ke 30. Oh, dah masuk angka 3 di depan rupa rupanya.. Yang pasti, semakin tua dan semakin meningkat usia. Entahlahlah.. Bagaimana penilaian Tuhan terhadapku di sisiNya agaknya. Sedih...kerana aku tahu aku insan yang banyak membuat dosa. Semoga Allah ampuni segala dosaku ... Dan memimpin arahku agar lebih jelas dan terang.

Hari ini tetap seperti hari hari yang biasa. Tiada yang istimewanya, namun bersyukur kerana masih dikurniakan kesihatan. Bersyukur anak anak dan suami masih setia di sisi. Hadiah dari Allah yang tiada nilai gantinya...

Hari ini juga seperti biasa tinggal aku dan anak anak di rumah. Tidak ke mana mana, jalani hidup biasa di rumah. Sessi mendengar ayat ayat al Quran, tasmik hafazan dan writing dah selesai pagi ni. Kebetulan semua bangun awal hari ni, sempat salam dan sayang abi :) now si adik dah tidur balik, abang pula menonton video kegemaran yang ummi download dari utube..

Masih pagi... Suami dalam perjalanan di atas flight. Semoga Allah melindungi suamiku dan memudahkan segala urusannya. Allah pasti menjaganya untukku dan menjaga anak isterinya ini juga untuknya. Tenang tenanglah duhai hati...

Semoga Kita semua di dalam Rahmat Dan kasih Sayang Allah..


Video "toyor baby": Arabic songs for kids




Writing session: finish 2 pages kira dah ok la :)




Tasmik ayat ayat sebelum ni. Alhamdulillah dah dapat 21 stars (21 surah) tapi lagi banyak hafal, lagi banyak ayat yang tertukar pada permulaan ayat yang sama. More practice will make it perfect, insya Allah





Wednesday, 24 June 2015 0 comments By: Naemah

CERPEN: KEMBARA MENCARI CINTA




CINTA.. bila tiada, tidak boleh dipaksa datang…CINTA juga, bila datang…tidak boleh dipaksa pergi…. Aku tahu CINTA memberi bahagia, namun sebenarnya, tak kurang juga yang memberi sengsara…aku mencari CINTA yang sejati, yang sentiasa memberikan damai dan bahagia di hati..bukan yang meninggalkan sengsara dan derita di jiwa.. di mana CINTA itu??

Nadhiya termenung panjang. Memandang langit yang indah diterangi bintang2 yang bergemerlapan. Dia tersenyum sendiri. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini. Sangat indah…Alhamdulillah.. Pujian bagi Allah, hati ini masih diberi ketenangan dan kedamaian….

Nadhiya bt Imran, merupakan anak tunggal kepada pasangan Imran dan Radhiah. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, dilimpahi kasih sayang dan dititikberatkan dengan ilmu agama. Alhamdulillah…..

Namun mungkin kerana dia anak tunggal, Dhiya sering merasakan kesunyian dan kekosongan. Hatinya menginginkan lebih perhatian, dan lebih kasih sayang. Dhiya mengembara mencari cinta… untuk mengisi kekosongan hati.. untuk menghiburkan kesunyian hati..

Ketika berumur 16 tahun, sebagaimana remaja lain yang sering diduga dengan cinta, Dhiya juga tidak terkecuali. Hatinya terpaut pada Umar, teman sekelasnya yang sangat baik, alim dan tegas. Rupanya biasa2 saja, pandai dalam pelajaran dan tegas dengan pendirian. Entah mengapa Dhiya mengkagumi dalam diam, dan menyimpan rasa cinta di hati. Padanya, inilah lelaki terbaik yang pernah dikenalinya. Setiap hari wajahnya terbayang di mata, dan seperti setiap saat ingin menatap wajahnya. Sekarang, dia punya inspirasi untuk rajin ke sekolah. Setiap saat rindu2an.. namun hati sakit bila dirinya seolah bertepuk sebelah tangan. Entah siapa dia di mata Umar. Juga rasa cemburu hadir di hati bila mendengar Umar digandingkan dengan orang lain…

“Ya Allah.. aku sangat mencintai dia dengan seikhlas hatiku.. aku merasakan dia lelaki yang baik dan soleh yang dapat membahagiakan hidupku.. ya Allah… mengapa hatiku terasa sakit sekali? Mengapa cintaku tidak berbalas? Salahkah aku mencintai dia?”
dalam tangis, Dhiya mengadu kepada Tuhan… ini kali pertama dia jatuh cinta.. mengapa terasa sangat sakit sekali?? Bukankah hatinya ikhlas??

Cinta terus terpendam di hati untuk sekian lama. Dipujuk hati agar bersabar.. mungkin suatu hari nanti Umar akan hadir bersama cintanya.. dan di saat itu dia dapat rasakan dialah insan yang paling bahagia. Sehingga tamat SPM, dan seterusnya menyambung pengajian di IPT, dia sabar menanti, namun penantian hanya penantian, sehingga dia terasa letih untuk terus mengharap… Alhamdulillah.. cinta itu beransur pergi dan terus hilang.. ya Allah.. sangat leganya tanpa cinta di hati….namun dia tetap berharap. Akan ada cinta seorang lelaki untuknya yang tulus ikhlas.. kerana padanya, dia juga seperti insan lain yang memerlukan cinta seorang lelaki.. dia mahukan bahagia bersama insan yang tercinta….

