Monday, 10 October 2016 0 comments By: Naemah

FINAL COUNTDOWN II

101016:9Muharram1438h

Hari ini bangun pagi seperti biasa. Masih belum ada tanda untuk bersalin. Ke klinik lagi, untuk cek bsp, bp, urin dan baby heart rate. Everything ok, cuma bacaan gula dalam darah sangat rendah (2.0). Terpaksa makan dan minum dulu untuk diambil bacaan gula sekali lagi. Bacaan kedua lebih baik (4.9).

Balik rumah, keadaan diri masih seperti biasa. Malah rasa lebih ringan badan dan lebih bertenaga berbanding mingu-minggu yang lepas. Buat sedikit kerja dan memasak. Semua orang puasa hari ni. Aku dan anak anak je tak puasa :)

Siang hari, memang tiada sebarang masalah dan belum ada sebarang tanda untuk bersalin. Sesekali saja rasa sakit seperti senggugut di bahagian bawah perut. Hanya sekadar itu. Bacaan bsp juga ok. (4.9) pre lunch, (4.9) pre dinner.

Malam hari, masih releks dan santai seperti biasa. Entah bila anakku nak keluar :) 

Cek bsp pre-bed (6.4)

Penantian hari ini berakhir. Esok bakal berjumpa doktor. Berdebar-debar, apa nasihat dan saranan doktor nanti, memandangkan due date dah semakin hampir. 

Allah.. permudahkanlah
Sunday, 9 October 2016 0 comments By: Naemah

FINAL COUNTDOWN I

091016:08Muharram1438h

Terjaga dari tidur jam 1.30 pagi. Rasa baby mengeras. Tak sakit, tetapi agak kerap. Dalam kiraan 5 minit sekali lebih kurang. Agak konfius. Adakah kontraksi bersalin? Tapi tak sakit sangat. Cuma rasa bagai ditekan-tekan di bahagian bawah perut ni. Mata dah hilang rasa mengantuk. Cuba untuk terus mengira jarak baby mengeras. Dekat pukul 2, dah tak mengeras lagi. Cuba pejamkan mata semula, dan sambung tidur. Dalam tidur, kerap juga terjaga kerana merasakan baby mengeras. Tapi dah tak mengira jaraknya, kerana tak rasa sakit, dan mata masih mengantuk. Sambung tidur hingga ke subuh :)

Bangun pagi, rasa macam biasa je. Solat subuh, sarapan dan ke klinik untuk cek bp. Pagi ni rasa ringan saja badan. Mungkinkah baby dah turun ke laluannya? Perasaan ni macam dah bersedia sangat dah untuk bersalin :) 

Sampai ke petang, tak ada apa-apa juga nampaknya :} baby masih tak nak keluar lagi. Tapi petang tu dah rasa sakit-sakit di bahagian bawah perut ni. Sakit umpama senggugut. Tapi datang sekejap-sekejap saja. Konfius juga, adakah sakit seperti senggugut ini juga merupakan kontraksi bersalin?

Malamnya, macam biasa dapat duduk santai releks-releks tanpa rasa sakit. Baby tetap aktif. Rasa ditekan-tekan, dan tak sakit. Biasa biasa je. 

Maka hari ini berakhir juga, dengan penantian yang masih belum berakhir. Masa untuk terus bertenang, berdoa, bertaubat, bermuhasabah dan berzikir. 

Semoga Allah permudahkan. Aameen
Saturday, 8 October 2016 0 comments By: Naemah

BERJUANG DALAM KESAKITAN

 

Ayuh melihat pada perjuangan seorang ibu. Ibu kita semua, dan kita yang sudah bergelar ibu atau bakal bergelar ibu.

Melahirkan anak, antara bentuk perjuangan seorang wanita, juga seorang ibu untuk melahirkan seorang khalifah di muka bumi ini. Seorang insan hanya lahir dari seorang ibu. Hanya seorang ibu. 

Hebat kuasa Allah. Dalam wanita dipandang lemah, hakikatnya Allah menjadikan wanita itu sangat kuat.

