Friday, 31 October 2025 By: Naemah

OKTOBER YANG CUKUP RENCAHNYA



 Menoktah Oktober bersama cerita suka dan dukanya.


Bermula Oktober di rumah, dan berakhir Oktober juga di rumah. Makna kata, tak ada celahan waktu untuk balik kampung, walaupun ada cuti panjang sikit (Deepavali).


Sempatlah 2 hari curi masa ‘bercuti’ di Melaka, tempat yang sering dituju sebab itulah destinasi percutian yang dirasakan paling dekat. Nak balik kampung, hai jauh. Merasalah juga anak-anak makan angin bulan ni selepas berhempas pulas menghadapi UASA. 


Alhamdulillah bulan ni dah selesai exam masing-masing (UASA dan UPKK trial dan lisan). Result belum dapat, harap semuanya terbaiklah anak-anak.


Bulan ini juga diuji demam, batuk dan selesema. Setiap orang merasa termasuk si kecil Nuha. Kesian sangat. Meragam sajalah dia. Hampir seminggu jugalah tak ke sekolah. Syukurlah bukan kena time exam hari tu. 


Menutup Oktober tanpa abi di sisi. Dah hari kelima keluar bekerja. Insya Allah next week/next month bersua kembali. Alhamdulillah anak-anak pun dah makin sihat semua. Dah kembali ke sekolah, dah ceria dan riuh rendah kembali rumah ni. 


Pendek kata, Oktober ini cukup segala rencah dan rasa. Ada suka duka, ada rahmat dan ujian, ada cerita best dan tak best, namun keseluruhannya tetaplah ia takdir Allah yang terbaik. 


Nak melangkah ke bulan November pula. Semakin mendekat ke tahun baru. Namun di akhir-akhir ini terasa carca marba pula urusan hidup ini. Dari mula ummi tak sihat dulu, banyak hal yang tak terurus baik. Ummi masih dalam keadaan buat kerja ‘sekadar mampu’, tak boleh paksa badan buat kerja banyak. 


Nak kembali kepada biasa (biasa pun tak sempurna), nak kembali kepada rutin yang lebih baik. Tapi perlahan-lahanlah.. 


Semoga gelap akan cerah.

Semoga sempit akan lapang.

Semoga sakit akan sembuh.

Semoga suram akan bersinar. 


Ameen. 

0 comments:

Post a Comment