Setelah dia boleh bernafas lega untuk seketika, dia kini diuji dengan cinta lagi. Cinta yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak. Farid Iskandar kini muncul dalam hidupnya. Dia mahasiswa di tempat yang sama dengan Dhiya, namun berbeza kuliyyah. Entah dari mana Farid Iskandar mendapat nombor telefonnya. Katanya, ada seseorang yang memberikan padanya dan menyatakan Dhiya seorang gadis yang baik dan boleh menjadi pembimbingnya. Rupa2nya, Farid Iskandar merupakan anak seorang usahawan ternama di Malaysia. Dia kaya dan kacak. Katanya, dia mahu mencari seseorang yang baik untuk menjadi pendampingnya dalam membuat perubahan dalam hidupnya. Dia ingin belajar agama dan menjadi seorang yang baik. Walau dalam kekeliruan, Nadhiya menyambut salam Farid. Lama kelamaan, mereka terbuai dan hanyut dalam cinta. Hati Dhiya terasa bahagia sekali merasakan ada yang benar2 menyayanginya. Dia lupa segala2nya.. nasihat kawan baik seperti Alya dan Siti ditolak ketepi. Katanya, dia ikhlas pada Farid dan ingin membawa Farid ke jalan kebaikan…

Tidak lama kemudian, Farid tiba2 menyepi, diam tanpa khabar dan berita. Puas Dhiya menjejaki, namun hampa. Nombor telefon sudah ditukar, wajahnya juga tak kelihatan lagi. Hati Dhiya jadi sakit. Kini hadir berbagai prasangka. Dia harus berbuat apa? Dan ingin bertanya siapa? Sebulan… 2 bulan…dan berbulan2… Farid sepi tanpa berita. Hati terasa remuk dan berkecai. Puas dia menangis. Alya dan Siti setia memberikan sokongan. Namun Dhiya malu pada mereka.

“ Ya Allah.. apa lagi salahku hingga diuji dengan cinta yang menyakitkan ini? Aku sangat ikhlas dengan dia Ya Allah.. aku cuba sedaya upaya untuk menjaga perhubungan ini.. aku ikhlas mencintainya ya Allah… namun mengapa aku disakiti??” di depan Tuhan, dia mencurahkan segala rasa. Meyakini hanya Tuhan yang mampu menolongnya, dia lebih kerap solat dan berdoa. Lama kelamaan, hati menjadi lebih tenang dan pasrah… dan akhirnya, ingatan terhadap Farid beransur pergi. Dia kelegaan, bebas tanpa cinta di hati…

Di tahun 3 pengajiannya, Dhiya jatuh cinta lagi. Kali ini dengan Syafiq yang dikenalinya dalam sebuah persatuan yang diikutinya. Tiada siapa yang tahu perasaan yang terbit sedikit demi sedikit ini. Syafiq orangnya sangat kelakar, peramah dan menghiburkan. Dia juga dari sekolah agama sepertinya. Boleh jadi, kerana itu Dhiya terpikat padanya. Pertemuan seminggu sekali dengan ahli2 persatuan, terasa begitu lama sekali. Seolah2, ingin melihat Syafiq setiap hari. Kini dia jadi gila bayang lagi. Namun kali ini seperti ingin lebih berhati2. Dia tak jemu berdoa pada Tuhan, andai Syafiq benar jodohnya. Moga Tuhan mempermudahkan jalan. Dia rajin solat dan berdoa. Dia yakin pada pertolongan Tuhan…

Namun Syafiq seperti tak pernah mempedulikan kewujudannya. Dia baik dan mesra, namun Dhiya kecewa kerana dia tahu dia tak pernah istimewa di hati Syafiq. Perasaan sakit datang lagi, dan dia menangis lagi. Kenapa semua cinta menyakitkan??
“ Ya Allah.. aku terasa sakit lagi, dan ingin menangis lagi. Ya Allah, mengapa semuanya menyakitkan? Tidak layakkah aku untuk memiliki cinta seorang lelaki?? Ya Allah, jika dia bukan untukku, hapuskanlah perasaan ini dan bawa ia pergi jauh.. dan hadirkanlah insan yang terbaik yang telah engkau takdirkan untukku., yang ikhlas menyayangiku dan mencintaiku keranaMu ya Allah..”
Dia tak jemu berdoa mengadu pada Tuhan….. dan Alhamdulillah… takdir Tuhan seperti ingin menjauhkan Syafiq darinya, agar dia tak bertemu Syafiq lagi, dan lama kelamaan, Syafiq tiada lagi di hatinya… dia kelegaan lagi….

Dia terfikir2, bukankah sebenarnya hati lebih terasa lega dan lapang jika tanpa cinta lelaki? Pengalaman lalu memberi peluang pada Dhiya untuk berfikir dan menilai. Apalah erti cinta pada manusia, jika ia hanya untuk menyakitkan? Namun dia yakin, pasti ada cinta yang akan membuat dia bahagia…. Dalam pencariannya, dia menemui cinta Tuhan. Cinta yang utama yang dia lupakan. Dia menangis, bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa lalu. Kononnya, cintanya dulu ikhlas kerana Allah. Tapi sebenarnya, cinta itu telah membuatkan dia lupa pada Allah dan hanya kembali kepada Allah setelah hati terasa disakiti. Ikhlas yang diungkapkan hanya alasan semata.  Dan setelah menemui cinta Tuhan, dia mula menyedari cinta lain yang telah dia lupakan iaitu cinta ayah dan ibu yang tak pernah berkurangan, membelai dan mendoakannya. Juga cinta sahabat sebaik Alya dan Siti yang ikhlas menyokongnya. Hati Dhiya kini dipenuhi cinta pada mereka. Dan kala itu dia berfikir, tiada maknanya cinta seorang lelaki jika bahagianya cuma untuk seketika…

Dhiya merenung ke wajah suaminya Mukhlis yang sedang lena tidur. Wajah itu bersih dan mendamaikan. Perasaan cinta Dhiya pada suaminya ini sangat mendalam, ikhlas kerana Allah. Dhiya berani mengakuinya.