Berjuang dalam kesakitan. Ya, itulah hakikat yang perlu ditempuh oleh seorang ibu. Sakit itu menjadi syarat buat seorang ibu untuk bertemu anak yang dikandungnya. Cuma sakit itu mungkin berbeza pada setiap wanita. Ada yang menanggung sakit yang lama, ada pula yang sekejap saja. Sakit itu pula bergantung pada ketahanan diri kita juga. Ada insan yang daya tahannya kuat, ada pula yang sebaliknya. Maka meski pada tahap kesakitan yang sama, daya tahan setiap wanita itu boleh jadi berbeza. 

Pengalaman aku sendiri, melahirkan anak pertama dan kedua, ada sedikit berbeza dari sudut menanggung sakitnya. Anak pertama, lebih kurang 8 jam melawan sakit sebelum melahirkan. Anak kedua pula, lebih kurang 4 jam. Kalau nak bayangkan sakit yang bagaimana, seperti tak terbayang. Tunggu saja, saat itu datang lagi. Yelah, anak ketiga ini pun dah tak lama lagi akan lahir ke dunia. Berdebar, tapi insya Allah sudah bersedia. Mohon Allah permudahkan. 

Dalam kesakitan itu, tetap perlu terus berjuang dengan sepenuh tenaga, agar yang dikandung selamat lahir ke dunia. Berjuang sebaik mungkin, tanpa mengalah. Cuba dan cuba lagi. Walau ketika itu ibarat sedang berjuang antara hidup dan mati. Menanggung sakit, memerah tenaga, hingga terdengar tangisan si kecil yang akhirnya selamat lahir ke dunia :')

Allah... begitu sekali perjuangan seorang ibu untuk melahirkan seorang zuriat ke dunia ini. Antara lelaki dan wanita, Allah memilih wanita untuk sebuah perjuangan yang sangat mulia ini. Dalam lemahnya wanita, tersimpan kekuatan yang sangat luar biasa. 

Penghayatan tentang perjuangan seorang ibu. Pujukan buat diri yang mendambakan ketenangan menanti saat saat kelahiran khalifah kecil ini. 

Semoga Allah permudahkan. Aameen.

CATATAN KEHAMILAN: DI AKHIR PENANTIAN INI


Hari ini: 39 minggu 2 hari. Kurang 5 hari lagi penantian kami. 

Pun begitu, masih belum ada tanda tanda yang aku akan bersalin dalam masa terdekat. Hanya sesekali merasakan anakku mengeras, diiringi rasa sakit yang tak begitu kuat, dan kadang kadang tak sakit pun. Tanda tanda lain, masih tiada.

Dalam tak sabar menanti kehadirannya, hati tak lepas juga dari rasa berdebar untuk menghadapi saat itu sekali lagi. Namun aku cuba tenangkan hati, dan terus memujuk hati. Insya Allah everything will be ok!

Sepanjang minggu lepas, badan terasa penat dan lesu. Sakit pinggang, dan bermasalah air kencing kotor. Masa tu risau sangat jika tiba masanya untuk bersalin saat itu, memang rasa tak berdaya sangat.

Alhamdulillah hari ini rasanya keadaan dah makin baik. Nak kata sihat bertenaga, tak juga. Memang dah sarat sangat dah ni. Cuma lebih baik dari hari hari yang lepas. Nak bersalin pun rasanya dah bersedia ':)

Di saat akhir ini, aku cuba banyakkan bertenang, berdoa dan fikirkan yang baik baik saja. Tak nak fikir yang bukan bukan. Cuba sebaik mungkin untuk bersedia menghadapi saat melahirkan si kecil ini. 

Walaupun anak ketiga, debaran tetap ada. Cuma mungkin lebih bersedia, kerana pengalaman lepas banyak mengajar diri. Cuba juga bertanya dan membaca pengalaman orang lain, namun hakikatnya pengalaman kita dan mereka tak sama. Malah, walau berkali kita mengandung dan bersalin pun, pengalaman pasti berbeza.

