Sunday, 16 February 2025 By: Naemah

CAMERON HIGHLAND PERTAMA NUHA




Teringin nak pergi, tapi dek kesuntukan masa, tak merancanglah untuk pergi. Ye, tak merancang tapi sampai juga!


3 minggu cuti sekolah, stay kat kampung je. Abi pula dengan kerjanya di laut. Lagilah tak dapat bergerak ke mana.


Bila abi balik, cuti sekolah berbaki seminggu je lagi. Masa ni juga la nak pecut dengan persediaan sekolah semua (yang sebahagiannya dah ready awal).


Pada satu hari abi terima tugasan untuk hantar barang ke UTP (tugasan bersama bayaran). Pada mulanya abi nak pergi sorang, tapi pada malam hari (12/2/2025) abi ajak teman dan ajak ke Cameron Highland sekali. Dah tentulah semua setuju nak ikut, cuti ni tak jalan-jalan ke mana pun kan?


Pada 13/2/2025 meninggalkan rumah seawal 6.15 pagi, singgah kejap solat Subuh di Masjid Bandar Rinching dan terus bertolak ke destinasi tujuan. First thing first, kena selesaikan amanah orang dulu. Tak sempat breakfast, beli je makanan kat kedai Mesra Petronas. Lepas tu ambik barang di Puchong dan teruskan perjalanan ke UTP di Bandar Seri Iskandar, Perak yang mengambil masa selama 3 jam perjalanan.


Sampai di UTP sekitar jam 11 pagi, serahkan barang dan selesailah. Terus cari kedai makan sebab semua dah mengadu lapar. Makan nasi kandar di Bandar Seri Iskandar dan terus menghala ke Cameron Highland. Homestay pun booking masa on the way juga. Yelah, tak plan nak pergi pun kan.


Zohor di Simpang Pulai. Abi berhenti isi minyak dan ke tandas. Dalam perjalanan (berbaki 2 jam lagi) abi berhenti sekali lagi sebab abi ada meeting (online). Lebih kurang sejam menunggu sehingga meeting abi selesai. Terus sambung perjalanan dan tiba di Cameron Highland jam 4 petang. Singgah dulu beli jagung, strawberry, ubi dan keperluan lain. Dan terus ke homestay-Emerald Avenue di Brinchang.


Rehat dan lepaskan penat sekejap di homestay, dan keluar untuk makan. Oleh sebab dekat dengan kedai-kedai dan kemudahan lain, jalan kaki jelah semua. Alhamdulillah Cameron Highland hari ni tak sesak seperti kebiasaan. Jalan punya jalan, akhirnya singgah makan di restoran masakan jepun-Pepper Lunch. Harga boleh tahan mahal, tapi abi kata ‘no problem’ abi belanja dengan seikhlas hati. Merasalah semua masakan Jepun buat pertama kali. Kalau tak, ke mana pun pergi asyik minta nasi goreng jelah semua. Sebab tak reti makan benda lain. 


Dah kenyang, balik semula ke homestay. Rehat dan makan-makan lagi. Sampai masanya, tidurlah semua.


Esok paginya abi bawa anak-anak solat Subuh di masjid. Sebelum keluar abi masak nasi lemak (sambal bawa dari rumah). Pagi ini menikmati nasi lemak berlaukkan nuget dan sosej. Alhamdulillah tak payah beli sarapan di luar. Santai-santai je sehingga tunggu masa untuk check out. Tak plan nak pergi mana pun. Nak ambik angin  Cameron je. 


Jam 10 pagi, check out. Atas permintaan anak-anak, singgah sekejap di Big Red Strawberry Farm dan The Rainbow Garden. Cukuplah 2 tempat. Beli juga sedikit sayur dan jagung untuk dibawa pulang. 


Turun dari Cameron Highland dan singgah solat Jumaat di masjid di Tersang. Sebelum balik singgah di rumah Kak Jah (anak saudara ummi) di Karak. Seronok semua, sekali lagi jumpa Mohd dan adik-adiknya. 


Jam 5.30 bertolak balik, singgah solat di masjid Jamek, Kajang dan tiba di rumah jam 8.30 malam. 


Begitulah percutian santai dan singkat kita. At least, dapat juga jalan-jalan sebelum semua kembali ke sekolah. 


Kunjugan pertama Nuha ke Cameron Highland pada usia hampir mencecah setahun. Last time kita datang (Februari 2024) masa tu ummi tengah mengandungkan Nuha (37 minggu). Setahun dah berlalu rupanya..


Alhamdulillah untuk segala nikmat, rezeki dan kecukupan. Terima kasih abi yang tetap juga memberi meski dalam kesuntukan dan kesempitan (Allah saja yang tahu dan Allah saja yang Maha mengganjari). 


Kenangan ini kita simpan … 




























0 comments:

Post a Comment