Teringat dia ketika di hari terakhirnya di kampus. Dia menerima panggilan dari Kak Najwa iaitu pelajar master yang juga classmatenya dalam subjek bahasa arab. Kak Najwa juga orangnya sangat aktif dalam kegiatan dakwah dan selalu mengajak Dhiya mengikuti usarahnya. Dalam pencarian Dhiya, Allah menemukan Dhiya dengan Kak Najwa yang sangat baik dan peramah ini. Kak Najwa tempat dia merujuk dan berbincang, meskipun masih belum berpeluang untuk aktif dalam kegiatan dakwah dan usrah. Mereka bertemu di sebuah café. Dan hari itu, merupakan hari yang tak mungkin dapat dilupakan, kerana ia adalah permulaan sebuah kebahagiaan dalam hidupnya. Rupa2nya, Kak Najwa ingin merisiknya, dan ingin melamarnya untuk adik iparnya. Terasa seolah2 dia sedang bermimpi apabila soalan itu datang dari mulut kak Najwa. Lidahnya jadi kelu untuk bekata2, dan wajahnya merona kemerahan kerana tersangat malu. Namun, Kak Najwa serius dalam senyumannya yang lembut. Sungguh, Dhiya tak percaya… sudah lama dia tidak memikirkan tentang jodoh. Dia benar2 berserah pada Tuhan untuk urusan itu..

“ Bagaimana Dhiya?”
Kak Najwa bertanya setelah lama dia berdiam diri dan tertunduk.

“ kakak… kenapa saya?”
Dhiya cuba bersuara juga, dalam kesangsian dan debaran.

“kerana kakak yakin dengan Dhiya. Kakak yakin Dhiya boleh menjadi isteri yang baik untuk Mukhlis”
Dhiya tertunduk lagi, dan Najwa tahu Dhiya malu. Dia terus melanjutkan perbicaraannya, menceritakan tentang Mukhlis. Rupa2nya Mukhlis merupakan seorang pilot dan umurnya 5 tahun lebih tua dari Dhiya. Mendengarkan perkataan pilot, terus saja terbayangkan wajah pramugari2 yang cantik dan seksi. Namun dia masih membisu.

“ kakak pernah kenalkan dia pada Dhiya dulu, masa kenduri kat rumah kakak”
Dhiya terkejut. Ada ke??

“ yang mana?”

“ kakak tunjuk dia dari jauh, Dhiya lupa?”
Dhiya berfikir sejenak. Dia mula teringat dan mengangguk perlahan. Ye, ada.. tapi dari jauh dan Dhiya tak cam langsung mukanya.

“ em.. dia tengok saya tak masa tu?”

“tak… dia tak tahu pun mana satu Dhiya..”
Dhiya malu sendiri mendengarkan jawapan itu…

“ Dhiya… Mukhlis dah serahkan urusan jodoh ni pada kakak. kakak pun tak berani nak cakap lebih tentang Mukhlis, namun keyakinan kakak pada Mukhlis adalah sebagaimana keyakinan kakak pada Abang Mazlan, suami kakak..”
Najwa cuba meyakinkan Nadhiya lagi. Dhiya hanya mengangguk… memang dia akui Abang Mazlan seorang lelaki yang baik, dan sangat giat dalam bidang dakwah.

“kakak… izinkan saya beristikharah dulu…”
Mereka berpisah dan Dhiya berjanji akan memberitahu keputusannya secepat mungkin selepas berbincang dengan mak dan ayahnya.

Selepas seminggu, Dhiya menghubungi Kak Najwa, untuk memberikan jawapannya yang pasti. Setiap malam dia beristikharah, bertanyakan Tuhan yang Maha mengetahui. Dia tidak mahu membuat keputusan yang silap. Dia takut pada kekesalan yang akan menghambat. Pintanya kepada Tuhan bersama rayuan dan tangisan. Dia ikhlas…menanti jawapan terbaik dari TuhanNya.

“kakak…dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…saya terima lamaran kakak..”
Dhiya memberikan jawapan yang tulus terbit dari hati kecilnya, meski dirinya masih terlalu kabur tentang insan bernama Mukhlis. Wajahnya tidak diingat, akhlaknya juga entah bagaimana. Namun hati kecil mengatakan, memang Mukhlis tercipta untuknya. Hatinya lebih kuat untuk menerima lelaki ini apabila ibu dan ayah memberikan restu mereka.

Saat terlafaznya ijab dan kabul, hatinya menjadi damai, tenang setenang2nya. Dalam malu, senyum terukir di bibir Nadhiya dan Mukhlis.