Hari ini masih dalam penantian. Penantian yang belum pasti, namun insya Allah dah tak lama. Aku cuba untuk banyakkan berdoa, bertaubat, membaca al Quran, meraih redha suami, sabar dengan anak anak, fikirkan yang baik baik, dan yang sewaktu dengannya. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Ummi rindu nak jumpa anak ummi :')
Wednesday, 5 October 2016 0 comments By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: KENCING KOTOR *_*


Sumber: Dr Zubaidi


Ini cerita tentang 'kencing kotor' ketika mengandung. Masa mengandung anak sulung, pernah juga dikesan kencing kotor di minggu akhir kehamilan. Tapi tak serius sangat, dan tak rasa macam bermasalah pun ketika membuang air kecil. Tak sampai seminggu, masalah kencing kotor selesai. 

Sekarang mengandung anak ketiga, di minggu ke-39, sekali lagi berhadapan dengan masalah air kencing kotor. Tak pasti bila ia bermula, tapi bermula minggu 38+1hari, dah mula rasa sakit ketika membuang air kecil. Makin hari makin sakit rasanya. Sakit di sebelah kanan, dan sakit ketika membuang air sahaja. Aku mula syak, kemungkinan kencing kotor adalah puncanya. 

Masuk hari ke-6, sakitnya masih kuat terasa. Malah, tiba tiba aku diserang sakit pinggang yang kuat, juga di sebelah kanan. Sakit hingga berpeluh peluh, dan sukar untuk bergerak. Kebetulan masa sakit suami tiada di rumah. Terus call dia dan ceritakan keadaan diri. Tapi nak bercakap pun terasa sukar dek menahan sakit yang amat. Alhamdulillah suami yang sedang ziarah orang meninggal, balik ke rumah dan mengurut pinggang yang sakit. Rasa lega sedikit. Ia terjadi sekitar jam 10 pagi.

Aku merujuk masalah pada birasku dr Nasibah. Katanya, ada kemungkinan juga disebabkan kencing kotor atau jangkitan kuman. Dia nasihatkan untuk ke klinik untuk kepastian. 

Sekitar jam 2 petang, sedang bersiap nak ke klinik, sekali lagi diserang sakit pinggang. Sakit seperti pagi tadi juga. Tak mampu nak bergerak. Suami sekali lagi mengurut pinggang yang sakit. Sakit beransur pergi, tapi masih terasa. Berjalan pun terasa senget. Pukul 3, gagahkan diri untuk bangun dan ke klinik bersama suami dan anak anak.

Kami ke Klinik Kesihatan Badang, berdekatan rumah mak mertua. Di situ diambil tekanan darah, cek perut, dan urin. Doktor juga minta untuk diperiksa kontraksi selama 10 minit. Tapi tiada sebarang kontraksi yang kuat dan aku langsung tak ada rasa sakit perut sepanjang tempoh itu. Alhamdulillah, takut juga kalau diarahkan ke hospital untuk bersalin. Bukan tak nak bersalin, tapi dalam keadaan sekarang yang sakit pinggang dan tak selesa sangat di bahagian bawah ni, rasa tak ada tenaga nak bersalin.

Keputusan urin test:

 


Berdasarkan result, memang sah la aku menghadapi masalah kencing kotor. Effect sampai ke pinggang. Sakitnya usah cakaplah. Cuba bertahan dan sabarkan hati dalam menanggung sakit. Aku pujuk hati, ini hanya ujian dari Allah buatku. Ada orang lain yang lebih sakit lagi dan lebih menderita lagi. Ini hanya cebisan ujian buatku. Lagipun ini belum sakit nak bersalin lagi ':)

Aku diberi ubat antibiotik, diarahkan untuk mengambil tekanan darah setiap hari, dan perlu menghantar sampel air kencing pada keesokan harinya pula untuk dihantar ke hospital KB. 

Masuk hari ke-7, aku rasakan sakit ketika membuang air dah semakin berkurang. Masih sakit pinggang, tapi tak sekuat semalam. Alhamdulillah. Sampel kencing dah dihantar, tekanan darah juga sudah diambil. Tak ada apa masalah. Hari ni juga start makan antibiotik. Semoga keadaan akan lebih baik. Insya Allah.

Hari ni sudah genap 39 minggu kandunganku. Hanya seminggu lagi (atau kurang) tempoh penantian. Tak sabar menanti, namun tak lepas juga dari debaran memikirkan saat melahirkannya. Semoga Allah memberi ketenangan pada hati ini, dan semoga segalanya akan dipermudahkan.

