Bermula dengan post TAARUF pada 26/2/2015, hari ini (26/2/2025) genaplah 10 tahun usia blog ini.
Pada 10 tahun yang lalu, masih lagi seorang ibu muda yang mempunyai 2 orang anak kecil.
Dan setelah 10 tahun berlalu, kini ibu kepada 5 orang cahaya mata yang punya lebih pengalaman berbanding dulu.
Nak kata banyak ilmu tu tak jugalah. Masih trial and error. Kalau dulu anak kecil dan tak ramai, tapi sebagai ibu baru nak belajar menjadi ibu, terasa amat mencabar juga.
Kini anak makin ramai, dari peringkat baby hingga ke awal remaja. Cabaran dia dah lain. Dan tetaplah aku ini seorang ibu yang perlu lebih banyak belajar dari pengalaman dan contoh sekeliling.
Catatan di blog ini banyak berkisarkan tentang anak-anak. Banyak yang nak dicatat dan diceritakan, tapi setakat hanya yang sempat sajalah.
10 tahun yang pantas berlalu. Anak-anak membesar di depan mata tak terlalu dirasakan. Setiap hari pun, hanya sibuk dengan urusan mereka. Dulu kecil, eh dah besar semua!
Alhamdulillah, setelah 10 tahun, masih setia menulis di sini. Menulis dan meluah rasa sendiri. Dengan bahasa cinta seorang ibu terhadap anak-anaknya.
Pastinya akan terus mencatat, selagi dipinjamkan usia dan kelapangan waktu. Semoga dapat menulis yang baik-baik saja, sebagai kenangan dan ingatan. Bukan untuk melambangkan sempurna, kerana itu adalah mustahil. Tetapi hanya untuk kembalikan ingatan pada hal yang manis di masa lalu.
Selesa menaip cerita di sini.
Kerana bukan untuk mencari perhatian.
Siapa yang baca?
Entahlah. Terserah siapa…
*niat asal nak berkongsi ilmu mendidik anak-anak dan hal berkaitan rumahtangga dan keibubapaan. Setelah 10 tahun, sedar diri tak layak pun nak jadi contoh, apalagi nak memberi tips itu dan ini. Masih lagi isteri dan ibu yang ada jatuh dan bangunnya sendiri. Masih struggle untuk menjadi yang lebih baik*
0 comments:
Post a Comment