“sayang, dirimu untukku dan diriku untukmu. Kini kita halal untuk bercinta dan untuk saling berkasih sayang. Dirimu amanah buatku, pendamping diriku. Akan kucuba sedaya upayaku untuk menjadi pelindungmu dan akan kuusahakan untuk membahagiakanmu.. aku mencintaimu sayang”

Ungkapan manis yang dibisikkan Mukhlis ke telinganya itu pastinya takkan dilupakan Dhiya sampai bila2. Kucupan hangat singgah ke pipinya untuk pertama kali. Hatinya diselubungi bahagia. Syukurnya tidak terhingga buat Allah yang mengaturkan segalanya sehingga detik2 indah ini dapat dirasakannya. Realiti, bukan lagi sekadar mimpi.

“aku juga mencintaimu sayang…ku ingin bersama denganmu, dan bercinta denganmu hingga ke syurga”

Dhiya membisikkan kata2 itu ke telinga Mukhlis yang masih lena. Kucupan turut dihadiahkan buat suami yang telah membahagiakan hatinya hingga ke hari ini.

“Terima kasih sayang..kembara cinta kita masih belum berakhir…semoga bertemu cinta Teragung…ameen”

KESIHATAN: NIKMAT YANG JARANG DISYUKURI

7 Ramadhan 
Sudah masuk hari ke 7 berpuasa. Alhamdulillah..

Ujian buat suamiku yang sudah hampir seminggu menanggung sakit gusi. Gusi bengkak dan katanya menjalar ke kepala.  Jarang aku melihat dia sakit, tapi sakit ini kelihatannya sangat mengujinya. Hari harinya muram saja. Nak bermain dengan anak pun dirasakan tak berdaya. Kasihan suamiku.. Semoga dia kuat , Dan semoga sakit ini menggugurkan segala dosa suamiku. 

Aku juga pernah diduga dengan kesakitan. Pernah terkena keracunan makanan, seksa menanggunya kala itu Allah saja yang tahu. Hingga terfikir kan kematian lantaran sangat sakit dan lemah tak berdaya. Pernah juga diuji dengan sakit akibat keguguran dan sakit bersalin. Kaum wanita pasti memahaminya bagaimana :) pernah juga diuji dengan sakit perut beserta sesak nafas, dan sakit sakit biasa seperti demam, sakit kepala dan sebagainya...

Saat sakit... Apa yang terlintas di fikiran?? Hanya Allah yang pertama di hati. Saat itu kita tahu tiada yang mengerti derita kesakitan yang sedang ditanggung. Meskipun pasangan kita, dia takkan mampu berkongsi rasa itu. Masa ini juga kita merasakan betapa besarnya nikmat 'kesihatan'.. Masa sihat selalu lupa nak bersyukur. Bila diuji sakit sedikit, baru nak berfikir dan merayu agar Allah kembalikan kesihatan.

Sesungguhnya sakit itu satu ujian, juga penghapus dosa. Saat sakit dan lemah itulah hati kita banyak berzikir mengingati Allah dan terkenangkan dosa dosa. Betulkan??? Saat ini juga hati terasa lebih dekat denganNya lantaran Dia saja yang mengerti kesakitan yang ditanggung dan Dia saja tempat diri mengadu. 

Ada insan yang diuji dengan penyakit yang sangat teruk, seperti penghidap kanser. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah memberinya kekuatan, kerana hanya insan yang layak dan kuat saja  dipilih Allah untuk menerima ujian berat seperti itu. Semoga terampun segala dosa dosanya, dan semoga syurga menjadi miliknya.

Dan semoga Allah menghilangkan kesakitan yang sedang ditanggung suamiku. Aku tahu ia menyakitkan, meski aku tak merasainya. Riak wajahnya menggambarkan kesakitan itu. Ya Allah, kurniakan kesihatan pada suamiku dan ampunkan segala dosa dosanya. 

Aku dan semua... Bersyukurlah andai hari ini tubuh badan kita masih sihat bertenaga. Masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Ungkaplah Alhamdulillah kerana ketika ini, ketika kita hidup dengan riang gembira, di sana ramai lagi yang sedang menderita dengan seribu macam penyakit dan kesakitan... 

Semoga Allah memberi keampunan kepada kita semua...



Wajah kesayanganku yang sedang menanggung sakit gusi bengkak :) 
Berbuka puasa di KFC Kajang di hari ke  6 puasa. Meraikan anak anak yang mahu berbasikal di stadium dan bermain di taman permainan. ummi pun tak masak la hari ni :)


PERJALANAN HIDUP YANG SINGKAT



Begitulah kitaran hidup ini. Dari alam rahim kemudian ke dunia, seterusnya ke alam barzakh dan alam akhirat. Dari baby, kemudian menjadi kanak kanak, remaja, dewasa dan tua. Daripada sendiri, kemudian berdua, dan seterusnya beranak pinak, bercucu cicit dan seterusnya...begitulah...

Hari ini dan semalam pasti berbeza. Suatu ketika dulu dan masa kini juga tidak sama. Namun masa lalu tetap masa silam yang tak akan kembali. Hari ini kita teruskan, dan masa yang datang tiada siapa yang tahu apa bakal terjadi. 

Pertamanya... Alhamdulillah dengan nikmat kehidupan hari ini. Masih dipanjangkan usia untuk terus bernafas di bumi Allah ini. Setiap detik berlaku kematian, namun syukur...Allah masih memberi peluang untuk terus di sini. Bukan untuk saja saja...bukan untuk suka suka.... Tapi untuk memuhasabah diri dan memperbaiki diri. Untuk menjadi Hamba yang lebih baik di sisiNya. Kalaulah kita sentiasa berfikir dan beringat...