Aameen ya Allah


Saturday, 1 October 2016 0 comments By: Naemah

ANAS DAN MUSSAAB: SEPTEMBER INI


 

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah sebulan Anas dan Mussaab berada di kampung. Akan terus berada di kampung sehingga ummi melahirkan adik Anas dan Mussaab. Insya Allah, 2 minggu lagi bakal bertemu adik.

Sepanjang abi tiada, Anas dan Mussaab berada di rumah mek. Bila abi balik, baru dapat jalan jalan dan ke rumah nenek. Itupun abi balik sekejap saja. Banyak waktu Anas dan Mussaab dihabiskan di rumah mek. Banyak berkurung dan membuat aktiviti dalam rumah saja. Sesekali keluar ke rumah pak long atau rumah cik, juga teman ummi ke klinik.

Antara aktiviti sepanjang september ini;  menonton VIDEO. Banyak masa dihabiskan dengan menonton video (education) yang ummi dan abi download dari youtube. Menonton video lama dan baru. Kalau dulu ummi boleh control dan pilih video untuk ditonton, kini tak lagi. Anas yang control segalanya, dari on laptop ke pemilihan video yang ingin ditonton. Mussaab pula tiada pilihan lain, selain menonton video pilihan Anas. Tapi ada juga time Mussaab boleh buat pilihan dan request video yang dia suka :) 

Video yang sering menjadi pilihan; Science kids, Science for kids, Make me genius, Tayo the little bus, Maya the bee, Dr Binocs, Chunggington, Blippi, Bob the train, Peep and the wide world, Dibo, TuTiTu, Billy & Bam Bam, Finley the fire truck, Brother Matt, dan banyak lagi. 

Tak dinafikan, Anas dan Mussaab banyak belajar melalui video tersebut dari bab sains, english pronounciation, pertambahan vocab, dan sebagainya. Tapi itulah... tetap tak boleh berlebih lebihan juga kan. Malah perlu juga ibu/bapa untuk sertai mereka ketika menonton. Tapi selalunya, Anas dan Mussaab sering menonton berdua saja. Ummi jarang jarang boleh sertai mereka d:

Aktiviti lain ialah bermain dengan PERMAINAN yang ada. Tak banyak seperti di rumah, tapi cukuplah untuk Anas dan Mussaab mengisi masa dengan imaginasi. Yang sering menjadi pilihan ialah vehicles; cars, trucks, trains, aeroplane, etc.. kalau main ni memang akan senyap sunyi suasana. Mengatur dan menyusun, membuat jalan, menambah tunnel, building, trees, dan sebagainya. Mussaab pula sampai terguling tergolek berimaginasi dengan kenderaan pilihannya :D sampai tidur pun dengan permainan yang sedang dia main. 

Kadangkala juga akan leka dengan permainan blocks. Menyusun dan membentuk sesuatu berdasarkan imaginasi mereka :)

Selain dari itu, BUKU juga menjadi teman di ketika dan saat tertentu. Kerana tak banyak pilihan buku dan asyik membelek buku yang sama, excitednya tu dah berkurang la. Kadangkala buku tak bersentuh langsung dalam satu hari. Antara Anas dan Mussaab, Anas yang paling kerap bersama buku. Mungkin kerana dia dah pandai membaca. Bila dia sedang leka dengan buku, ummi tak akan ganggu fokusnya kecuali dia sendiri yang bertanya. Dan pada kebanyakan masa, ummi yang perlu mendorong dan duduk bersama untuk aktiviti membaca, especially untuk menarik perhatian Mussaab. Tapi yelah, ummi pun bukan selalu ada mood juga :(

Selain buku,PEN DAN KERTAS juga menjadi teman untuk Anas dan Mussaab beraktiviti. Kalau sebelum ini hampir setiap hari melukis, kini minat tu kurang sedikit. Tengok keadaan juga, kalau datang mood nak melukis, kertas dan pen akan dicari, dan akan leka seketika dengan dunia lukisan. Mussaab masih tak pandai melukis. Tapi sering meminta ummi dan Anas yang lukiskan untuknya. Tema lukisan, vehicles, road, dan building. 

