Wednesday, 17 June 2015 0 comments By: Naemah

PUASA IBU MENYUSU

4 tahun berturut turut aku berpuasa dalam keadaan menyusu badan. Malah 2 tahun lepas berpuasa dalam keadaan diri menyusu anak pertama dan mengandungkan anak keduaku.

Alhamdulillah dari pengalaman sebelum ini, puasa dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin tanpa perlu menggantikan puasa, kecuali atas sebab uzur/ haid.

Sedikit tips yang aku amalkan, mungkin boleh menjadi panduan buat yang baru bergelar ibu atau sedang pregnant :)

1) jangan skip bersahur. Jangan sekali kali kerana daripada sahur itulah kita mendapat tenaga untuk meneruskan puasa sepanjang hari tersebut  

2) mengambil makanan berat di waktu sahur. makan nasi atau yang sewaktu dengannya setiap kali bersahur. Lauk tak kisah asalkan makan berselera. Kalau boleh banyakkan pengambilan sayur bersama nasi :)

3) pengambilan buah kurma ketika bersahur dan berbuka

4) Cuba minum air masak sebanyaknya,dan kurangkan minum air manis.

Itu saja yang diamalkan sepanjang puasa. Simple saja. Alhamdulillah tiada masalah sepanjang puasa. Anak anak dapat menyusu dengan baik, dan kandungan juga ok. Penat tu ada, biasalah puasa kan...

Memang ibu menyusu/mengandung diberi keharusan untuk berbuka, tapi kalau kita rasa mampu, apa salahnya kita sempurnakan puasa kita kan. Tak perlu nak ganti, just proceed dengan puasa sunat saja di masa yang akan datang:)



RAMADAN KALI INI

Pejam celik pejam celik... Ramadan berkunjung lagi. Alhamdulillah dipanjangkan usia bertemu tetamu yang mulia ini. 

Ramadan tahun ini sedikit berbeza. Tahun lepas masih di Melaka. Tahun ini pula di Kajang. Tahun lepas berempat, tahun ni masih juga berempat tapi pekerjaan baru suami membuatkan dia jarang berada di rumah untuk berbuka bersama. Esok juga, terpaksa berbuka tanpanya di hari pertama puasa. Tak mengapalah, aku mengerti kerjayanya. Alhamdulillah masih boleh bersahur bersama sebelum dia terbang ke Labuan esok hari..

Alhamdulillah Ramadan ke 5 sebagai seorang isteri, dan Ramadan ke 4 sebagai seorang isteri dan ibu. Puasa tahun ini juga masih lagi sebagai seorang ibu yang menyusu buat anakku yang berusia 1 tahun 5 bulan. Semoga Allah permudahkan seperti tahun tahun lepas. oh ya, 4 tahun berturut turut berpuasa dalam keadaan menyusu, dan pernah sekali menyusu dan mengandung dalam satu masa :) :) :) insya Allah tahun ini juga kuat untuk sempurnakan puasaku..

Aku seperti insan lain juga, mengharapkan Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik dari sebelum ini. ingin menghayati sepenuhnya erti puasa, dan menjauhkan diri dari segala perkara yang melalaikan aku dari Tuhan, dan keluarga. Semoga Ramadan kali ini juga menjadi titik permulaan untuk berubah menjadi yang lebih baik, memperbaiki kepincangan diri, membetulkan mana yang silap, dan menjernihkan mana yang keruh, insya Allah.. semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan segalanya.

Tahun depan entah berjumpa Ramadan lagi ataupun tidak. Walapun usia boleh dikatakan masih muda, namun mati tak mengenal usia. takut atau tidak mahu, tetap perlu menghadapi kematian. Kerana itu aku mengharapkan diri ini dapat menyempurnakan puasa dengan sebaiknya, dan memohon sesungguhnya agar segala dosa diampunkan. Allah saja yang tahu, bahawa diri ini insan yang berdosa, sering berbuat dosa :'(

Ramadan kareem buat semua. Semoga Allah menerima segala amalan kita :)




Aidilfitri pertama Anas Zaydan; 2012

Monday, 15 June 2015 0 comments By: Naemah

AJAIBNYA DOA




Video yang menyentuh hatiku.. 
Tak jemu untuk menekan 'replay' berulangkali..
Amat benar kata kata dr Maza..

::: Allah mendengar doa dan rintihan setiap Hamba

::: Allah memberikan yang terbaik untuk kita meskipun bukan dalam rupa yang kita mahukan kerana dia lebih tahu tentang kita

::: Allah melepaskan kita dari setiap masalah yang kita hadapi, tak pernah tinggal kita terus terkapai kapai dalam kesusahan (hingga kita sendiri lupa pada masalah yang pernah kita hadapi)

::: doa kita tak perlu perantaraan, direct pada Allah yang Maha Mendengar
Sunday, 14 June 2015 0 comments By: Naemah

TODAY'S OUTING


Malam ni semua orang tidur awal. Suami dan anak anak yang kepenatan. Keluar  rumah awal pagi tadi, pukul 6 petang baru sampai rumah balik. Saja bawa anak anak jalan jalan naik train. Pergi sogo konon kononnya nak cari baju raya anak, tapi tak beli pun. Manusia ramai yang amat. Biasa la, hari ahad..nak jalan pun susah.