Yang pergi juga tak mengenal usia, dan berakhir sudah urusannya di dunia ini. Yang masih hidup perlu terus berjalan ke hadapan, dan perlu sentiasa ingat...bahawa kita juga bakal menyusul. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin sekejap lagi... tiada siapa yang tahu.

Suatu masa, kita hanya sendiri. Allah hadirkan pasangan menemani hidup kita. Bahagia bersama... Kemudian Allah kurniakan zuriat, menambahkan lagi seri kehidupan. Bertambah bahagianya. Anak anak yang kecil kian membesar, dulu hampir setiap masa bersama kita... Bila dah besar dan masuk sekolah, tak dapat bersama mereka setiap masa. Kemudian mereka belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan bekerja, semakin kurang masa bersama. Mereka juga pastinya akan berumahtangga dan membina keluarga sendiri, pasti lebih banyak masa diluangkan untuk keluarganya. 

Kita juga, dulunya muda dan sihat, akhirnya beransur tua seiring perjalanan masa. Tubuh yang sihat, lama kelamaan menjadi semakin lemah. Dulu rumah riuh rendah dengan suara anak anak. Kini sepi.... Kenangan bersama mereka menggamit, hati terlalu rindu. 

Dulu pernah berdua, kini kembali berdua. Antara kita dia pasti salah seorangnya akan pergi dulu. Mungkin diriku...mungkin dirinya. Yang ditinggalkan, pasti sangat merindui. 

Apapun, beginilah kitaran kehidupan ini. Kita tak akan selamanya muda, tak akan selamanya hidup di dunia ini. Suatu masa  perlu menerima hakikat bahawa anak anak anak akan membesar dan punya kehidupan sendiri. Pasangan juga mungkin akan pergi dulu, atau mungkin kita yang akan pergi meninggalkannya.

Bersyukurlah dengan kehidupan hari ini dan hargailah semua insan yang bersama  kita. Tak siapa tahu berapa lama lagi akan bersama. Tak siapa tahu bila ajal bakal menjemput. 

Husband, sons, family, friends... Love u all :')

PAHIT MANIS KEHIDUPAN

Nukilanku suatu ketika dulu
(MARCH 2011)

semoga bermanfaat

---------------------------------------------------------------------------------------



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
ََ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (14:7)

Hari ini aku gembira sangat. Keputusan peperiksaan ku amat cemerlang. Tidak sia2 segala usaha dan penat lelahku selama ini. Masa yang banyak terluang di meja study, juga di perpustakaan nampaknya membuahkan hasil yang menggembirakan hatiku. Namun, di samping wajah2 riang dan gembira kawan2ku, aku juga dapat melihat wajah yang muram dan duka. Oh, barangkali keputusan peperiksaan mereka mengecewakan. Ya Allah, lupa untuk aku bersyukur padaMu. Alhamdulillah, aku mendapat apa yang aku mahukan. .

Hari ini badanku terasa lemah sekali. Badanku panas, kepala juga pening,tak mampu nak berjalan dengan baik. Seksanya, terasa hanya mahu berbaring saja di katil. Apa yang aku buat jadi serba tak kena. Pusing ke kiri menyeksakan, ke kiri juga menderita. Argghh..bilakah demam ini akan baik? Walaupun baru sehari, namun sangat mencabar jiwa. Melalui berita di televisyen aku dikhabarkan dengan pelbagai cerita kemalangan jiwa, pembunuhan dan kecelakaan yang menimpa manusia lain di seluruh dunia. Lupa seketika aku pada rasa sakitku, kerana perasaan simpatiku pada mereka. Ya Allah, lupa lagi untuk aku bersyukur dengan nikmat kesihatan selama ini, juga rasa sakit ini yang terlalu sedikit ini berbanding apa yang menimpa insan lain. Alhamdulillah, aku masih diberi nafas, diberi udara, untuk terus hidup di bumi Tuhan ini…

Hari ini perasaanku sangat sedih sekali. Saat aku memerlukan teman untuk berbicara dn meluahkan rasa, tiada sesiapa di sisi. Ah, mereka tidak pernah mahu mempedulikan aku dan memahami perasaanku. Aku kesunyian, aku perlukan teman bicara, perlukan insan yang ingin mengambil berat tentangku. Namun, saat melalui lorong itu, dapat kulihat seorang nenek tua duduk termenung sendirian di pondok usangnya. Tanpa suami, tempat meluahkan bicara, tanpa anak2 untuk menumpang kasih. Oh , sangat kesian. Di dada akhbar ini juga berapa ramai bayi terbuang di tepi2 jalan tanpa belas dan kasih seorang ibu. Ya Allah, kasihannya pada mereka yang jauh dari kasih sayang di saat kasih dan sayang itu diperlukan. Ya Allah, kehidupanku jauh lebih baik dari mereka. Ada ibu dan ayah, juga keluarga yang selama ini cukup memberi perhatian tanpa aku sedar. Ya Allah, terlupa lagi untuk aku bersyukur dengan anugerah kasih dan sayang ini. Alhamdulillah, aku disayangi, aku juga bukan insan terbuang.

Hari ini, untuk kesekian kalinya, perasaan marahku pada kawan yang seorang ini datang lagi. Selalu sangat dia melakukan perkara yang menyakitkan hatiku, walau bukan dalam sengaja. Hatiku panas, terasa ingin menghamburkan segala kemarahan. Namun sekejap tadi aku melihat senyuman manis yang terukir di bibirnya, hatiku sejuk. Ya, dia teman sejatiku. Saat aku memerlukan dia, dia selalu ada di sisiku. rajukku sering dipujuknya, susahku sering dibantunya, dan mujur saja dia sudi ingin menjadi temanku. Silapnya bukan sengaja, mengapa dilayan rasa marah yang menyapa? Dia teman, dia sahabat…Alhamdulillah, dia kurniaan Allah pada diriku. Aku terlupa, aku hilang pertimbangan..