Selain itu, belajar AL QURAN juga antara yang menjadi kewajipan ketika berada di kampung.Anas meneruskan bacaan dan hafazan surah an Naaziat, dan Mussaab teruskan ulangkaji huruf huruf hijaiyyah. Itupun sering juga skip, terutamanya Mussaab. Anas setakat ini ok, bacaan diperbaiki dari masa ke masa, dan perlu lebih usaha lagi sebenarnya untuk hasil dan pencapaian yang lebih baik. 

Aktiviti BERBASIKAL turut menjadi pilihan Anas dan Mussaab. Tapi, sekadar bermain di dalam rumah atau di garaj saja. Tak boleh nak pergi jauh kerana jalan yang berbukit, kecuali ada yang memantau. Pernah juga ke rumah cik dengan berbasikal sambil ditemani cik. Mussaab juga berbasikal, tapi masih tak boleh mengayuh. Tolak dengan kaki saja :) sesekali, Anas membonceng Mussaab dengan basikal kecil tu. 

Selain daripada itu, hanya bermain berdua, apa yang boleh dimain. Kadang berlari, memanjat, berbual dan berlawak, berlakon, dan lain lain. Hanya berdua, kerana tiada siapa di rumah mek. Tak ada sepupu yang sebaya, dan boleh main sama sama. Tak apalah, main berdua je. Bergelak ketawa dan bergaduh sekali sekala pun ye jugak :D Ummi dah biasa dengan suara riang ketawa dan tangis anak anak ummi. 

September pun sudah berlalu. Kini sudah di bulan Oktober. Abi juga baru semalam pulang, setelah hampir separuh bulan Sepetember dihabiskan di tempat kerja. Anas dan Mussaab pastinya sangat happy bila abi balik, dan akan bercuti lama pula, insya Allah. Dapatlah luaskan langkah berjalan ke sana sini sementara tunggu ummi lahirkan adik. Semoga Allah permudahkan.

Begitulah sedikit perkongsian tentang aktiviti Anas dan Mussaab sepanjang Sepetember, di kampung, tanpa abi. Alhamdulilah di atas hari-hari yang sudah berlalu. Meski bukan setiap masa berlalu indah, namun terlalu banyak Anas dan Mussaab sudah pelajari dan kian mengerti tentang hidup ini. Pun begitu, perjalanan masih jauh. Semoga anak anak ummi dapat menempuhnya dengan baik, dengan izin dan petunjuk Allah.

Sekali lagi maaf, di atas segala kekurangan ummi dalam menjaga dan mendidik. Doakan ummi akan menjadi seorang ibu yang lebih baik buat anak anak ummi :)



DIARI ANAKKU: 011016

Alhamdulillah dah masuk 1 Oktober 2016, bersamaan 1 Muharram 1438H. 

Sudah 4 hari Anas dan Mussaab berjauhan dengan abi. Insya Allah bakal bertemu esok :) Anas dan Mussab bangun jam 8++ pagi. Lewat bangun, kerana semalam pun dah lewat tidurnya. Anas buka mata, tapi tetap berbaring dan bergolek di tempat tidur. Selesema dan kurang selesa. Kesian Anas. Mussaab pula bangun dan terus bangkit ceria. Mulakan hati dengan berbalas voice message dengan abi yang masih di Bintulu. Keduanya ceria dapat mendengar suara abi :) lepas tu mandi dan breakfast dengan mi goreng dan teh o.





Jam 9.30, Anas minta nak main basikal di garaj. Mussaab juga main sama, sambil ummi perhatikan. Jam 10 pagi, naik semula ke aras rumah lepas Mussaab menangis dilanggar Anas secara tak sengaja. Mussaab request nak menonton Bob the train. Ummi buka video untuk Mussaab. Anas menonton sama. Dah bosan, Anas bermain basikal lagi. Kemudian baring bersama ummi di karpet. Mussaab masih setia menonton Bob the train.




Jam 11, ummi masuk ke dapur untuk masak. Anas request nak roti bakar. Ummi siapkan roti bakar untuk Anas dan Mussaab dulu. Anas dan Mussaab setia menanti di dapur. Siap bawa bantal lagi :D makan roti bakar sama sama. Mussaab minta pula nak makan kismis. Ummi ambil dan beri pada Mussaab. Habis kismis dimakannya. Kena mintak yang lain la dengan cik :) Lepas tu ummi sambung masak, Anas dan Mussaab keluar menonton semula. Anas buka video Peep pula. 