Agak mencabar bawa anak anak ke tempat orang ramai seperti tadi. Setiap detik perlu berjaga jaga. Bimbang anak hilang dari pandangan. Si adik pula langsung tak boleh dilepaskan, merata perginya. Agak tak selesa nak bershopping dalam keadaan seperti tadi. Sangat bahaya seandainya terleka. Kalau hilang, susah nak cari dalam lautan manusia sebegitu. Menakutkan...

Hampir setiap masa mendengar suara tangisan anak kecil. Mungkin lapar, mengantuk, atau bosan menemani ibu ayah bershopping :) Anak anakku juga tak terkecuali. Bosan barangkali, mula buat permintaan macam macam. Nak dukung, nak minum... Sudahnya, hilang fokus dan minat untuk mencari baju raya anak.

Dalam train pun agak bersesak juga. Alhamdulillah boleh control anak anak yang lasak dan sukar untuk duduk diam ni :)

Tamat cerita hari ini.. Jalan jalan di kota melihat pelbagai rupa dan ragam warga kota. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang ke rumah. 

Pasti situasi seumpama ini dihadapi hampir semua ibubapa yang mempunyai anak kecil sepertiku. Penat, tapi semua ini menjadi kenangan terindah dan tidak dapat dirasa lagi bila mereka sudah membesar dewasa :)

Pulang ke rumah, masing masing kepenatan dan tidur awal. Tinggal aku, sendiri kesunyian. Mengantuk juga, tapi masih belum boleh lena. 

Sunyinya, tanpa suara mereka yang sering menghiburkan... Semoga bersua lagi esok, duhai kesayanganku..Insya Allah


Friday, 12 June 2015 0 comments By: Naemah

PASTI ADA JALAN KELUARNYA

Di Jumaat terakhir sebelum melangkah ke bulan mulia Ramadhan. Tinggal beberapa detik saja lagi... Semoga bersua..

Hari ini dan semalam.. Hati diusik kebimbangan dan ketakutan lagi. Kerana suami jauh di perantauan..kerana anak anak dalam keadaan kurang sihat..

Bukan kali pertama anak tidak sihat ketika ketiadaan suami. Sudah beberapa kali teruji begini.yalah, setiap kali anak tidak sihat, setiap kali tu jugak hati ibu dalam kebimbangan.

Anas dalam keadaan batuk dan selesema. Petang tadi bertaik mata, tak selesa matanya. Malam ni pula badan panas nak demam. Dengan thermometer pun takde, main agak jelah suhunya. Dengan penuh harapan dan doa, semoga demam biasa saja. Dan semoga anakku kuat menghadapinya:'(

Mussaab juga dalam keadaan batuk dan selesema. Batuk hingga serak suaranya. Tapi nampak macam dah ok sikit dari hari hari sebelumnya. Alhamdulillah..semoga makin baik anakku..

Hati masih tetap dalam kerisauan. Memantau keadaan Anas yang baru lena..semoga nyenyak tidurnya malam ini. Bimbang dia akan kerap terjaga dan menangis..ya Allah, kasihani anakku..



Situasi cemas begini kerap terjadi..sangat menguji diri. Namun sering juga Allah melepaskan diri ini dari segala kesulitan.. Saat kebergantungan hanya pada Dia... Dan Allah tak pernah membiarkan hamba ini terkapai kapai tanpa pertolonganNya :'( meskipun berhadapan dengan kesulitan, tetap ada jalan keluarnya..

Bahkan bukan saja keadaan anak membimbangkan.. Semalam tiba tiba pulak charger hp patah, bateri dah tinggal 1/3 saja. Kalau habis bateri, tak dapat nak contact sesiapa dah, kalau ada kecemasan. Tapi Alhamdulillah Allah Maha Kuasa, petang tadi saat bateri dah tinggal nyawa nyawa Ikan, terjumpa charger lama, setelah habis tempat diselongkar. Alhamdulillah...syukur sangat ya Allah :'/

Hari ini jugak, nak dijadikan cerita, gas memasak habis pulak. Nasib baik ada lauk lauk semalam yang boleh dipanaskan (pakai microwave) dan dimakan.. Esok tak tahu bagaimana. Kena cari no telefon gas. Tapi it's a small matter kot. Tunggu suami balik pun boleh. Syukur ada air fryer...kira makan goreng goreng sajalah nanti :)

Kesimpulannya, tiada seorang pun yang hidup tanpa diuji. Saat aku merasakan sesak dan berat menghadapi segala kesulitan ini, aku terlupa bahawa insan si luar sana lebih berat ujian dan dugaan yang perlu mereka hadapi. Terbayang mangsa peperangan dan kemusnahan. Menangisi kematian anak di depan mata, menahan sebak merawat anak yang cedera, hilang tempat tinggal, menangung lapar dan dahaga. Allahu:'( 

Allah.. Aku sedar setiap kesulitan yang hadir pasti beriringan dengannya kemudahan...