Hari ini, terasa ingin menangis semahunya. Harapan untuk memilikinya, hancur berkecai. Aku menantikan kehadiran dia, aku ingin mencurahkan kasihku buatnya. Aku yakin, hadirnya akan menyerikan hidupku. Namun takdir tidak menginginkan begitu. Takdir menyalahi kemahuanku. Aku terlalu sedih. Bicaraku mati, temanku hanya air mata. Aku tak mampu berkata2, hanya hati mencari jawapan pasti. Namun ada bisikan membuatkan tangisanku reda, membuatkan hatiku redha. Aku diingatkan siapa diriku yang sebenar. Aku hanya menumpang di dunia sementara ini. Aku tak punya apa2, namun aku tak dibiarkan tanpa belas. Tidak terhitung, pinjaman yang aku dapat. Segalanya bukan milikku, aku hanya meminjam. Lalu aku perlu rela andai segala pinjaman diambil kembali oleh sang pemilik. aku tak boleh menangis, itu bukan milikku. Malahan, aku punya yang lain, yang masih dipinjamkan untukkku. Masa depanku masih belum gelap, masih punya harapan lain yang lebih cerah, insya Allah….Alhamdulillah, aku sedar, dan aku perlu bersyukur atas segala kurniaan.

Renungan: setiap hari, kita dihadiahkan dengan berbagai rasa. Suka, duka, marah, benci, dan sebagainya. Pelbagai rasa yang hadir melahirkan berbagai tindakan tanpa kita sedar. Segala rasa yang hadir merupakan ujian daripada pencipta. Seringkali yang baik, dilihat sebagai kenikmatan, namun sering pula lupa untuk bersukur. Yang tidak baik pula, dilihat sebagai bala, dan terus mempersoalkan takdir. Sedangkan, hadirnya perasaan yang pelbagai itu tetap merupakan nikmat dan ujian yang perlu disyukuri. Jangan terlalu asyik dengan keindahan, jangan terlalu kecewa dengan kepahitan. Berwaspadalah dalam gembira dan sedih. Di mana Dia di hati kita??
Saturday, 20 June 2015 0 comments By: Naemah

SETIA PADA JODOH

Nukilanku suatu ketika dulu
(MARCH 2011)

semoga bermanfaat

-------------------------------------------------------------------------------------

 وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (30:21)

Sebagai hamba Allah, kita sememanya mengerti dan percaya bahawasanya jodoh itu sesuatu kepastian dan hanya berada dalam pengetahuan  Allah. Ia tercatat sejak azali lagi, dan tiada siapa mampu menduga. Ia sesuatu yg misteri, namun ada jawapan yg pasti, dan misteri itu akan terungkai apabila tiba waktu dn ketikanya. Siapa? Bila? Hanya Allah saja yang tahu. Jika bukan di dunia, pasti ada yang menanti di akhirat. Insya Allah..

Jodoh kita hanyalah dia. Dia yang telah tercatat. Walau kita tak pernah tahu, namun kita yakin, pasti suatu hari dia akan hadir menemani hidup kita melalui satu lafaz yang dinamakan ijab dan kabul. Sebelum tibanya saat itu, kita sering tertanya-tanya, tercari-cari..siapa dia? di mana dia? bilakah masanya? Tetap tiada jawapan yang pasti..

Pernah kita jatuh cinta, dan hati kita bertanya sendiri, apakah dia jodohku? Kerana dalam hatiku kini hanya ada dia. Hati sangat mencintai dia, sangat merindui dia. Siang dan malam, hanya wajah dia yang terbayang di mata, terkadang dibawa hingga ke dalam mimpi. Hati meyakinkan, bahawa dia memang jodoh yang telah tercatat. Jika tidak, mengapa dalam hati ada cinta untuknya?

Sekali, dua kali, tiga kali dan berkali2 jatuh cinta. Merasakan manisnya cinta, juga pahitnya cinta. Oh Tuhan… aku tersilap mencintai insan yang bukan untukku.  Saat mencintai dia, aku sangkakan memang dia jodohku. Apalagi, nampaknya seperti aku tak bertepuk sebelah tangan, walaupun mungkin aku yang perasan sendiri. Namun kerana cinta, aku meyakinkan diri, bahawa dia juga mencintaiku. Namun, masa berlalu, dalam hati ini ada insan lain pula. Hati mencintai yang lain pula. Apakah kali ini benar, aku telah menemui insan yang sememangnya jodohku, yang sebenarnya tercipta untukku?

Berkali2 jatuh cinta, kecewa dengan cinta. Mengapa suratannya begini? Di mana dia yang sebenarnya untukku? Apakah cinta yang pernah hadir  itu cinta yang salah? Cinta yang mengundang dosa? Mengapa aku jatuh cinta padanya, sedangkan dia bukan untukku? Rasa bersalah…rasa berdosa… aku tidak setia pada jodohku. Aku mencintai insan lain yang bukan untukku. Sepatutnya cinta ini hanya  untuk dia. Dia yang ditakdirkan sebagai jodohku. Berdosakah aku? Curangkah aku?

