Monday, 17 February 2025 By: Naemah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK!



Telah bermula sessi persekolahan 2025 pada 17/2/2025.


Tahun ini seorang sudah berada di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. 


Anas Zaydan yang sulung, melangkah ke tingkatan 1 di SMK Bandar Rinching (SEMEKAR), Abdullah Mussaab, tahun 5 di SK Kampung Rinching (SKKR) dan SRI Permata Nusaybah (SRIPN) Ilham Miqdad melangkah ke tahun 3 di SRAI Pekan Beranang (SRAIPB) dan Suri Lilyana di tahun terakhirnya di Tadika Little Diamond.


Tahun ini, masih 4 yang bersekolah dan melibatkan 5 buah sekolah setiap hari untuk dihantar dan diambil semuanya. Senang cakap, setiap anak bersekolah di sekolah yang berbeza dengan waktu mula dan balik yang berbeza. Maknanya, makin banyak trip lah tahun ni nak tempuh setiap hari. 


Alhamdulillah hari pertama persekolahan dah berjaya dilalui. Alhamdulillah, abi ada di rumah, maka segalanya mudah. Tak adalah ummi tercungap sorang-sorang dari awal pagi hingga petang. 


Trip pertama, hantar Mussaab di SKKR dan kemudian Miqdad di SRAIPB. Lepas tu hantar Suri pula di tadika Little Diamond. 


Jam 12 ummi bersama Anas ke SEMEKAR kerana hari ini juga ada taklimat untuk ibubapa murid tingkatan satu. 1.30 selesai dan ummi balik ke rumah. Sementara itu abi ambil Suri dari tadikanya (12pm) dan Mussaab dari SKKR (12.50pm).


Pukul 2.00 ummi hantar Mussaab ke SRIPN. Abi tak dapat hantar sebab ada interview online. Balik rumah rehat sekejap, keluar pula ambil Miqdad jam 3.30 petang. Hujan lebat sangat hari ni, kereta bersesak di sekolah dan di jalan. Jam 4.30 baru sampai rumah. 


Next, abi ambik Mussaab di SRIPN jam 5.45 dan yang terakhir ambik Anas di SEMEKAR jam 6.40 petang. Selesai trip sekolah anak- anak hari ini. Alhamdulillah semua jalani hari pertama persekolahan dengan baik dan selamat pulang ke rumah bersama cerita masing-masing. 


Syukur pada Allah, ummi tak sendirian menyiapkan anak-anak. Tetapi tetap perlu bersedia, kerana abi juga pasti akan kembali bekerja lagi. At least untuk hari ini, syukur padaNya mempernudahkan segala urusan kita.


Semoga anak-anakku terus bersemangat untuk meneruskan hari persekolahan yang berikutnya, berazam serta berusaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah masing-masing, dan di masa-masa yang akan datang, insya Allah.


Sekadar catatan ringkas di hari pertama persekolahan sessi 2025. Tahniah semua sudah melalui hari ini dengan baik. Esok akan lebih baik untuk semua, insya Allah!

0 comments:

Post a Comment