Monday, 13 October 2025 By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ILHAM MIQDAD


 13-10-2025

Genap sudah usia Miqdad 9 tahun. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmatNya. Miqdad membesar baik, sihat dan cerdas. 


Miqdad kini berada di tahun 3 di SRAIPB. Sudah di hujung sessi persekolahan tahun ini. Pada hari ini, Miqdad menempuh UASA, hari ke-6 (paper Tajwid dan PSV). Miqdad baru beransur sihat dari ulser di lidah dan mulut. Alhamdulillah, syukur semakin baik. 


Hari ni Miqdad pergi dan balik sekolah macam biasa. Abi yang hantar dan ambil. Alhamdulillah, abi dah sampai rumah semalam. Pagi ni ummi tak perlu drive ke sekolah. 


Sebab birthday Miqdad, kita makan special sikitlah. Miqdad request KFC. Maka abi pun orderlah KFC untuk makan malam. Miqdad ikut abi ambil order kat kedai, dan kita menikmati hidangan makan malam bersama-sama di rumah. Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya. Nikmat usia, dan makan minum yang mencukupi.


Dan begitulah sahaja hari berlalu. Seadanya, namun tak dilupakan. 


Selamat hari lahir, anakku yang ke-9 tahun. Berbaki 2 hari saja lagi UASA Miqdad. Semoga dapat buat sehabis baik. Semoga cemerlang dan terbaik. Insya Allah.


Ilham Miqdad, yang ummi cintai sepenuh hati, membesarlah dirimu menjadi insan yang cekal, kuat dan penuh kesabaran. 


Semoga Miqdad berjaya menggapai segala cita-cita dan impian. Semoga tersuluh terang jalanmu menuju kebaikan dan kejayaan. Semoga dirimu dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa. Semoga bersamamu adalah insan-insan yang baik terhadapmu sentiasa. Semoga syurga tempat kamu kembali akhirnya. Ameen. 


Jangan dilupa bahawa ummi sangat menyayangimu. Sentiasa menyayangi dan mendoakanmu, insya Allah. 


Happy birthday acik! 








0 comments:

Post a Comment