Jam 12.45, ummi ajak makan tapi Anas dan Mussaab tak nak makan. Kenyang makan roti agaknya. Lepas makan, ummi potong kuku Anas dan Mussaab yang dah panjang. Lepas tu ummi bersiap untuk solat. Anas dan Mussaab bermain di bilik tidur. Habis sepahkan bantal. Main lompat lompat dan ketawa. 
Seronok sangat dapat main sesuka hati. Ummi ajak tidur pun tak hirau. Abi menaiki penerbangan ke klia jam 1.40. Semoga dipermudahkan urusan abi.




Jam 2 lebih, ummi terlelap. Anas dan Mussaab masih leka bermain. Asyik keluar masuk bilik. Jam 3 petang ummi terjaga, sunyi je. Anas dan Mussaab entah ke mana. Ummi bangun mencari di dapur. Alhamdulillah, ada di kedai mek tengah makan mamee. Ummi kembali ke bilik. 

Jam 3.15, Anas masuk bilik minta nak makan nasi. Lapar la, tadi tak makan. Jam 3.30, masuk ke dapur. Ummi goreng ayam dibantu Anas. Dah siap, Anas makan nasi. Mussaab hanya makan ayam. Abi juga dah selamat sampai di Klia. Alhamdulillah.

Dah kenyang makan, semua keluar. Anas on laptop dan buka video. Ummi solat asar dan baca al Quran. Lepas tu Anas dan Mussaab mandi. Mandi sekejap saja, dan keluar berpakain. Lepas tu tengok video lagi. Ummi angkat kain di jemuran dan lipat kain di bilik. Anas dan Mussaab juga masuk ke bilik membawa blocks, dan asyik bermain dengan blocks pula. 



Jam 6 petang, cik datang. Anas dan Mussaab ikut cik kait rambutan di bawah. Mussaab makan beberapa biji rambutan. 

Jam 6.30, Anas dan Mussaab ikut ke rumah cik. Anas berbasikal, Mussaab jalan bersama cik. Masuk waktu maghrib, balik semula ke rumah mek. Buka video dan menonton lagi. Lepas tu Anas baca al Quran bersama ummi. Masih surah an Naziaat (ayat1-20). Dalam usaha untuk melancarkan lagi bacaan Anas. Lepas tu sambung menonton lagi bersama Mussaab. 

Lepas isyak, ummi ke dapur. Rasa lapar pula. Ummi makan nasi. Anas tak nak makan. Mussaab juga makan bersama ummi. Lepas tu menangis dan mengamuk tak tahu sebab apa. Mengantuk agaknya. Masih sempat main belon dan menonton. Cik juga ada melayan Mussaab. 

Jam 10 malam, masih tak mahu tidur. Ummi pula sibuk kemas pakain kerana abi dah on the way balik dengan abg fahmi dan mak su. Abi suruh siap siap untuk ke KB esok pagi. Ummi biarkan Anas dan Mussab yang masih menonton video train dan aeroplane. Hampir selesai kerja ummi, ummi off laptop dan paksa juga Anas dan Mussaab tidur. Dah mengantuk sangat dah. Letak je kepala, terus lena. Ummi siapkan kerja. Kemas apa yang patut. Lepas tu turut baring bersama Anas dan Mussaab.

Merenung anak anak ummi yang sedang lena, hati dibuai sayu. Hari ini ummi mungkin banyak abaikan Anas dan Mussaab. Anas dan Mussaab banyak buat hal sendiri. Maafkan ummi ya sayang. Anak anak ummi sangat sangat baik. Semoga  Allah merahmati Anas dan Mussaab dan semoga perjalanan hidup Anas dan Mussaab sentiasa bersama petunjukNya. Aameen

Tak lupa yang bakal lahir ini, semoga Allah merahmatimu juga sayang. Insya Allah tak lama lagi kita akan bertemu. Ummi, abi, Anas dan Mussaab menanti kehadiranmu :)