Bertabahlah wahai insan yang sedang diuji.. Teruskan bersabar dan berdoa. Jika pengharapan kita hanya pada Allah. Pasti kita tidak akan kecewa...percayalah..
Tuesday, 2 June 2015 0 comments By: Naemah

SEMINGGU DI KAMPUNG


Genap seminggu berada di kampung,  bumi kelantan.  Seminggu juga berpisah dengan suami tercinta.  

Dah lama tak balik kampung lama lama macam ni. Selalunya sekejap je. Best memang best..tapi tanpa suami di sisi tetap rasa ada kekurangannya. 

Anak anak macam biasa la, tak boleh berenggang dengan ummi. Anas tak boleh ummi tiada, Mussaab pula tak boleh lepas dari perhatian ummi. Merata perginya. 

Aktiviti seharian kat rumah nenek bermain pasir. Sama sajalah dua beradik ni. Paling geram bila baru lepas mandi pergi berguling atas pasir. Habis baju kotor, nak kena mandi lagi. Baju dah la tak banyak. Hai anak :)

Kesian juga pada anak anak yang berjauhan dengan abi. Dah lama abi tak tinggal dalam tempoh yang lama sebegini.Tapi mungkin dengan kepulangan ramai sepupu ni membuatkan mereka tak rasa sunyi meskipun tanpa abi. 

Suasana di kampung semestinya berbeza dengan suasana di rumah sewa kajang. Kat sini lebih terbuka dan bebas. Kat sana jangan haraplah nak bebas. Seminggu suami pergi, seminggu jugalah kami tiga beranak terkurung di dalam rumah. Kalau keluar pun setakat taman permainan di belakang tu. Syukur sangatlah dapat balik kampung ni :)

InsyaAllah esok bakal bertemu suami tercinta. Rindu padanya, lama tak bersua. Dia juga pasti rindu, terutama pada anak anak yang sering menghiburkan hati. 

Semoga dipermudahkan urusan suamiku, dan selamat perjalanan pulangnya bertemu keluar. 

Ya Allah... Aku mengharapkan pertemuan dengan suamiku, dan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. Ameen
Monday, 1 June 2015 0 comments By: Naemah

SELAMAT PENGANTIN BARU

Dah masuk bulan Jun 2015. Dah pertengahan tahun rupanya :) cepat sungguh masa berlalu. Sekolah pun dah mula bercuti. 

Kat rumah mak (mertua) dah mula meriah. Ada yang dah balik, dan menunggu yang belum sampai. Anak anakku seronok jumpa sepupu yang ramai. Riuh rendah dengan suara mereka, yang jarang jarang bertemu :)

Musim cuti sekolah ni juga ramai orang buat kenduri kahwin. Rumah mak salah satunya. InsyaAllah adik ipar bakal bernikah pada 6/6/15. Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga ini di hari tersebut. 

Teringat hari perkahwinan ku dan suami. Pastinya manis untuk dikenang :) perkahwinan adalah antara kenangan indah dalam hidup setiap insan, sudah semestinya kan.

Apapun semoga setiap orang menyimpan niat yang betul dalam menuju sebuah alam perkahwinan. Niat kerana Allah, menjadikan perkahwinan itu satu ibadah dan insya Allah mendapat KeberkatanNya.

Demi meraih keredhaan dan keberkatan Allah juga, ikatan antara keduanya perlu dijaga sebaik mungkin sebelum tempoh diakad nikahkan. Jaga kesucian dan batas batas sebagaimana layaknya pasangan yang belum sah bergelar suami isteri. Jika ikatan ini terjaga kesuciannya, insya Allah terpelihara keharmonian rumahtangganya, dan dicurahkan keberkatan dalam pelayaran menuju bahagia sejati.

Ramai muda mudi hari ini yang kita lihat bergaul bebas sesama pasangan sebelum lagi sah bergelar suami isteri. Bertunang sekalipun, bukanlah tiket untuk keluar dan bermesra berdua. Apatah lagi hanya sekadar kekasih. 

Hubungan yang terpelihara kesuciannya dan terjaga ikhtilatnya, insyaAllah akan merasakan kemanisan di alam rumahtangga. 

Jika sebelum bernikah sudah keluar berdua, bergurau senda, bermesra mesraan, dan menikmati segala kemanisan..kita bimbang di alam perkahwinan nanti kemanisan sudah tiada. Kita bimbang, bahagianya cuma sebentar, dek hilangnya sebuah keberkatan. 

Betapa pentingnya keredhaan dan keberkatan Allah di alam rumahtangga. Maka, jagalah Allah dengan menurut segala perintahNya, patuh dengan laranganNya, setelah itu yakinlah bahawa seluruh kehidupan kita akan terjaga. Insya Allah. 

Akhir kalam, selamat pengantin baru diucapkan kepada semua pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini, terutama buat adik iparku Asma dan pasangannya Afif. Semoga berbahagia hingga ke syurga :):):)