Pernah aku ungkapkan, ‘I love u’, ‘aku mencintaimu’, ‘aku merinduimu’, pada dia yang pernah menjadi kekasihku.  Kerana saat itu benar2 hati mencintai dia, hanya dia. sangkaku, cinta ini akan membawa kami kepada sebuah ikatan suci pernikahan. Saat itu juga, hati benar2 yakin bahawa dia memang jodohku.  Namun semua itu tidak kekal lama, hubungan cinta ini berakhir juga. Hati berkecai, cinta juga semakin pergi. Barangkali, dia bukan jodohku. Oh Tuhan..di mana jodohku? Aku tersilap mencintai insan lain. Aku juga telah terlanjur mengungkapkan kata2 cinta pada insan lain, yang hakikatnya bukan jodohku. Duhai insan yang tercipta untukku, jodoh yang tercatat untukku. Maafkanlah diriku. Cinta yang sepatutnya hanya untukmu telah aku kongsikan dengan yang lain, yang tak sepatutnya. Maafkan atas kecuranganku, duhai jodohku, aku masih nantikan kehadiranmu dengan 1001 pengharapan.

Bukan niatku untuk curang, bukan niatku untuk menduakanmu… yang ku nantikan hanyalah dirimu, yang bakal menjadi pasanganku yang sah melalu ikatan yang suci, iaitu sebuah pernikahan.

Renungan: jodoh hadir dengan berbagai cara, tanpa kita ketahui, hingga sampai waktu dan ketikanya yang mana kita takkan mampu untuk menolaknya. Begitulah  misterinya sebuah jodoh yang menjadi rahsia Tuhan. Dalam penantian itu, barangkali kita seringkali jatuh cinta pada insan yang  bukan sebenarnya jodoh kita. Di sinilah sebuah ujian cinta. Hadirnya bukanlah satu dosa, kerana datangnya juga, bukan dipaksa2.  Tapi di sini Allah hanya ingin melihat bagaimana kita menguruskan perasaan yang hadir ini. Kalau ada keimanan dan kesabaran, pasti semuanya dapat ditangani dengan baik, lantas menjadi insan yang sebenarnya setia pada jodohnya.

Cinta yang hadir, boleh membawa kepada kerinduan dan terbayang2. Jika dilayan, makin parah dan mengundang dosa. Tidak mahu dilayan, hati begitu kuat mengatakan mahu. Di sinilah kita perlu menjadi kuat agar tidak terus asyik dalam melayan cinta yang tidak halal ini. Lebih teruk, jika ikatan percintaan dimulakan. Daripada asyik  dan mabuk cinta seorang diri, kini saling berbalas cinta pula. Pelbagai ungkapan cinta yang lahir memberikan rasa asyik yang teramat, hingga lupa itu bukan kekasih halal. Dosa pula, tak dipeduli, dan ditolak ke tepi. Yang ada dalam hati kini, hanyalah cinta.

Duhai insan, masih ada waktu, masih punya peluang. Jodohmu telah tercatat, maka setialah hanya kepada dia.  Cinta yang sering hadir, harus ditangani dengan kesabaran. Jika belum masanya, sabarlah dulu. Jika sudah masanya, pasti ada jalan yang terbaik untuk menuju kepada sebuah ikatan yang pasti, yang suci dan berkat. Bersabarlah…hanya dengan kesabaran, akan hadirnya kemanisan cinta itu. cinta sejati, hanyalah cinta yang telah diikat dengan ikatan suci pernikahan. Sabarlah untuk memiliki cinta sejati itu…

Peringatan: urusan siapa jodoh kita hanya ada pada pengetahuan pencipta. Namun ia juga bukan bererti kita hanya perlu mendiamkan diri, atau semata2 berserah pada takdir,kerana perlu ada ikhtiar dalam urusan ini. Berikhtiar untuk mencari, dan berikhtiar untuk menjadi soleh/solehah, demi mendapatkan pasangan yang soleh/solehah. Kerana janji Allah itu benar, yang baik itu, hanya tercipta untuk yang baik.

Kepada yang belum berkahwin, teruskan berusaha, berdoa dan berikhtiar  untuk menjadi yang terbaik di sisiNya. Mudah2an jodoh yang hadir adalah dia yang mulia di sisiNya. Selebihnya adalah tawakkal. Jodoh pasti datang, dengan satu cara dari beribu cara. Allah lebih mengetahui. Bersabarlah..

Kepada yang sudah berkahwin, dialah jodohmu yang terbaik. Usah mencari cinta lain, usah berpaling mencari cinta lama. Cintailah dia, kasihilah dia, hargailah dia, terimalah seadanya dia. dia yang terbaik untukmu. Bersyukurlah….

MONOLOG: TERAPI ROHANI

Nukilanku suatu ketika dulu
(MARCH 2011)

semoga bermanfaat

--------------------------------------------------------------------------------------


Aku bertanya pada hati... hati memberikan jawapan sekadar kemampuannya... namun aku tahu, pastinya ada jawapan yang lebih baik...ya Allah...berikan aku jawapan yang terbaik... untuk aku mengerti segalanya dengan penuh pengertian..pengertian yang benar... pengertian yang akan memimpin diriku menyusuri jalanMu yang penuh liku...aku ingin melaluinya, walau aku tahu, langkahku masih belum gagah, dan adakalanya goyah


Semalam baru merasakan bahagia, namun hari ini diuji dengan kepahitan. Terasa sangat sakit untuk menghadapinya. Mengapa bahagia datang dan pergi? Mengapa suka dan duka silih berganti?  Kerana inilah kehidupan.. tidak selalu menjanjikan keindahan, tidak pula membiarkan kesengsaraan berterusan.  Di dunia, kita diberi rasa yang manis, diberi juga rasa yang pahit. Hadirnya silih berganti, tanpa pernah diduga. Namun di akhirat, manis akan selamanya manis. Yang indah tak akan bertukar buruk. syaratnya, demi untuk menikmati kemanisan yang kekal itu, kita perlu bersabar menghadapi kepahitan yang sementara ini.

Mahu menjadi baik, dan berusaha ke arah kebaikan itu.  Namun seringkali menemui kegagalan. Kesilapan yang sama sering diulang-ulang. Malah kadang2 rasa sangat sukarnya untuk  menuju ke arah yang baik itu..sememangnya jalan kebaikan penuh dengan onak dan duri. Niat perlu ada, usaha juga perlu. Namun, istiqamah itu kunci kepada pintu kebaikan itu. Kegagalan membuktikan usaha yang tidak berterusan. Dihadapkan dengan kesusahan sikit, terus rasa lemah dan tak bermaya. Kesukaran dilihat sebagai penghalang, sedangkan itulah syarat untuk sebuah kemenangan.

Setiap musibah yang mendatang dilihat sebagai hukuman dosa lalu yang sentiasa menghambat. Hati menangis, apakah dosa lalu akan sentiasa mengejar dan menjauhkan diri ini dari kebahagiaan yang diimpikan? Tak mungkin dosa tidak akan terampun andai sudah benar memohon keampunan. Tuhan Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Berlapang dadalah menerima segala dugaan, bersangka baiklah sentiasa, di samping sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki diri. Tuhan sedang membawa kita mengahampiri kebahagiaan itu, walaupun dengan cara yang sukar untuk kita terima. Dia lebih Mengetahui.

Alhamdulillah, sentiasa diberi kesedaran tentang segala salah silap, dan digerakkan hati dan tindakan untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Namun, apabila satu perkara dibetulkan, masih nampak lagi kekurangan di bahagian lain yang meminta diri untuk muhasabah dan memperbaiki. Lepas satu, satu perkara yang lain pula. Sampai bila2kah diri ini akan melakukan kesilapan? Hakikatnya manusia tidak sempurna, dan tidak akan sempurna. Kesilapan dan dosa itu seolah satu kemestian pada setiap insan. Bersyukurlah diberi hati yang sentiasa sedar akan kesilapan demi kesilapan, walaupun merasa terbeban dengannya. Itu bermakna, Allah membuka mata hati kita untuk menyedari semua itu, lantas memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Merasakan diri sudah baik dan tidak melakukan kesilapan, menunjukkan keangkuhan diri. Alhamdulillah, dari muhasabah kita mengenal diri, dan menemui kesilapan diri. Langkah seterusnya, lakukanlah perubahan. Tidak mungkin diri akan sempurna, namun selangkah demi selangkah kita memperbaiki diri, bermakna kita menghampiri kesempurnaan itu. Sangat malang, andai kita sekadar sedar, namun tidak berbuat apa2…

Hati sering cemburu melihat kelebihan dan nikmat yang dimiliki orang lain. Hati sering berkata, mengapa dia beruntung dan diriku tidak? Mengapa dia punya semua itu, sedangkan diriku tidak? SesungguhnyaTuhan Maha Adil. Manusia diberi kenikmatan dalam pelbagai bentuk. Setiap insan diberi kurniaan yang pelbagai, dan berbeza2. Apa yang dimiliki orang lain, mungkin tidak dimilki oleh kita, namun boleh jadi, dia juga tak miliki apa yang kita miliki. Setiap orang dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang ada, dan usah merungut dengan apa yang tiada. Pandanglah mereka yang lebih tiada, untuk merasakan betapa beruntungnya diri, dan lantas bersyukur. Kita punya segalanya yang kita perlukan dalam hidup ini. Apa yang kita tidak punya, sebenarnya bukan yang kita perlukan, sekadar apa yang kita mahukan saja. Allah lebih mengetahui….

Segala amalan yang dilakukan, semacamnya tak pernah konsisten. Semalam mampu untuk membuat yang terbaik, namun hari ini terasa seperti berkurangan. Dulu dan kini, selalu terlihat perbezaannya. Adakala rajin untuk meningkatkan amal, tapi kadang2 juga, jadi sangat malas. Mengapakah? Kerana iman manusia lumrahnya sentiasa turun dan naik. Hari ini mungkin rasa sangat rajin untuk melakukan amal ibadat yang terbaik, esok pula, boleh jadi terasa sangat berat, dan amal menjadi berkurang, dan kurang baik dari sebelumnya. Di waktu lain pula, mungkin amal akan meningkat lagi. Kerana kita juga sedang berperang dengan nafsu dan syaitan yang setia menggoda. Di kala tak mampu untuk berlawan, kita menjadi lemah dan mengikut bisikan jahat itu, namun di kala kita kuat dan terus bermujahadah untuk melawan, kita sebenarnya mampu untuk menangkis segala bisikan. Semua terserah pada diri kita. Kita sebenarnya mampu. Teruskan berusaha, untuk konsisten dalam melakukan amal ibadah, dan sentiasa menjadikan hari ini sentiasa lebih baik dari semalam..INSYAALLAH……………